Header Ads

ads header

Flash News

Najib cadangkan BN beri sokongan pada Anwar mengikut sumber dalam UMNO


Pertemuan ahli-hali parlimen BN di Kuala Lumpur petang tadi dikejutkan dengan cadangan bekas perdana menteri, Najib Razak, agar parti itu menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Cadangan itu dibuat Najib dengan alasan perlunya keseimbangan dalam jawatan dalam kerajaan kini.

Bagaimanapun menurut sumber cadangan dibawa ahli parlimen Pekan itu tidak dapat diterima sebahagian besar tokoh yang hadir.

Seorang ahli parlimen BN yang enggan didedahkan identitinya berkata, cadangan Najib itu tidak dapat diterima kerana mereka berpendapat, menyokong Anwar bermakna UMNO perlu menerima DAP sebagai kerajaan.

"Masakan cadangan yang seperti mampu untuk diterima oleh akar umbi Umno kerana ahli-ahli Umno diberitahu sebelum ini bahawa Umno menyokong penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana tidak mahu DAP menjadi sebahagian kerajaan.

"Takkanlah BN - terutama Umno - mahu untuk bersama dengan DAP dalam kerajaan, kerana bukan saja ideologi perjuangan kedua-dua parti berbeza, malah ahli-ahli antara kedua-dua parti akan bercelaru," kata sumber dalam UMNO berkenaan.

Jelas sumber itu lagi, pertemuan petang tadi hampir tergendala ekoran cadangan yang dikemukakan Najib tersebut.

Mesyuarat ahli parlimen BN yang berlangsung hampir tiga jam bermula jam 1 petang tidak membuat sebarang keputusan sama ada Muhyiddin Yassin perlu mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong agar Dewan parlimen dibubarkan atau tidak.

Apa pendapat Najib Pula?

Sebaliknya, kata Najib, mesyuarat itu mendengar pelbagai pandangan daripada mereka yang hadir.

“Tak ada keputusan, macam-macam pandangan tapi pandangan ini tak boleh ambil kira, yang penting sekali keputusan.

“Kita cuma mendapatkan pandangan-pandangan daripada wakil rakyat BN tentang pendirian kita dan halatuju yang patut dijadikan ketetapan parti," kata Najib.

“Keputusan akan dibuat oleh Majlis Tertinggi (Umno) malam nanti, ini kita sekadar buat percambahan fikiran dgengan pandangan (di) kalangan ahli parlimen,” katanya selepas menghadiri mesyuarat yang diadakan di ibu pejabat Umno, di Kuala Lumpur.

Menurut Najib yang juga adalah bekas perdana menteri dan presiden Umno, sebagai ahli parti, mereka tertakluk kepada keputusan parti.

“Kita pegang pada prinsip macam mana pun Umno tak boleh berpecah, Umno mesti bertindak sebagai satu blok.

“Ini satu pandangan yang boleh dikatakan didokong oleh semua pihak,” katanya.

Sementara itu seorang lagi sumber BN berkata, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, kelihatan lebih tenang dan berpegang teguh atas keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno sebelum ini yang menolak sebarang kerjasama dengan Anwar mahupun DAP.

"Zahid mendengar pelbagai pandangan dan cadangan termasuk daripada Najib dengan tenang kerana pastinya beliau mahu masa depan BN terutama Umno terus cerah dan lebih menyinar di mata rakyat," katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, drama politik negara belum berakhir dan sebarang tindakan sama ada Muhyiddin mahu meletak jawatan atau membubarkan Dewan Rakyat, pastinya akan didorong oleh keputusan yang diambil oleh BN dan Umno selepas ini.

MR :   UMNO berperangai seperti anjing tersempit


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.



7 ulasan:

  1. UMNNO ANJING TERSEPIT...LIDAH BERCABANG TALAM DUA MUKA sekutu MUNAFIKUN

    BalasPadam
  2. Aku percaya MP UMNO yg Ada kes mahkamah Akan mencari berbagai alaskan agar kes mereka digugurkan. Ada je MP UMNO yg jujur Dan ikhlas utk membela nasib org Melayu.

    BalasPadam
  3. Dah agak dah Najib Tak ikhlas nak bela nasib org Melayu. Dia cuma berpura2 Sahaja. Ada peluang utk dia lepaskan diri dia grab je, nasib rakyat belakang Kira.

    BalasPadam
  4. Macam cerita tamil pula UMNO...bila PN runtuh...apa jaminan umno berkuasa...DAP dan PKR yg punya banyak MP...sekadar jadi barua bolehlah...

    BalasPadam
  5. Jika sahih...dia (juga gang seangkatan dia) adalah petualang bangsa. Ada juga label dlm syariat utk org sebegini. Jika sahih...akar umbi mesti bagi ultimatum kpd kepimpinan. Kepimpinan gabungan MN juga mesti bagi ultimatum...tanpa menunggu penjelasan dari MT UMNO.

    BalasPadam
  6. masalah najib KIV dulu, cuma nasihat jangan terikut orang suka melalak sana sini padahal orang yang melalak sana sini tulah orang membawa taik kesana kemari

    BalasPadam