Header Ads

ads header

Flash News

Pakatan Harapan yang sokong Shafie bubar DUN Sabah


ISU
 penularan COVID19 nampaknya terus menjadi senjata untuk menjatuhkan musuh politik. Seorang Menteri dan beberapa ADUN telah disahkan positif. Rakyat sudah mengalami kebimbangan dengan penularan yang mencatat pertambahan kes baru secara harian yang menghampiri 500 kes sehari. Ia bukan isu politik sebenarnya, tetapi ia adalah penularan wabak yang tidak mengenal batas politik.

Soalnya, kenapa mesti dipersalahkan ahli-ahli politik sahaja. Padahal rakyat dibenarkan bergerak melintasi sempadan negeri tanpa perlu kuarantin. Yang perlu dikuarantin adalah mereka yang datang dari luar negara. Sehingga 27 September 2020 pun, sesiapa yang pulang dari Sabah tidak dikehendaki berbuat demikian. Kenapa dipersalahkan kepada orang yang tidak bersalah menurut undang-undang? Guna undang-undang apa kalian?

Sebenarnya kes COVID19 yang berpunca dari kluster politik jumlahnya kecil sahaja. Yang banyak tersebar adalah dari punca-punca yang lain, termasuk kemasukan pendatang asing dan juga pergerakan biasa rakyat yang melancong dalam negeri di Sabah. Pergerakan antara Sabah dengan Semenanjung banyak berlaku melibatkan lawatan dan ziarah pelancongan, perniagaan, kekeluargaan dan lain-lain. Ia bukan semata-mata kerana PRN. Kita harus rasional dalam hal ini, jangan membuat tuduhan umum yang dipersalahkan semuanya ke atas ahli-ahli politik, khususnya pemimpin kerajaan. 

Saya faham bahawa kerja pembangkang ialah menyalahkan kerajaan. Tetapi dalam isu PRN Sabah, bukan ahli politik kerajaan sahaja terlibat, bahkan pembangkang juga. Kita mendengar rungutan keras Taresa Kok dari DAP apabila dia dikenakan sekatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu akibat tersalah maklumat dalam borang berkaitan kawalan COVID19. Kita juga diberitahu ada ADUN DAP dan PKR juga telah disahkan positif COVID19. Bahkan, Menteri Besar Selangor yang sedang menjalani kuarantin juga telah melanggar perintah ini. Ertinya, pemimpin politik pembangkang juga terlibat, maka jangan sedap-sedap menyalahkan ahli politik kerajaan sahaja. Nanti ludah yang dihembur ke langit, jatuh ke muka sendiri.

Jika benar ahli-ahli politik hendak dipersalahkan, maka sudah pasti ia berpunca dari PRN Sabah. Umum sudah mengetahui, bahawa yang bermati-matian mahu membubarkan DUN Sabah ialah pemimpin WARISAN. Bahkan dia mendapat sokongan padu pemimpin tertinggi PH. Pemimpin politik kerajaan tidak bersetuju dengan tindakan ini. Kenapa tidak dihemburkan sahaja seluruh kemarahan kepada mereka yang mahu membubarkan DUN Sabah itu?

DR. MOHD FADLI GHANI

MR :  PH cuba serang Muhyiddin dalam isu ini untuk alih perhatian   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


11 ulasan:

  1. Tak payah mending kesalahn pada orang.jgn jadi profesor kangkung.kalau tak kerana kemaruk kuasa,benda Ni tak berlaku.meluat Bila dpt ahli akademik yg bersikap kangkung.sudah2 lah.sudah tiba masanya Malaysia dipimpin oleh pemimpin yang betul2 hendakkan bekerja utk rakyat,jujur,amanah Dan berintegriti.bukannya Jenis Gila kuasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pemimpin yang jujur,amanah,paling berintegriti dan bekerja untuk rakyat hanya parti lebai sebab tiada pimpinan yang kemaruk dan isim nak jadi PM,MP dan ADUN,zero kes rasuah,tidak menjadi katak,tiada bertumbuk dan kerusi terbang semasa pemilihan ketua. Pendek kata tiada parti parti lain yang mampu menandingi rekod extra ordinary parti lebai. Pemimpin selain parti lebai hanya sekadar sembang kari dan kencing sahaja terutamanya dari kluster liberal,pankhianat rahmatan lil kafirin,komunis dan rasis

      Padam
    2. ARIFF MULUK DAN SEKUTUNYA YANG MEROYAN GILA KUASA...tidak akan setuju parti LEBAI...kerana tidak boleh BEZAKAN PERMATA DAN KACA.

      Padam
    3. Parti lebai memang tak boleh kembang di Malaysia, lebainya Banyak terkeluar Dari hadis , mungkin parti lebai boleh kalau Di negara berunai.

      Padam
  2. Lagi2 nak salahkan pembangkang.. kalau Musa Aman tak buat hal hari tu tak jadilah semua ni.. dialah punca semua ni.. takkan Shafie nak serahkan bodo2 je.. lepas tu sibuk nak salahkan Shafie dan geng2 pembangkang.. rakyat sekarang dah bijak.. kita tak salahkan ahli politik pembangkang sbb diaorang hanya ikut undang2 yg ditetapkan kerajaan.. yg kita salahkan adalah ahli politik kerajaan sbb mereka ade kuasa nak kuatkuasa undang2 tapi tak buat keje.. kalau diorang ni buat keje semua orang akan ikut.. mane perdana menteri.. mane menteri kesihatan.. mana menteri dalam negeri.. diorang ni yg patut dipersalahkan.. ade kuasa tapi buat bodo.. bila dah jadi macam ni nak libatkan dan salahkan pembangkang plak.. lain kali buat analisis mesti atas dasar kebenaran.. bukan dasar politik.. nanti jelas nampak menipu..

    BalasPadam
  3. KITA SALAHKAN BEKAS KERAJAAN P AKATAN H ANCING YANG MENIPU KHIANAT MANDAT RAKYAT DENGAN PELBAGAI JANJI PALSU...MENGHINA ISLAM JATA NEGARA BENDERA...ANGKAT KOMUNIS SEBAGAI PEJUANG..HINA NABI TOLAK JAWI.hapus dan kurangkan bantuan mengurangkan penjawat awam pencen akan DIHAPOSKAN.HINA PASUKAN KESELAMATAN MATI DAN COVID SEBAGAI SANDIWARA DAN LEBIH TERUK MENYALAK ANWAR MUNAFIK BILA NAK JADI PM...hingga Mahathir PUN MELUAT dan LETAK JAWATAN,,,akhirnya SENDIRI GANTUNG DIRI SALAHKAN ORANG LAIN.

    BalasPadam
  4. If it was not because of Musa Aman power grab attempt the PRN issue will not arise. Musa Aman’s action was with the blessing and support by PN, particularly Muhyiddin. PN did it at Federal level...and they tried it again in Sabah. Warisan had no choice...to fight the gentlemen way.

    BalasPadam
  5. Yaa..sepatutnya Shafiee bedal biarkan saja Musa Aman damai tebuk atap mcm abah cow dan lembu2nya.

    BalasPadam
  6. Apa pun semuanya crazy for power & of course money,now crazy Anuar wants to take over government ,first to suffer its people of the country.

    BalasPadam
  7. kalau tengok lebih ramai orang melayu @ bumiputera Yang Islam Banyak melata Dalam media sosial berbanding Dari bangsa lain warganegara Malaysia.bikin malu wooo.

    BalasPadam
  8. Agama Islam , Cara berkomunikasi tuduh menuduh , fitnah memfitnah , buruk sangka , kurang percaya antara satu dengan lain, mudah dipesong. ITU lah budaya Kita sebahagian warga malaysia kalah yahudi Dan komunis

    BalasPadam