Header Ads

ads header

Flash News

Najib sindir kerajaan Selangor, dron RM500k ‘sebiji’ tak bekal air


PETALING JAYA:
Bekas perdana menteri Najib Razak mengesyorkan kerajaan Selangor mempertimbang mewujudkan kolam takungan air di kawasan hilir dan pinggir sungai (off river storage atau ORUS) bagi mengatasi masalah bekalan air.

“Bila air di sungai tercemar, loji akan berhenti mengambil air dari sungai. Loji akan dibekalkan air dari ORUS ini untuk tempoh beberapa hari untuk dirawat dan dibekal kepada pengguna.

“Bila air sungai bebas pencemaran, ORUS akan diisi semula dari air sungai,” katanya dalam catatan di Facebook malam ini.

Dalam nada sinis, Najib berkata tindakan kerajaan Selangor meluluskan peruntukan RM2 juta untuk membeli 4 unit dron berteknologi tinggi model DJI Matrice 300 yang akan digunakan November depan bagi memantau pencemaran sungai tidak mampu menghalang segala pencemaran air atau memastikan bekalan air tidak terputus.

“Dron RM500,000 sebiji tak bekal air,” katanya.

Pada 19 Oktober lalu, kerajaan negeri mengumumkan unit dron itu akan diuruskan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) melalui skuad pantas LUAS.

Dron itu akan digunakan untuk memantau lembangan Sungai Klang, Sungai Selangor dan Sungai Langat. Ia berkeupayaan mengambil sampel air termasuk di kawasan terpencil lebih tepat dan mengesan individu pada waktu malam.

MR :  Najib kerja kuat dalam membidas 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Kalau diamati, Najib mempunyai byk idea yg mungkin baik utk dikaji dan ketengahkan.. dan kalau diamati lagi, Mahahir juga mempunyai byk idea2 menarik ketika sebelum diangkat menjadi PM7.. mereka ini mempunyai byk masa utk berfikir dan lebih tulus dalam memberikan idea utk pembangunan dan membantu meningkatkan tahap ekonomi negara.. tapi bila mendapat kuasa maka kedua2 musibat ini cepat lupa diri dan tidak mengenal lagi diri masing2.. kepandaian mereka juga dgn tiba2 berganti dgn kebingaian yg tahapnya sgt2 mengerikan.. haha.. jadi biarlah mereka berdua kekal begini.. jadi secara tidak langsung bila ada isu2 negeri dan negara mereka akan membantu memberikan idea yg mungkin baik utk dikaji dan dinyatakan.. tapi secara keseluruhan setiap pihak perlu memberi idea2 dan kritikan bagi melengkapkan sistem kerajaan dan pembangkang.. itulah fungsinya kedua2nya dan tindakan kedua2nya perlu diraikan dan bukan dikecam dan dipandang sinis spt apa yg PN lakukan sekarang pada parti2 pembangkang..

    BalasPadam
  2. Dalam mencari penyelesaian masaalah macam macam solusi alternatif samaada konvensional ataupun dengan manfaatkan teknologi.Ramai orang hanya tahu cari salah begitu begini...saranan membina takungan rizab oleh DSN ada juga logiknya dan boleh juga pam air bawah tanah sebagai back up...begitu juga isu perparitan banjir termenung...boleh manfaatkan teknologi pam yang tidak memerlukan taliair yang besar untuk menyalirkan air...Tuhan memberi akal kepada manusia...malah binatang yang tiada akal lagi lebih kreatif dan kedepan menyelesaikan risiko dan ancaman terhadap kehidupan mereka

    BalasPadam