Header Ads

ads header

Flash News

PM patut berunding dulu dengan ketua pembangkang, kata Shahrir


Seorang veteran Umno berpendapat, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hanya patut melibatkan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk menangani isu Covid-19 selepas berunding dengan ketua pembangkang.

Menurut Shahrir Samad, pada asasnya langkah yang perlu diambil oleh kerajaan mestinya paling bijaksana berlandaskan perlembagaan serta undang-undang.

Justeru katanya bekas ahli parlimen Johor Bahru itu tidak ada salahnya untuk perdana menteri berunding dengan ketua pembangkang untuk mencapai kebijaksanaan berkenaan.

Kata Shahrir rundingan itu termasuklah mencapai persetujuan melaksanakan gencatan politik dan meluluskan belanjawan serta mengatasi kesan negatif Covid-19.

Jika gagal, menurut Shahrir, barulah perdana menteri dan kerajaan melibatkan kuasa Agong.

"Ketua pembangkang (pula) wajib mengutamakan keredaan politik untuk menyelamatkan rakyat dan negara dari mencari jalan untuk menjatuhkan kerajaan," katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Negara kini dibayangi tanda tanya ekoran cadangan kerajaan yang dikatakan cenderung mahu darurat diisytiharkan sebagai langkah menangani penularan wabak Covid-19.

Muhyiddin dan beberapa menteri serta pegawai kanan kerajaan mengadap Agong di Kuantan pada Jumaat lalu untuk mempersembahkan keputusan kabinet mengenainya namun belum ada sebarang pengisytiharan dibuat.

Raja-raja Melayu pula dijadual bersidang di Istana Negara untuk berunding mengenai cadangan yang dikemukakan kerajaan.

Di sebalik pelbagai spekulasi itu pemerhati politik dan pembangkang menganggap langkah dicadangkan kerajaan itu sebenarnya lebih untuk menyelamatkan kedudukan Muhyiddin yang kini diragui sokongan yang diterima dalam kalangan anggota parlimen.

Malah beberapa pemimpin Umno sendiri menyarankan agar Muhyiddin melepaskan jawatannya sebagai perdana menteri.

"Perubahan kerajaan patut dilakukan melalui pilihan raya umum selepas wabak Covid-19 reda," kata Shahrir.


  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Pembangkang takde kuasa. Buat kacau aje.

    BalasPadam
  2. Boleh je bincang tapi janji Adun atau MP tak boleh mati

    BalasPadam
  3. tak nampak logiknya, bukan orang yang sejak ph dulu menjadi mendesak memjadi pm, bukanlah dia orang yang sama memdesak mamjadi sekarang, bukankah dia(ph) memdesak diadakan prn sabah, adakah dia sebagai ketua pembangkang sama2 membantu masalah negara yang sepatutnya diutamakan, sekarang apa dia telah buat seperti menghurmati dan meng-iyakan pulak, patut ke diberi muka

    BalasPadam
  4. Apa yg nak dirundingkan lg dgn Ketua Pembangkang yg membuat keadaan politik x tentu arah skrg. Dulu dia pergi jumpa TSMY kononnya berbincang bagaimana nak menghadapi wabak covid19..lps tu dia jg yg mengistihar kerajaan sekarang sudah jatuh...gila ka

    BalasPadam