Header Ads

ads header

Flash News

PAS tidak menyebelahi mana-mana ketika hubungan Umno-Bersatu tegang kata Abdul Hadi


Ketika hubungan antara Umno dan Bersatu dilihat semakin tegang, PAS pula mengambil sikap berkecuali.

Dalam sidang media di Terengganu hari ini, Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyatakan sokongan kepada Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).

"Kita nak teguhkan MN dan PN," katanya ringkas.

MN merupakan gagasan kerjasama antara PAS dan Umno dan kedua-dua parti itu juga telah menandatangani piagam secara rasmi bagi memeterai kerjasama antara mereka.

PN pula merupakan ikatan longgar diterajui Bersatu yang mentadbir kerajaan persekutuan bersama-sama Umno-BN, PAS dan dengan sokongan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Pemimpin Umno sebelum ini menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Bersatu selepas jawatan ketua menteri Sabah diserahkan kepada parti itu.

Selain itu, Umno juga tidak berpuas hati apabila beberapa kubu kuatnya yang dimenangi pada pilihan raya umum 2018 diserahkan kepada mereka yang melompat menyertai Bersatu.

Selain itu terdapat gesaan daripada pemimpin Umno agar parti itu meninggalkan PN.

Sikap di Sabah

Untuk rekod, PAS tidak bertanding dalam pilihan raya Sabah walaupun sebelum ini menuntut diberikan kerusi untuk ditandingi.

Sementara itu, Abdul Hadi enggan menjawab kritikan DAP berhubung cadangan agar wakil PAS dilantik sebagai wakil rakyat di Sabah.

Semua Program PAS ditanguh

Sementara itu, Abdul Hadi mengarahkan agar semua program parti itu ditangguhkan berikutan penularan wabak Covid-19.

Bagaimanapun katanya, program yang tidak dapat dielakkan, mesti mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung wabak itu.

Abdul Hadi juga meminta agar sambutan ulang tahun piagam Muafakat Nasional ditangguhkan.

MR :  PAS jadi orang tengah, nanti UMNO jadi orang tengah antara PAS-PAN pula he he  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.



5 ulasan:

  1. Mane boleh nak menyebelah sape2.. dahlah kerusi tak byk.. itupun langsung takde hati nak tambah kerusi.. nak berkorban je keje.. sekarang ni PBS dah bising kenapa perlu PAS ade dalam kerajaan Sabah.. DAP bising semalam kemain melompat melayu2 anti DAPIGS ni.. sekarang nak tgk pulak response puak2 ni bila PBS yg bising.. tak sedar PBS yg mereka sokong tu rupenya perangai same je dgn DAPIGS.. akhirnya PAS yg kononnya nak menolak DAP akhirnya terperangkap dalam kesatuan yg tak ubah macam DAPIGS tapi versi melayu dan versi kristian..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau lagi teruk. Versi dapigs berlapis-lapis, membusuk sampai ke usus taik. Tak boleh nak kenal warna apa. Dah jadi hitam legam.

      Padam
  2. Kau sama aje dengan pemimpin yang terlalu gilakan kuasa.
    Dah dapat bontot DAP kau semburit la cukup-cukup.

    BalasPadam
  3. Kita menyokong PAS memperkasakan dan memartabatkan MN dan PN untuk menegakkan hak Islam dan hak umat Islam.

    Kita tahu puak kafir harbi dan khadam munafik liberal mereka dan agen sulit mereka sedang menyebarkan pelbagai fitnah untuk melaga-lagakan UMNO dengan Bersatu supaya umat Islam berpecah-belah dan menjadi lemah.

    Jika ini berlaku , puak kafir harbi dan khadam mereka akan ketawa tergolek-golek bertepuk tangan berhigh-five kerana peluang terbuka Luas untuk puak kafir harbi memerintah negara dan menindas Islam dan umat Islam.

    BalasPadam
  4. bagus lah jangan menyebelahi mana2 pihak, mereka lebih tahu keadaan diri mereka, doa terbaik untuk mereka berdua agar berbaik, hal kerusi disabah jangan ambil pusing sangat, sekarang yang perlu tingkat kesedaran islam disana, kritianisasi disabah amat kuat, kena ambil tahu sebabnya, berdakwahlah dengan penuh hikmah dan bijaksana

    BalasPadam