Header Ads

ads header

Flash News

Noor Hisham jawab kritikan Dr Zulkifli (Amanah) pasal 'Data mentah' tak dikongsi


Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk hanya berkongsi data yang diproses dan bukannya 'data mentah' dengan jabatan kesihatan negeri adalah bagi tujuan penyelarasan yang lebih baik, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

Noor Hisham berkata demikian setelah Pasukan Petugas Selangor untuk Covid-19 (STFC) mengatakan usaha mereka untuk memerangi wabak di negeri berkenaan terjejas kerana belum menerima data terperinci daripada kementerian sejak awal Oktober.

Selangor mencatatkan 101 kes baru setakat 12 tengah hari ini. Jumlah itu merupakan kes harian kedua tertinggi berdasarkan negeri.

Ketika ditanya mengenai isu ini hari ini, Noor Hisham menjelaskan bahawa ibu pejabat KKM tidak dapat memenuhi permintaan STFC untuk memperoleh data asal bagi memastikan interpretasi data diseragamkan.

"Sekiranya kita belum menganalisis data dan kemudian membuat kesimpulan, saya tidak akan tahu kesimpulan apa yang mereka buat. Adakah tepat untuk anda membuat kesimpulan apabila saya belum melihat data?

"Di situlah kita perlu menyeragamkan data.

"Ini bermaksud persekutuan akan menganalisisnya dan kita memberikan data tersebut ke negeri masing-masing. Dan negeri masing-masing akan meneliti data itu,” katanya.

Noor Hisham menambah bahawa langkah pemusatan seperti itu sangat penting untuk mengelakkan mesej bertentangan antara jabatan kesihatan persekutuan dan negeri.

"Jadi perkara terburuk yang boleh terjadi adalah (jika) pengumuman telah dibuat menggunakan data kita tetapi kita tidak tahu apa pengumuman itu. Oleh itu, saya berpendapat bahawa (ini mengenai) penyelarasan.

"(Lebih baik) jika kita dapat selaraskan dengan lebih baik antara pengarah kesihatan persekutuan dan negeri; dan pengarah kesihatan negeri selaraskan dengan pentadbiran negeri,” katanya.

MR :  Bekas Menteri PH nak cari salah aje  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. Orang orang PAN mana faham sistem pentadboran federated. Ada bidang yg diselaras di peringkat federal ada yang tak. Macam bab zakat itu hak negeri masing masing.

    BalasPadam
  2. Bila pembangkang bertanya kita akan kata pembangkang suka cari salah.. nak tunggu orang pro kerajaan bertanya ntah bila soalan tu nak keluar.. tak abis2 nak salahkan pembangkang.. bertanya pun tak boleh.. itulah perangai segelintir melayu.. mereka nak semua ikut cakap diorang macam robot.. jgn bertanya.. ikut je.. patutlah dulu masa sekolah ramai melayu tak pernah bertanya dalam kelas walaupun jelas dah kat muka tu bodo tak paham.. rupanya bertanya ni pengertian dia nak cari salah.. huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mangkok, aku quote ya"Noor Hisham berkata demikian setelah Pasukan Petugas Selangor untuk Covid-19 (STFC) mengatakan usaha mereka untuk memerangi wabak di negeri berkenaan terjejas kerana belum menerima data terperinci daripada kementerian sejak awal Oktober."

      Itu soalan ke? Patutlah BM puak2 PH kelaut semuanya. Berkawan dgn DAP BM pun dah Tak faham.
      Itu menyalakan org lain namanya sedangkan diri sendiri Tak faham. Lain Kali kena Tanya dulu kenapa KKM buat macam tu bukannya buka mulut je salahkan KKM.

      Padam
  3. Bukti dia zaman jadi menteri bodoh,,tu sebab covid melambak skrg,,dia dpt makumat palsu sebar maklumat palsu juga pada rakyat,,dulu kata takde apa2 skrg kita tuai hasil kebebalan menteri2 ph dulu

    BalasPadam
  4. So hudud sm ruu355 apa citer?

    BalasPadam
  5. bagusnya hudud dan ruu355 dikuatkuasa DAN Diperincikan utk pimpinan ahli parlimen menteri2 yg dulu dan sekarang sebagai MUNAFIK

    BalasPadam