Header Ads

Header ADS

PAS jelas dan tenang dalam pendirian, perkukuhkan Muafakat Nasional dan pertahankan PN


Ketika situasi politik negara dilihat tidak menentu dengan pelbagai perkembangan berlaku dari semasa ke semasa, PAS memberi gambaran mereka kini kekal tenang.

Timbalan presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata buat masa ini pendirian PAS tetap sama walaupun Umno - yang menjadi sekutu mereka dalam Muafakat Nasional (MN) - membuat pendirian baru berhubungan hubungan mereka dengan Perikatan Nasional (PN).

"Pendirian PAS tetap sama iaitu perkukuhkan Muafakat Nasional dan pertahankan PN.

"Kita akan adakan perbincangan," katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Ahli parlimen Kubang Krian itu berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini Umno yang membuat pendirian dan cadangan untuk menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN.

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan, malam tadi memaklumkan parti itu memberi syarat baru kepada kerajaan PN untuk meneruskan kerjasama politik secara bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin.

"Umno membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada menyokong dan akan memberi syarat baru kepada kerajaan bagi meneruskan kerjasama politik secara perjanjian bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin," katanya selepas mesyuarat biro politik majlis tertinggi Umno di Kuala Lumpur.

MR :   MN untuk Islam dan Melayu, PN untuk kesejahteraan rakyat 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Bagus tu :
    MN utk kepentingan orang Melayu dan umat Islam.
    PN pula utk kesejahteraan rakyat Malaysia dan kemakmuran negara.

    BalasPadam
  2. PAS dalam keadaan selesa sekarang. Perjuangan kita ada misi dan hala tuju yang jitu.
    Kepentingan Islam diletakkan di bahagian utama, di hadapan kepentingan peribadi dan keluarga.

    Maka gunakanlah peluang yang ada ini utk terus menunjukkan Islam ini adalah "Agama yang Memerintah "

    Jadi syorkan agar :
    1. Perkasakan DHPP. Luaskan sayap dan pengaruh kepada orang bukan Islam.

    2. Persiapkan kaum Muda dan remaja dalam mendekati agama Islam. Adakan program-program Youth club yang mempunyai pengisian jasmani dan ruhani.
    Kuasai sukan. Dalam sukan letakkan agenda Islam dalam kesukanan. Kuasai sukan Futsal dan lahirkan remaja-remaja yang pro Islam, sehingga dapat bagi tazkirah dan solat jemaah di courtyard Futsal.

    3. Himpunkan golongan professional yang pro PAS. Minta mereka buat rencana berkala tentang Islam dan ilmu sains serta peradaban dunia.

    Inilah beberapa pengesyoran yang dapat saya kemukakan agar PAS dapat maju memerintah negara kita ini.

    "Islam Agama yang Memerintah"

    Wassalam.

    BalasPadam
  3. rakyat x berparti senang dgn PN

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.