Header Ads

ads header

Flash News

PAS khianati UMNO dengan mengadakan kerjasama dgn BERSATU dan menubuhkan PN?


Ada satu org post kat saya dan bertanya mengapa PAS khianati UMNO dengan mengadakan kerjasama dgn BERSATU dan menubuhkan PN?.

Saya tanya kat mana yg dikatakan khianat? InsyaaAllah PAS sepanjang kerjasamanya dgn siapa pun telah membuktikan setiakawan yg tinggi. Jauh sekali berkhianat. ( sila rujuk kerjasama PAS + S46. PAS+ DAP. PAS+PKR)

Muafakat PAS dan UMNO adalah muafakat yg tidak mengikat antara satu sama lain. PAS bebas dan UMNO pun bebas. Sebab itu PAS tak kesah hubungan UMNO dgn MCA dan MIC dlm BN. Namun ada satu persepakatan iaitu mana2 pihak tidak boleh bekerjasama dgn mana2 parti komponen PH atau Individu pimpinannya. atas dasar itu PAS tiada hubungan dgn PAN atau DAP atau PKR. Juga tidak menyokong LKS atau Mat Sabu atau Anwar. Adapun BERSATU dan TSMY sudah keluar dari PH. maka dimana khianatnya PAS? Kalau dalam diam2 PAS dan Ahli Parlimennya menyokong Anwar dan berjanji untuk lantik Anwar sebagai PM maka itu baru dinamakan khianat.
 
Lalu perkukuhkan MN ini sebaiknya dgn berpegang kpd piagam yg telah digariskan. Jgn layan pihak2 yg mahu pecahkan PN atau BN atau MN. Jgn ambil sebarang pendekatan politik yg boleh megembalikan PH dan DAP ke Putrajaya. Cuba belajar mengenali Aulawiyyat Politik. 
 
Kerana Aulawiyyat politik lah maka PAS sanggup tak bertanding walau satu kerusi pun di Sabah. kerana bagi PAS mengalahkan PH lebih penting dari PAS bertanding. dengan itu semua pihak mesti mempastikan PRU15 nanti semua Parlimen dan DUN hanya bertanding dua penjuru sahaja. Jika ketiga2 parti utama PAS + BERSATU + UMNO gagal memutuskan pertandingan hanya 2 penjuru, bermakna kita bersedia melihat PH kembali menjadi kerajaan. Dan itu merupakan malapetaka yg lebih dahsyat dari covid 19 kepada negara ini.
 
Perlu diingat..bila keputusan 2 penjuru diterima bermakna PAS perlu bersedia ada kerusi PAS yg terpaksa diserah kpd BERSATU atau UMNO. BERSATU perlu bersedia jika ada kerusi BERSATU terpaksa diserahkan kpd PAS atau UMNO. UMNO pun kena bersedia menyerahkan kerusinya kpd BERSATU atau PAS. Waktu inilah kematangan politik dan setiakawan semua pihak teruji. Ketamakan dan kesombongan diri akan menjadikan semua parti2 terbabit bakal berpindah ke kerusi pembangkang di DUN dan Parlimen nanti. Biar kita tak jadi tok imam asalkan solat dipimpin oleh imam yg sah. 
 
UMS
Banjaria Court Gombak.  

MR :  UMNO berdalih kerana ada projek dengan Anwar  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


25 ulasan:

  1. Mn bkn lah ikatan politik,,,kerana mn umno bernyawa kembali jgn umno nak berlagak,,,,umno jgn nk ajar pas mcmana jln mcm mana nak setiakawan kerana umno terbukti inaya pas berpuluh tahun terbukti tendang pas ketika umno kuaz kembali dulu,,,jadi umno jgn lebih sudu drpd kuah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sayang betul mamat ni dengan si yidin, dulu masa mn bukan main lagi kutuk yidin n the gang kaw kaw punya. bila dah dapat jawatan terus sujud pada yidin. mn entah ke mana? setiakawan entah ke mana

      Padam
    2. Nk jwtan jer dh dpt ok la.. Kalah pru pon blh dpt jwtan lantik jdi senator.. Ape ade hal.. Jnji temolok mau isi laa... Kikikiii

      Padam
  2. Pas tidak khianati umno secara langsung. Tetapi,,indirectly,,pas sebenarnya mengkhianati umno dgn menyertai PN. Pas,,cita2 dia besar, malah terlebih besar dari keupayaan sendiri, pas mahu " makan keliling " dan nak jadi "king maker". Ini tabiat hudoh pas dari dahulu,,ego. Pas bergaduh dgn umno sebelum pru14,,bukannya memgikut ajaran islam pun. Admin tolong tunjukkan bukti dan dalil,,adakah didalam alquran mahupun sunnah rasulullah saw,,satu kebenaran berpakat dgn org kafir dan menentang saudara seagama? Tidak ada,,buka la kitab mana pun,,tiada istilah bergaduh sesama saudara seagama. Habis, kenapa pas berpuluh2 tahun bermusuhan dgn umno? Jawapannya kerana pas bukan betul2 meletakkan ugama di hadapan,,yg pas letak di hadapan ialah agenda parti. Setelah pru14, apabila umat islam hilang kuasa,,baru la pas sedar kesilapan selama ini. Alhamdulillah,,pas metrai MN dgn umno. Cantik dah, hasilnya,,dengan penyatuan ini,,belum pun sempat pru 15, putrajaya kembali dibkuasai umat islam. Tetapi, sikap curiga pas kpd umno masih menebal, tiada keikhlasan yg tulus sebenarnya,,pas bimbang umno akan buli pas , terutama isu kerusi mp pada pru15,,maka dgn sebab itu pas join PN. Pada hal,,pn bukan ada kekuatan pada pru15 nanti,,dgn kebodohan pas ini, agenda nak makan keliling kunon, king maker kunon,,akhirnya pn menjadi kuat , dan menjadikan MN semakin goyah. Pn,,berkemungkinan besar akan "membunuh" umno,,lihat apa yg berlaku di Prn sabah?. Berkuburnya umno,,ini agenda DAP dan PH. Pas,,terkena jerat sendiri. Pas bukan maksum,,,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. UMNO kata PAS khianat MN dengan bersama PPBM tubuh PN....

      Kalau UMNO ikhlas dengan MN kenapa UMNO taknak register MN sebagai gabungan sah dan bertanding guna logo MN dalam PRU dan PRK ?....kenapa UMNO masih kekal dengan BN ?

      dan kenapa pula PAS tak boleh ada gabungan politiknya sendiri dalam PN kenapa UMNO boleh pula ada gabungan BN?...

      adakah ini bukan jelas UMNO sebenarnya yg makan keliling dan cuba gunakan MN untuk dapatkan kembali sokongan kepada UMNO bukan sebab ikhlas untuk kukuhkan MN?

      Padam
    2. Bau hancing ni..... dapat habuan maka apalagi buat kerja lah...

      Padam
    3. senang aje. umno kena buang orang mcm hisyamudin onn dan anuar musa, pas kena buang orang macam takiyudin. sonang baito

      Padam
  3. NI MEMANG BAHASA GENG PH....SELAGI TAK BERPISAH UMNO DGN PAS ..USAHA AKAN DIPERKUATKAN...JANGAN TERTIPU KALI KE2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. PAS dgn UMNO gaduh, PH jgk salah.
      Keh355x!

      Padam
    2. Inilah kata2 yg mgkin terbaik bgi lobai.. Dh dia yg bangang dia salah kan org yg xde sangkut paut dgn dia.. Ini lah yg dikatakan sesat lgi menyesatkan.. Komen yg menampakan kebodohan diri sndiri.. Ajer bajang kikikikii

      Padam
  4. ni mcm nak memecah belahkan ni...berbau fitnah ni...jgn cpt percaya...kita nak suruh bersatu bukan nak memecahkan...ni puak apa tak tau ni...busuk mulut ni..

    BalasPadam
  5. Pas sertai PN juga merupakan salah satu punca perpecahan. Kenapa tidak kekal bersana MN sahaja,,kerana MN sudah cukup kuat. Tujuan pn ditubuhkan adalah aebenarnya untuk memecahbelahkan pas dan umno. Pas,,atas alasan nak berbaik dgn semua pihak,,sebenarnya membuka ruang peroecahan dlm MN. Sblm ini, pas buat kerja bodoh menghadiri kongres melayu tajaan keling mahathir,,mahathir tu keling, dia nak memartabatkan bangsa melayu ka? . Tapi,,terbodoh dgn mainan politik mahathir,,dan dulu kini dan selamanya pas memang tak boleh menandingi kebijaksanaan berpolitik mahathir,,umno yg pd mulanya tidak akan sertai kongres tersebut,,namun demi menjaga hati pas dan demi menjaga mn, umno terpaksa sertai, walaupun tahu,,tujuan mahathir adakan kongres tersebut hanya untuk memecahbelahkan pas dan umno. Aoa hasil kongres?? Daripada asalnya nak memartabatkan org melayu, bertukar jadi kongres kutuk melayu. Pas oh pas,,kenapa bodonh sangat main politik ? Sepatutnya,,martabatkan MN, yg lain akan terpaksa akur dan berpayung di bawah MN sahaja..bila pas sertai pn,,ini membawa kpd perpecahan. Tapi,,saya kenai org pas,,bagi mereka pas adalah maksum...mana boleh tegur mereka. Mereka beli mercedes untuk exco tak salah,,kerajaan perak beli camry dulu,riuh satu dunia kata membazir wang rakyat..he he..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bodoh pas dapat perintah 3 negeri...bodoh pas dapat jawatan beberapa menteri...bodoh kau dapat apa labu... sekadar tulisan sampah macam gaya arif muluk kah kah kah

      Padam
    2. Biar dikatakan bodoh pas dapat memastikan yg Pan dan DAP tak memerintah itu yg utama.kefua supaya hampa boleh terus dapat upah menulis untuk porak peranda

      Padam
    3. Saya setuju...janji jangan dapat kat DAP.

      Padam
    4. SOKONG...DAP ANTI KETUANAN BANGSA MELAYU...DSAI , TUN MAHATHIR dan MAT SABU dah lama fening kepala kena main dengan DAPigs...

      Padam
    5. 3.11, kau ni komen meracau semacam. Teringin sangat nak balik masuk PAS ke? Baru je bbrp bulan hilang jawatan, hilang kuasa, dah mula meroyan tak tentu pasal. Kau bubar atau keluar parti kuali kau tu, kemudian masuk parti dapigs. Barulah nampak maksum sikit.

      Padam
  6. Memang susah kalau dalam satu payung banyak parti...salah faham kerana jawatan akan TERJADI. Ambil contoh senario kat Sabah sebagai pedoman jelas jadi macam mudin vs mader.🤣🤣🤣

    BalasPadam
  7. UNKNOWN 3:11...PAS sertai PN bukan memecahbelahkan MN. Bahkan yg nyata ia memecahbelahkan PH...Mader ngan Abg Non dh xsebulu, LKS dan Mat Sabu pun jd bingung...

    BalasPadam
  8. PAS bersama BN dengan PN untuk mengelak 3 penjuru bila PRU 15 diadakan. Sekurang2nya puak puak sekular, liberal tidak akan berada dalam kerajaan Kedah, Kelatan dan Terengganu.

    BalasPadam
  9. SEDARLAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA
    Ahli politik Malaysia dari dulu hingga kini telah banyak menyusahkan rakyat.
    Setiap hari berpolitik hingga rakyat jd susah & menderita.
    Berbanding negara luar selepas Pilihanraya, pemimpin politik berusaha utk menyatukan rakyat, meningkatkan ekonomi, membina negara,membawa kemakmuran negara tp di Malaysia pula sebaliknya.
    Pemimpin memilih jalan bertelagah suka melihat rakyat berpecah dlm masa sama mereka sibuk menjarah harta negara.
    Gaji beratus ribu, peruntukan berbillion ringgit tp taraf kehidupan rakyat terus sengsara.
    Sedangkan Allah makmurkan rezeki dgn kekayaan hasil bumi bijih, gas, getah, sawit, tanaman, ternakan dll.
    Tapi pemimpin yg diamanahkan selama ini samada blok kerajaan @ pembangkang telah salahguna kuasa & rasuah berlaku dari atas melibatkan raja, pemimpin, penjawat awam, penguatkuasa, hingga ke rakyat biasa.
    Hingga pintu negara bolos setiap masa dgn kebanjiran pendatang, dadah, penyeludupan, pelacuran, perjudian, pemerasan dll gejala yg tak mampu di bendung.
    Tak heran bila pendatang berkata mereka mampu merasuah penguatkuasa dgn hanya sebatang rokok.
    Sudah tiba & ketika rakyat bangkit & menolak pemimpin rakus & tiada intergriti tak kira samada dari blok kerajaan @ pembangkang. Ramai lg pemimpin masyarakat yg mampu menjadi pemimpin negara masa hadapan.
    Antaranya Ebit Lew, Uncle Kentang, Toqi PPIM, Tan Seri Hisyam, Tun Hamid, Tan Seri Lee Lam Thye dll nama wira yg tak di dendang. Mereka ini lebih layak memerintah negara daripada membiarkan politikus yg hanya merosakkan kesejahteraan negara.
    Ayuh berubahlah rakyat Malaysia, pilihlah pemimpin dikalangan kita yg telah terbukti Amanah, Jujur & lkhlas untuk membimbing kita utk utk menuju kejayaan dunia & akhirat.
    KITA BINA SEMULA NEGARA.

    BalasPadam
  10. aku da agak dah parti bunga ni memang nk menumpang kt MN jer!!..tapi PAS macam x matang lagi dlm mainan politik,geng katak,sejenis,pengampu semua berkumpul kt parti bunga tu!!...tu pun x boleh nk nampak!!...tolong lah MN jangan amik parti bunga cilake ni!!... mungkin yg terbaik BN jalan sendiri jer??....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perasan nak Jalan sendiri. Aku Tak rasa BN boleh berdiri dgn sendiri. Aku percaya Ramai akar umbi UMNO ingin bersama PAS dlm MN. Hanya segelintir MP UMNO yg bermasalah Sahaja yg suka Cari pasal dgn PAS

      Padam
  11. UMNO pun pernah masuk PN dulu bersama dgn Pas tapi keluar dpd gabungan PN setelah DSNR kalah kes rasuah dimahkamah.. Nampak sangat umno nak supaya Pas mengikut rentak yg dimainkan oleh umno.. Cukup2 la nak jadi big brother tu.. Masih tak ambil Iktibar kah dgn kekalahan pru14? Sampai bila nak sedar ni?

    BalasPadam