Header Ads

Header ADS

Obama gesa rakyat Amerika keluar beramai-ramai undi Biden


Pengundi Amerika Syarikat perlu keluar seramai mungkin untuk memastikan calon presiden Demokrat Joe Biden mencatat kemenangan besar sehingga tidak mampu dicabar Presiden Donald Trump, seru bekas presiden Barack Obama pada perhimpunan di Philadelphia, Pennsylvania, satu daripada kawasan panas pengundian itu.

"Kita perlu lebih ramai keluar mengundi tidak seperti sebelum ini... kita tidak boleh membiarkan wujud sebarang keraguan dalam pilihan raya ini. Kita tidak boleh mempunyai sebarang keraguan...

"Saya tidak kisah mengenai undi. Ramai yang selesa duduk di rumah dan malas serta berasa selesa (seperti pada 2016). Tapi kali ini tidak boleh," kata Obama pada Rabu.

Obama mengingatkan pengundi mengenai kekalahan mengejut calon Demokrat, Hillary Clinton di tangan Trump pada pilihan raya presiden 2016 dan mendakwa sebahagiannya berpunca kerana ramai pengundi berasa amat yakin terhadap kemenangan Clinton, menyaksikan kadar undi Demokrat amat rendah terutama di lokasi panas, lapor agensi berita Sputnik.

Ini adalah ucapan sulung bekas presiden selama dua penggal, dalam kancah pilihan raya presiden kali ini, dua minggu sebelum hari pemilihan pada 3 November.

Pennsylvania dianggap lokasi panas dan keputusan di negeri ini boleh menentukan keputusan pilihan raya.

Biden, dilahirkan di Scranton, Pennsylvania, menyaksikan Trump semakin ketinggalan di negeri itu, di mana bekas naib presiden itu kini di depan dengan 4.9 peratus, menurut purata dapatan soal selidik Realclearpolitics.com pada pagi Rabu.

#Sumber : - Bernama  

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.