Header Ads

ads header

Flash News

Najib persoal jual FGV di ambang keuntungan


SHAH ALAM -
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan adakah sekarang masa yang sesuai untuk FGV Holdings Berhad (FGV) dijual kepada pihak ketiga tatkala syarikat itu di ambang kembali mencatatkan keuntungan.

Beliau berkata, harga sawit dunia pada masa kini sudah memulih dan mencecah RM3,100 satu tan iaitu sama harga ketika FGV disenaraikan pada tahun 2012.

"Saya ingin utarakan juga iaitu FGV adalah pemilik syarikat gula terbesar negara MSM, manakala Tradewinds milik Syed Mokhtar adalah pemilik syarikat gula kedua terbesar negara iaitu CSR.

"Kedua-dua syarikat ini menguasai 90 peratus pasaran gula Malaysia. Adakah pembelian ini akan mewujudkan satu monopoli yang bakal menaikkan harga gula dan akhirnya merugikan pengguna?" soalnya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Menurutnya, pada minggu lalu, syarikat FGV Berhad menerima notis daripada syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary untuk menjadi pemilik saham terbesar FGV.

"Kaedah ini ialah dengan FGV membeli syarikat Tradewinds milik Syed Mokhtar dengan bayaran dalam bentuk saham FGV. Dengan ini, Syed Mokhtar akan menjadi pemilik saham terbesar FGV.

"Minggu lepas, lembaga pengarah FGV umumkan hasrat mereka untuk pertimbangkan tawaran Tan Sri," katanya.

Najib berkata, Usaha Syed Mokhtar membeli FGV sebenarnya dimulakan pada zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, Dr Mahathir pada ketika itu menyatakan bahawa beliau tidak melihat penjualan FGV kepada pihak lain sebagai satu masalah jika ia boleh mendatangkan keuntungan kepada kerajaan.

“Kata Dr Mahathir, kalau serah (kepada pihak lain) saya bantahlah, tetapi kalau jual dapat duit banyak kepada kerajaan, kerajaan nak cari duit. Apa yang boleh jual, kita juallah, tinggal kita tidak jual Malaysia sahaja.

“Soal jualan harta tanah, harta kerajaan memang kita buat selalu. Pasal kita ada banyak tanah dan kita sendiri tak dapat nak bangunkan. Dia (FGV) rugi berjuta (ringgit). Kalau nak jual syarikat rugi, hak milik kerajaan pun, juallah,” katanya merujuk kepada kenyataan bekas Perdana Menteri itu.

Najib berkata, biarpun harga saham FGV turun dari RM4.55 semasa ia disenaraikan pada tahun 2012 ke RM2 pada awal tahun 2018 setelah harga sawit dunia turun dari kemuncaknya, akan tetapi FGV tak pernah rugi sebelum Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Sepanjang tempoh itu, FGV tetap untung dan tetap membayar dividen tahunan kepada Felda serta menanggung kos penanaman semula sebanyak RM300 juta atas tanah Felda yang disewa.

"Tapi selepas PH ambil alih, FGV terus rugi setiap tahun sehingga ini setelah banyak menjual aset FGV termasuk perniagaan mereka di China.

"Secara am, saya tak membantah cadangan Lembaga Pengarah FGV dan kerajaan untuk pertimbangkan tawaran Syed Mokhtar," katanya.

#Sumber : SH 

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Dah berbagai kerosakan dilakukan oleh najib terhadap negara...
    Sepanjang najib memerentah...tak satu mercu tanda pun utk dibanggakan oleh rqkyat...semua syarikat kerajaan, agency kerajaan, pelaburan kerajaan lingkup dikerjakan oleh najib...malah berpuluh bilion lesap, hilang, dicuri oleh najib...satu dunia tahu kejahatan syarikat najib 1mdb itu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mahathir dan J Lho bersubahat curi duit 1mdb. Celaka dan lahanat dia orang.

      Padam
  2. Sedapnya mohtar dok memfitnah. Kau ni nak mengata najib ke atau mengata kerajaan ph dapigs. Atau kau ni balaci atok. Yg aku tau, atok aje yg tersangat benci ngan semua pm Malaysia.

    BalasPadam
  3. Btullh mokhtar ni bodoh n buta agaknye...x sdar ke byk mne dh aset kerajaan yg madey jual mse jd pm7...Dsn berusaha mengumpul aset dia sng2 jual sbb dengku dgn Dsn.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Listkan aset apa yg najib kumpul??

      Padam