Header Ads

ads header

Flash News

Pendaftaran MN kukuh sokongan kepada kerajaan, kata Tuan Ibrahim


PETALING JAYA:
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yakin pendaftaran Muafakat Nasional (MN) sebagai gabungan yang sah akan mengukuhkan sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional (PN).

“Kami yakin ia adalah gabungan penting dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, dengan penyertaan PPBM ke dalam gabungan itu ia turut menjadi nilai tambah bagi mengukuhkan sokongan rakyat kepada kerajaan.

Semalam, 2 parti Melayu terbesar Umno dan PAS, bersetuju mendaftarkan kerjasama politik mereka, MN, selepas Umno mencadangkannya secara terbuka dalam kenyataan baru-baru ini.

Setiausaha agung I dan II gabungan itu Annuar Musa dan Takiyuddin Hassan, mengumumkan kepimpinan kedua-dua parti bersetuju mengorak langkah itu di sebalik penangguhan jawatankuasa perunding MN yang sepatutnya bertemu Isnin lalu.

Sebelum ini, Umno mencadangkan kepada PAS supaya mendaftarkan MN sebagai gabungan yang sah ketika mengumumkan mempertimbangkan untuk menarik diri daripada menyokong PN, yang disertai PAS.

Peneraju PN, PPBM, pada Ogos menyatakan hasrat untuk menyertai MN selepas diundang secara rasmi, namun akar umbi Umno dikatakan tidak selesa dan tidak bersetuju dengan idea itu.

Ketika ini, Umno mempunyai 39 ahli Parlimen manakala PAS pula 18 ahli Parlimen. Lapan wakil rakyat MN memegang jawatan di peringkat eksekutif dalam pentadbiran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, yang juga presiden PPBM.

MN adalah kerjasama politik antara Umno dan PAS yang terjalin secara rasmi pada 14 September tahun lalu, menyusuli kekalahan Umno dan gabungan pimpinannya, Barisan Nasional pada PRU 2018 di tangan PPBM dan Pakatan Harapan.

#Sumber : FMT 

MR :  MN perlu bersama PN 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. alhamdulillah semoga memberi kebaikkan kepada malaysia dan sama2 berganding bahu bersama kerajaan untuk membaiki ekonomi dan mengcekang covid demi keselesaan rakyat, amin

    BalasPadam