Header Ads

ads header

Flash News

Nazri Aziz setuju dengan kenyataan Najib agihan jawatan buat UMNO marah


Pendakwaan terpilih di mahkamah antara sebab kepimpinan Umno menarik sokongannya terhadap Perikatan Nasional (PN), kata Nazri Aziz.

Anggota Parlimen Padang Rengas selama enam penggal dan bekas menteri undang-undang itu berkata, pemimpin Umno juga kecewa dengan pembahagian jawatan kabinet dan pelantikan ke jawatan penting tanpa berunding terlebih dahulu.

Tegasnya, ramai berasa kecewa dengan tindak tanduk Bersatu yang dilihat lebih berkuasa sebelum dan selepas pilihan raya negeri Sabah terutamanya berkaitan pelantikan Pegerusi Bersatu Sabah, Hajiji Noor sebagai ketua menteri yang baru.

Nazri berkata, walaupun Umno bersetuju bahawa proses undang-undang harus berjalan seperti biasa, akar umbi parti itu mempersoalkan pelaksanaan "keadilan yang tidak setara".

Katanya, ini jelas berlaku apabila para pemimpin Umno didakwa di mahkamah sedangkan tidak ada tindakan diambil terhadap mereka yang berada dalam parti komponen PN.

"Kita sokong yang kita perlu tegakkan kedaulatan undang-undang berkenaan Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi, tetapi kita ingin tahu apa yang terjadi pada siasatan terhadap video seks pemimpin kerajaan?" soal Nazri.

Dalam mesyuarat yang dipengerusikan presiden Umno, Zahid Hamidi baru-baru ini, Biro Politik Majlis Tertinggi Umno memutuskan bahawa parti itu harus mempertimbangkan untuk menarik sokongan terhadap PN.

Selain itu, ia juga menetapkan syarat baru untuk terus bekerjasama dengan kerajaan.

"Ada juga isu tuduhan membeli pemimpin Umno untuk melompat ke Bersatu," kata Nazri seperti dipetik portal The Vibes.

"Mengapa pihak berkuasa menghentikan siasatan mengenai perkara ini? Tidak boleh ada pendakwaan terpilih. Inilah menyebabkan kepemimpinan Umno dan akar umbi marah," katanya.

Ramai dalam Umno dikatakan tidak berpuas hati apabila Bersatu diberi lebih banyak jawatan dalam kabinet sedangkan Umno memiliki jumlah kerusi parlimen paling banyak di kalangan parti- parti PN.

Selain itu, ramai yang tidak berpuas hati apabila Umno terpaksa memberi laluan kepada Bersatu untuk bertanding di beberapa kerusi semasa pilihan raya Sabah baru-baru ini.

Di peringkat akar umbi, Nazri berkata Bersatu sudah mulai membuat tuntutan dan mengambil alih beberapa jawatan ketua kampung yang secara tradisi disandang oleh Umno.

"Akhirnya, ada masalah pelantikan pemimpin Umno sebagai pegawai di bawah ahli politik Bersatu, tanpa terlebih dahulu berunding dengan kami, seperti kes di Perak baru-baru ini," katanya, merujuk pelantikan pelantikan Adun Pengkalan Hulu, Aznel Ibrahim sebagai setiausaha politik kepada Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu dari Bersatu.

"Ini hanya usaha memecahbelahkan kita. Jadi, tentu saja, kita tidak gembira. Jangan cuba perlekeh atau pecah belahkan kita, "kata Nazri.

Umno berada dalam BN, yang bersama-sama Bersatu, PAS, GPS dan PBS, membentuk pakatan politik bagi membentuk kerajaan berikutan Langkah Sheraton, yang menyaksikan kerajaan PH tumbang pada penghujung Februari lalu.

Bagaimanapun, hubungan antara Umno, Bersatu dan PAS menjadi semakin rumit terutama dalam isu pembahagian kerusi pada pillihan raya.

Umno pada masa ini memiliki 39 kerusi Parlimen sementara Bersatu menguasai 31 kerusi, diikuti oleh PAS sebanyak 18 kerusi.

MR :   UMNO kalau tak boleh jawatan boleh jadi giler 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. mengingati kepada umno kekal dalam pn sehingga akhir penggal sehingga ekonomi dapat dibaiki lebih baik, keadaan rakyat lebih baik termasuk covid-19, pru15 nanti buat penitian yang terbaik untuk parti dan negara sama ada nak bertanding sendirian atau bersama dap( yang bercita2 nak menguasai melayu, malaysia dan standard islam mengikut ala dap) fikirlah sebelum buat pendirian. ini baru saja mempunyai mp parlimen yang lebih banyak dalam kerajaan ph dulu

    BalasPadam
  2. Tapi tak segila ALJUB dan Atuqqq..

    BalasPadam