Header Ads

ads header

Flash News

Pendek akal, penting diri sendiri dan diktator itu Anwar kata Zuraidah


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin menggesa Presiden PKR, Anwar Ibrahim untuk "bercermin diri" terlebih dahulu berhubung kritikannya terhadap rancangan kerajaan mengisytiharkan perintah darurat.

Zuraida berkata, Anwar punca menyebabkan berlaku ketidakstabilan politik dengan mengalihkan tumpuan terhadap usaha kerajaan memerangi wabak Covid-19.

Tambahnya, Anwar yang sebelum ini mendakwa memperolehi majoriti sokongan anggota parlimen juga berulang kali gagal membuktikan dakwaan tersebut.

"Dan ketika dia berdrama yang berlarut-larutan dan tanpa tujuan ini, kerajaan (Perdana Menteri) Muhyiddin Yassin menghadapi wabak global ini setiap hari.

"Saya tidak dapat memikirkan bagaimana seorang pemimpin politik kanan memperlakukan dirinya sedemikian rupa ketika negaranya berhadapan dengan krisis kesihatan yang belum pernah terjadi sebelum ini.

"Anwar yang mendakwa dalam kenyataannya bahawa kerajaan tidak telus, bahkan gagal bersikap telus kepada Seri Paduka dengan majoriti yang dikatakan kukuh dan meyakinkan," katanya.



Menurut Zuraida, Anwar seharusnya mengenepikan cita-citanya pada ketika negara dilanda wabak Covid-19 dan menyokong kerajaan pada ketika ini seperti yang sepatutnya dilakukan oleh seorang negarawan.

"Apa yang sebenarnya dia lakukan menimbulkan pertanyaan serius mengenai kesesuaiannya dengan jawatan tertinggi yang selama ini sangat dikejar-kejarnya, sehingga merugikan kebajikan rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kabinet hari ini dilapor bersetuju dengan pelaksanaan "darurat" bagi menangani penularan Covid-19 selepas perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas yang dipengerusikan Muhyiddin di Putrajaya.

Petang tadi, Muhyiddin dilapor menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang.

Rancangan itu mendapat kritikan daripada pelbagai pihak terutama ahli politik pembangkang, yang menegaskan undang-undang sedia sudah cukup untuk menangani wabak Covid-19.

Malah mereka juga mendakwa langkah Muhyiddin mengisytiharkan darurat adalah cubaan menggantung Perlembagaan Persekutuan dan mengelakkan pilihan raya.

Anwar dalam satu kenyataannya menyifatkan keputusan kabinet untuk melaksanakan “darurat” memungkinkan negara menjadi kerajaan diktator.

“Pengisytiharan darurat hanya dilakukan bila mana terdapat unsur ancaman pada keselamatan negara.

“Tetapi apabila kerajaan itu sendiri yang menjadi punca pada ancaman keselamatan, maka langkah darurat ternyata suatu langkah ke belakang yang akan memungkin kediktatoran.

“Saya menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menimbang semula keputusan ini kerana ia ternyata suatu keputusan yang pendek akal dan penting diri,” katanya.

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan