Header Ads

ads header

Flash News

Perjalanan Anwar bakal berakhir?


TATKALA gelombang ketiga koronavirus (Covid-19) ketika ini semakin kuat membadai Malaysia, timbul pula satu polemik politik yang menggemparkan rakyat sejak tiga minggu lalu.

Dua hari sebelum hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 diadakan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pengumuman mengejut bahawa beliau memiliki majoriti sokongan ahli Parlimen yang ‘meyakinkan’ untuk membentuk kerajaan baharu menggantikan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau turut menyatakan menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk dipanggil menghadap pada tarikh 22 September lalu, namun acara menghadap terpaksa ditangguhkan kepada esok susulan Seri Paduka Baginda gering dan menjalani rawatan di Institut Jantung Negara.

Lebih menarik, Anwar turut menyatakan sebuah kerajaan ‘bumiputera Islam’ bakal terbentuk, dengan spekulasi 121 ahli Parlimen dikatakan bakal menyokong beliau termasuk 19 ahli Parlimen daripada parti UMNO.

Drama politik terkini negara menjadi semakin panas apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui, beliau tidak dapat menghalang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menyokong Anwar kelak.

Angka 112

Namun, apabila sebahagian besar Ahli Parlimen UMNO dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menafikan dakwaan itu, persoalannya adakah Anwar benar-benar mempunyai angka sokongan yang mencukupi untuk membentuk kerajaan?

Mengikut amalan demokrasi pembentukan kerajaan Malaysia, mana-mana parti atau gabungan memerlukan sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen bagi memperoleh majoriti mudah membentuk kerajaan.

Malangnya di atas kertas, Anwar ketika ini hanya mempunyai sokongan 91 Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) terdiri wakil rakyat DAP (42 kerusi), PKR (38 kerusi) dan Amanah (11).

Menurut sumber PH, bagi mendapatkan majoriti mudah membentuk kerajaan, Anwar memerlukan tambahan sekurang-kurangnya 21 kerusi Parlimen, yang perlu datang daripada ahli Parlimen parti selain PH.

Ditambah dengan status Parlimen Batu Sapi, Sabah terpaksa dikosongkan pada 2 Oktober lalu susulan kematian penyandangnya, Datuk Liew Vui Keong daripada Warisan, setiap kerusi adalah sangat penting kepada Anwar bagi memastikan ‘Langkah Anwar’ pada 13 Oktober ini berjaya.

“Terdapat beberapa senario yang boleh memungkinkan ‘Langkah Anwar’ pada kali ini berjaya. Pertama, beliau sememangnya bakal menerima sokongan lebih 20 Ahli Parlimen UMNO yang berada di bawah kem Zahid, ditambah sokongan Ahli Parlimen GPS melebihi 15 orang.

“Kedua, beliau masih menerima sokongan kem Mahathir dan Warisan seramai 14 ahli Parlimen, meyakinkan tiga ahli Parlimen lain daripada mana-mana parti untuk menyokongnya serta meraih kembali sokongan sekurang-kurangnya empat bekas ahli Parlimen PKR yang kini berada dalam kem bekas Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Senario ketiga pula, selain sokongan Ahli Parlimen UMNO dan BN melebihi 20 orang, Anwar mungkin berjaya ‘mencuri’ sokongan beberapa Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang pernah lompat parti dan meraih kembali sokongan Warisan bagi mendapatkan ‘angka’ meyakinkan sekurang-kurangnya melebihi 120 kerusi,” kata sumber PH itu kepada Sinar Harian semalam.

Sekalipun Anwar terbukti memiliki sokongan mencukupi, Presiden PKR itu masih berdepan pelbagai cabaran bagi meyakinkan Seri Paduka Baginda dalam pertemuan di Istana Negara esok.

“Kalau Anwar terbukti ada ‘angka’ sokongan, Agong mungkin akan meminta perkara itu dikemukakan dalam sidang Parlimen pada 2 November hadapan bagi mengelakkan institusi diraja dijadikan bahan kemarahan rakyat.

“Selain itu, Anwar juga sebenarnya berdepan dilema untuk memperjelaskan sokongan yang diterima kepada Agong kerana sokongan itu perlu dibuktikan bukan bersyarat untuk tujuan pembubaran Parlimen, tetapi sokongan mutlak dengan tidak lagi bersifat majoriti tipis,” kata penganalisis politik daripada Universiti Sains Malaysia, Profesor Dr Sivamurugan Pandian.

Bagi Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman pula, ‘Langkah Anwar’ kali ini perlu dipandang serius dan dilihat lebih meyakinkan berbanding sebelum ini.

Lebih menarik, beliau menegaskan, inisiatif itu buat pertama kalinya dilaksanakan Anwar secara persendirian dan tidak melalui pakatan politik.
“Langkah politik yang dibuat Anwar juga dilihat tepat pada masanya dan tidak akan mengundang kemarahan rakyat.

“Selain populariti (Perdana Menteri) Tan Sri Muhyiddin Yassin semakin merudum gara-gara kerajaan double standard dalam menangani kes Covid-19, Yang di-Pertuan Agong juga sedar langkah pembubaran Parlimen tidak menjamin situasi politik lebih stabil,” katanya.

Mohammad Redzuan juga tidak menolak kemungkinan satu bentuk penjajaran politik baharu berteraskan ‘kerajaan bumiputera Islam’ dijangka terbentuk.

“Ramai tidak menyedari kemungkinan sokongan diberikan oleh ahli Parlimen kepada Anwar adalah secara individu dan bukan lagi berbentuk kepartian.

“Justeru, tiada masalah untuk Ahli Parlimen UMNO dan DAP duduk di bawah satu bumbung walaupun mereka sebelum ini dilihat sukar bekerjasama,” katanya.

Persoalannya, dengan sejarah Anwar sudah tiga kali membuat pengumuman mempunyai cukup majoriti untuk menjadi kerajaan, adakah Anwar dapat merealisasikan impiannya untuk duduk di kerusi empuk Perdana Menteri di Putrajaya kali ini?

#Sumber :   SH 

    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


11 ulasan:

  1. Harapnya anuar gagal utk jadi pm sebabnya Pengaruh DAP utk tengok islam hancur bermula kagi

    BalasPadam
  2. moga ALLAH tamat dan GAGALKAN HAJAT ANWAR KETUA MUNAFIK DAN FITNAH NEGARA serta yang SABIT dengan LIWAT HOMOSEKS PENYOKONGTEGAR LGBT....RAMAI yang mnedoakan ANWAR sudah mula GILAAA selepas tindakan khianat merampas LANGKAH KAJANG ..Khalid IBRAHIM dijatuhkan dan Port Dikson terpaksa lepaskan jawatan..dan lebih BURUK ANWAR TERKENA SUMPAH LAKNAT SAIFUL BAHARI

    BalasPadam
  3. Berdoa kepada Allah mohon pertunjuk dariNYA..seorang yang disabitkan bersalah dalam kes LIWAT...seorang yang berbohong dalam berkata yang HEBOH mengatakan ada orang MELAYU yang duduk di kampung dalam daerah BALING mati kebuluran disebabkan X makan kerana hidup susah...seorang yang sentiasa membuat huru-hara dalam masyarakat MALAYSIA dengan gerakkan REFORMASInya...dan bermacam2 lagi hal yang boleh buat keadaan MALAYSIA jadi tidak aman...adakah orang seperti ini nak dilantik sebagai PM MALAYSIA ????..adakah orang seperti ini boleh dimaafkan untuk menjadi pemimpin bangsa MELAYU dan pemimpin Masyarakat Islam di bumi MALAYSIA ini ???????..fikir2kanlah...selama 22 bulan PAKATAN HARAPAN perintah MALAYSIA..apa kebajikan yang dia buat untuk BANGSA MELAYU dan AGAMA ISLAM selama ini..????..mana solidiritinya semasa dia didalam ABIM untuk menjaga ke syumulan agama ISLAM yang sentiasa diperlekehkan semasa PAKATAN HARAPAN perintah MALAYSIA..?????..mana pergi suara lantangnya semasa berpidato dihadapan pelajar2 Islam dalam demonstrasi pelajar suatu masa dulu untuk PERTAHANKAN agama ISLAM yang diperlekehkan semasa PH perintah 22 bulan di Malaysia..?????..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. komen semua ni dari budak2 nak up.. budak2 yg lahir selepas 1990.. paling tua dalam umur 35 tahun kot.. tak kenal sejarah.. kene tipu dgn sejarah.. kat Baling dulu bukan dia seorang je yg cakap macam tu.. ramai pemimpin mengakui kebenarannya.. kalau dia pembohong kenapa Mahathir ambik dia dan angkat dia sehingga sebagai timbalan PM? sehingga kini ABIM masih lagi satu gabungan yg besar dan masih berjasa pada Islam.. tapi maaflah takde perkataan melayu kat situ.. takde istilah nak pertahankan bangsa melayu.. Islam tertegak bukan sbb bangsa.. dan Islam dianuti bukan utk mempertahankan bangsa.. hanya Melayu yg tamak nak pertahankan bangsa dia dgn alasan ini tanah melayu.. sebelum tu rasa2 siapa yg tinggal kat sini.. taknak serah balik kat yg betul2 empunya tanah ni kalau betul2 kau ni Islam???.. kau pun rampas tanah orang.. lepas tu kau kata milik kau.. sbb tu aku kata melayu dgn cina perangai lebih kurang.. cuma melayu suka melalak sbb miskin.. malas plak tu.. cina tak melalak sgt sbb kalau melalak lebih nanti melayu naik angin.. macam bagus.. kalau Anwar tak jaga Islam takkan keluarga dia membesar dalam keadaan beradap.. anak beranak tutup aurat.. takde pun aku dgr dia dan keluarga dia memaki spt kebanyakan pemimpin PAS tu.. lagi satu 22 bulan tu bukan dia yg PM.. Mahathir yg PM.. ke ko tak dah buta.. Anwar pun takde dalam kabinet.. kenapa plak nko nak salah dia.. masa PH memerintah ade kau semayang kene rotan? Ade masjid yg kene potong sumbangan? Nko ni ilmu tak cukup tapi nak bagi komen politik.. tak pasal2 komen ko ni nampak bodo dan bangang.. ingat.. Islam bukan tertegak dgn ketuanan.. Islam akan kuat dgn sendirinya jika konsep keislaman itu dihayati dgn ikhlas dan penuh keadilan..

      Padam
    2. Macam sekapal dengan Nuar aja ayat ayat dinukilkan tu.sembanglah.

      Padam
    3. Si AWANAMA 13 Oktober 2020 3:36 PG, tolong balik kerala dan pergi mampus.

      Padam
  4. Apalah korang semu nie....betullah jawapan balas tu....korang br nak up...nak salahkan org yg x der jawatan dlm kabinet....balik pd asal...nak tuduh org berzina liwat...cukup ker bukti...apa korang nie saksi ker....tunggilah di akhirat nanti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa xcukup bukti lagi ke yang MENTOR kau DSAI disabit dengan kesalahan liwat selama ni ..?..dia dah pun mengakui yang dia BEKAS BANDUAN...tulah bahananya jika minda kau dah DISEMBURIT dengan politik DSAI..ada mata..tengok...ada telinga..dengar..ada otak..fikirlah sedalam2nya jika nak sokong POLITIK SEMBURIT DSAI..mungkin kau lupa agaknya..DSAI ahli Parlimen Port Dickson...apa dia xboleh ke nasihatkan ahli Parlimen DAP supaya jangan PERLEKEHKAN AGAMA ISLAM pegangan aku...@ mata kau dah buta DISEMBURIT POLITIK DSAI..???..😄😄😄

      Padam
    2. lupa plak nak tanya dengan MENTOR kau DSAI SEMBURIT...apa cerita dengan bukti2 kes NEPOTISMA , KRONISMA dan ntah apa2 MA lagi yang bersangkutan dengan TUN MAHATHIR KLEPTOKRAT yang dijaja DSAI SEMBURIT selama REFORMASI JALANANNYA ???..apa tunggu lagi..bawalah ke MAHKAMAH untuk KEADILAN yang dicanang2kan selama ini...bertindaklah sekarang...TUN KLEPTOKRAT dah xada jawatan...tunjukkan BUKTI2 yang dicanangkan ada 6 kotak fail tentang penyelewengan TUN KLEPTOKRAT semasa menjadi PM dulu...@ DSAI SEMBURIT AUTA aje ???...😕😕😕

      Padam