Header Ads

ads header

Flash News

PAS masih menjunjung perjanjian kerjasama tertubuhnya kerajaan PN


PAS hari ini menzahirkan kesetiaan terhadap kepimpinan perdana menteri Muhyiddin Yassin, sekali gus mempertahankan sokongan kesemua 18 anggota parlimennya bersama kerajaan Perikatan Nasional.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata kerajaan Perikatan Nasional merupakan kerajaan yang prihatin dan telah memastikan keselamatan, kehidupan ekonomi serta ketenteraman negara dan rakyat terjamin.

"PAS menjunjung kasih ke hadapan KDYMM Yang di-Pertuan Agong atas kebersamaan baginda dengan Kerajaan dalam usaha gigih menguruskan dan menangani penularan pandemik Covid-19 yang menjejaskan kehidupan rakyat jelata.

"Pada masa yang sama, PAS menyeru seluruh rakan-rakan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk terus istiqamah mempertahankan kepimpinan YAB Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional yang dibina bersama di atas keruntuhan Pakatan Harapan," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di Facebook.

Selain itu, Takiyuddin berkata PAS juga menyeru seluruh rakyat Malaysia berdoa supaya dihapuskan wabak Covid-19 dengan segera dan negara ini kembali selamat, aman dan bersatu-padu.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin baru-baru ini mengusulkan cadangan agar darurat dilaksanakan bagi memerangi wabak Covid-19. 

Langkah itu disifatkan pembangkang sebagai usaha Muhyiddin menyelamatkan kedudukannya sebagai perdana menteri menjelang pembentangan Belanjawan 2020 di parlimen, yang memerlukan sokongan majoriti anggota parlimen.

Bagaimanapun Yang di-Pertuan Agong menolak memberi perkenan terhadap cadangan tersebut dengan menyifatkan bahawa tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat.

Baginda juga mengingatkan ahli politik agar menghentikan segera politiking yang boleh mengganggu kestabilan pentadbiran kerajaan.

Malam tadi, mesyuarat Majlis Tertinggi Umno mencapai keputusan untuk kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) namun menggesa kerjasama ditambah baik berdasarkan nilai hormat menghormati dan konsensus politik.

MR :  Bila kita kukuhkan perjanjian kita kena terus sehingga perjanjian itu dikhianat atau habis tempoh (PRU-15) 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Semua pemimpin politik bersatu memikirkan kepentingan rakyat dari ancaman covid 19 yg sedang nelanda negara....

    BalasPadam
  2. Dulu PH memerintah pun atas dasar perjanjian dan persefahaman.. lepas tu geng Muhyidin,Jemin ni berpaling tadah.. perjanjian dan persefahaman langsung tak dibormati.. sebaliknya dikhianati.. dan kalau ingat masa tu kemain baik PAS sgn UMNO sehingga wujud MN.. sekarang ni PAS mula nak lupakan kawan yg sama2 susah payah berjuang dulu.. nak tinggalkan UMNO demi Bersatu dan Jemin.. nilah perangai sebenar PAS.. langsung takde simpati pada UMNO.. sesama Islam pun dia main tikam belakang.. sesama Islam pun dia buat sama macam dia buat DAP.. kesian UMNO dianggap seolah2 macam kafir oleh PAS..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kenapa masih BODOH nak salahkan LEBAI PAS..atas alasan tikam belakang...UMNO setelah kecundang pru14 mencari TALIAN HAYAT..DEMI ISLAM DAN UKHWAH SERTA BERPEGANG TALI ALLAH...PAS MENGHULURKAN TANGAN KEUKHWAHAN PADA SEMUA UMNO DAN BERSATU MELUPAKAN SENGKETA 60 TAHUN...TGHH ORANG PERTAMA ZIARAH DAN BERI SOKONGAN MORAL PADA ANWAR MUNAFIK KETIKA KES LIWATTT SEHINGGA HASILKAN BUKU QAZAF...JADI SIAPA SEKARANG SEPERTI ANJING TERSEPIT..PERNAH DIFITNAH RM 90 JUTA OLEH PANKhianat SEHINGGA SEKARANG TIADA BUKTI DAN RAMAI LARI DARI JAMAAH UTK BERSAMA TOKONG DAPIS...ALHAMDULILLAH PAS TETAP ISTIQAMAH HINGGA KIAMAT INSHA ALLAH WLPUN TUNGGAL.

      Padam
    2. Mamat 10.21, Komen nak memecahbelahkan kesatuan ummah MN umno ngan PAS. Fakta direka cipta mcm perangai dapigs zionis.

      Padam
  3. pertama sekali,,kerajaan ph berkubur bukan kerana kerja buat org luar, khususnya pas dan umno. sebaliknya ph berkubur kerana mahathir keling merajuk akibat tekanan dari aljuburi yg dah tak sabar2 nak jd pm. pas dan umno hanya metrai piagam MN, cuma perkara ini menimbulkan kebimbangan yg amat dahsyat di kalangan ph. ph sedar, pru15 nanti, ph akan ditunjukkan jln keluar dari Putrajaya. kekuatan MN terbukti,,apabila kerajaan ph berkubur , hasil daripada wujudnya MN,,belumpun sempat tamat tempuh satu penggal.
    kedua,,jemin dan tsmy dah tak hingin kekal berdamping dgn babi dap,,setiap hari menghidu bau busuk najis dan hancing babi dap. jadi, jemin dan tsmy dan kumpulan masing2 memilih untuk kembali bersama umno,,parti tunjang org melayu. pas,,adalah serpihan umno, begitu juga pkr dan terkini ppbm,,juga serpihan umno. semua dah sedar,,daripada memihak kpd kafir dap dan geng pungkuq,,lebih baik memihak dan berbaik2 sesama saudara seagana dan sebangsa. ini bukan pengkhianatan, tetapi kembali ke jalan benar setelah khianat kpd agama dan bangsa sblm ini.

    BalasPadam