Header Ads

ads header

Flash News

PM akan dikenang sebagai 'pengecut' jika gantung Parlimen kata DAP


Jika Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memilih untuk menggantung Parlimen - termasuk menerusi pengisytiharan darurat - sejarah akan mengenangnya sebagai perdana menteri yang "pengecut, kata ahli parlimen Kota Kinabalu Chan Fong Hin.

Chan berkata, Muhyiddin patut meneroka kaedah yang membolehkan Belanjawan 2021 diluluskan di Parlimen.

Menurut Chan, ahli politik bersikap matang dan sudah tiba masanya untuk duduk bersama demi kepentingan rakyat.

“Semua orang perlu duduk bersama, tanpa mengira perbezaan politik.

“Jika Muhyiddin bertegas untuk meneruskan 'darurat', dia akan dikenang dalam sejarah Malaysia sebagai perdana menteri yang pengecut dan keyakinan dalam dirinya sehingga perlu melumpuhkan badan legislatif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen DAP itu membangkitkan cadangan setiausaha organisasi parti itu, Anthony Loke agar Muhyiddin membuat rundingan dengan semua parti politik di Dewan Rakyat untuk memastikan kestabilan politik melalui gencatan politik.

Dua hari lalu, Loke juga berkata "gencatan politik" adalah perdamaian sementara bagi membantu rakyat dan negara mendepani pandemik Covid-19 serta kelembapan ekonomi.

Bagaimanapun semalam, mesyuarat khas Kabinet yang dipengerusikan Muhyiddin dilaporkan setuju dengan pelaksanaan "darurat" atas dasar menangani penularan Covid-19.

Langkah itu diambil susulan ketidaktentuan berterusan dalam negara dan ketika Muhyiddin berdepan desakan daripada luar dan dalam parti.

Dalam pada itu, Chan berkata Belanjawan 2021 dan pengurusan Covid-19 oleh kerajaan perlu diteliti di Dewan Rakyat, memandangkan pengundi telah memberi mandat kepada ahli Parlimen untuk berbuat demikian.

“Apa yang lebih teruk apabila ahli parlimen dari Sabah telah tiba di Kuala Lumpur dua minggu lebih awal untuk kuarantin, semata-mata untuk menghadiri sidang Parlimen yang bermula 2 Nov.

“Mungkinkah tempoh kuarantin kami ini akan sia-sia saja? Sebagai ahli parlimen dari Sabah, saya tidak berminat untuk ke Kuala Lumpur dan tinggal di hotel tanpa ada tujuan tertentu.

“Kami di sini untuk menjalankan tugasan rasmi sebagai ahli parlimen,” katanya lagi.

Sidang Dewan Rakyat dijadual bermula 2 November. Belanjawan 2021 akan dibentangkan pada 6 November dengan pengundian pada 17 November.

Perkara sama disuarakan oleh ahli Parlimen Kudat Isnaraissah Munirah Majilis yang juga menjalani tempoh kuarantin di ibu kota berkenaan pengisytiharan perintah darurat itu.

“Sedang dalam tempoh 14 hari kuarantin untuk persediaan parlimen kemudian mahu (isytihar) darurat? (Ia) paling teruk," ciapnya di Twitter.

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. lu cakaplah apa lu mau cakap malaupun lu guna apa2 cara pun, dap tak akan tu dapat kuasa selamanya

    BalasPadam
  2. Masing2 komen pasal darurat, bukan main cantik sekali. Covid-19 la, rakyat la, ekonomi la, maruah la. Yang pasti, semuanya tu dgn satu niat dan matlamat. Nak pada KUASA.

    BalasPadam