Header Ads

ads header

Flash News

Polis sahkan arah Anwar ke Bukit Aman




Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menjalankan siasatan berhubung kes penyebaran senarai 112 anggota Parlimen yang didakwa menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri yang baru susulan dakwaan ketua pembangkang itu dia mempunyai majoriti untuk menubuhkan kerajaan baru.

"Satu siasatan telah dijalankan ke atas kes penyebaran senarai 112 anggota Parlimen yang menyokong Anwar Ibrahim.

"Siasatan dimulakan setelah menerima laporan polis daripada anggota Parlimen Jerantut, Pahang pada 8 Oktober yang lalu.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 505(b) kanun keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Huzir Mohamed dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, media melaporkan Anwar yakin mempunyai jumlah cukup untuk menjadi kerajaan seterusnya menjadikannya sebagai Perdana Menteri.

Namun, beberapa anggota Parlimen membuat laporan polis dan mengeluarkan kenyataan mereka tidak menyokong Anwar seperti yang didakwa sesetengah pihak.   

MR :  Nampak drama pertukaran kerajaan menjadi makin panjang  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan