Header Ads

ads header

Flash News

Portal berita dedah surat Zahid Hamidi sokong Anwar, tuntut jadi TPM


KUALA LUMPUR:
Suhu politik negara nampaknya belum menunjukkan keredaan selepas terbaharu satu pendedahan mengejutkan membabitkan isi kandungan surat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada Yang di-Pertuan Agong, baru-baru ini.

Memetik portal MalaysiaNow, surat yang dipersembahkan oleh Ahli Parlimen Bagan Datuk itu didakwa bersama-sama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan sokongan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pendedahan tersebut sekali gus dilihat bercanggah dengan penafian yang dibuat oleh UMNO sebelum ini berhubung surat yang tular di laman sosial, menafikan sokongan telah diberikan kepada Ketua Pembangkang itu.

"Surat bertarikh 11 Oktober itu, yang ditandatangani bersama bekas Presiden UMNO, Najib Razak dihantar menjelang panggilan menghadap Anwar ke Istana Negara pada 13 Oktober, di mana Presiden PKR itu perlu membuktikan dakwaannya mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

"Akan tetapi dua hari sebelum itu, Ahmad Zahid bertemu Tan Sri Muhyiddin Yassin di kediamannya di Bukit Damansara.

"Dalam pertemuan itu, Ahmad Zahid memberikan komitmen sokongan UMNO kepada Perdana Menteri, selepas Anwar mengumumkan mempunyai “sokongan kukuh dan meyakinkan” untuk menumbangkan kerajaan Muhyiddin," demikian memetik laporan portal tersebut, hari ini.

Sumber dalaman memberitahu portal tersebut lagi, surat tersebut didakwa dihantar oleh Ahmad Zahid dan Najib selepas 48 jam pertemuan dibuat di kediaman Muhyiddin, menyatakan sokongan mereka untuk melantik Anwar sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Tambah sumber, surat berkenaan disediakan tanpa pengetahuan mana-mana ahli Majlis Tertinggi UMNO.

“Tiada seorang pun tahu mengenai surat itu, kecuali mereka berdua, Zahid dan Najib.”

Bagaimanapun, dua hari selepas surat berkenaan dihantar iaitu pada 15 Oktober, wakil dari Istana Negara menghubungi Muhyiddin untuk memberikan salinan surat Ahmad Zahid.

Susulan tersebut, Perdana Menteri kemudian memanggil semua menteri UMNO ke kediamannya sebelum mendedahkan kepada mereka mengenai surat sokongan kepada Anwar daripada Ahmad Zahid dan Najib, lapor MalaysiaNow lagi.

"Ketika itu menteri-menteri UMNO yang hadir terkejut dan mengatakan mereka tidak pernah menyokong Anwar.

"Mereka berjanji akan membawa perkara ini pada mesyuarat Majlis Tertinggi," kata sumber.
Selain itu, dalam pertemuan tersebut, menteri-menteri UMNO dilaporkan membangkitkan empat tuntutan kepada Muhyiddin, mengatakan mereka diberikan tekanan daripada akar umbi parti, termasuk mengatakan UMNO tidak diberikan kedudukan setimpal dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ahmad Zahid tuntut jadi Timbalan Perdana Menteri

Lebih mengejutkan, portal tersebut mendakwa Ahmad Zahid turut menuntut agar sebahagian daripada pemimpin parti UMNO disingkirkan daripada Kabinet.

Malah, Ahmad Zahid didakwa turut menuntut dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sebelum menyenaraikan nama pemimpin UMNO yang perlu digugurkan daripada Kabinet.

Antara senarai menteri yang didakwa mahu digugurkan adalah Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.
Tuntutan tersebut didakwa dibuat dalam pertemuan Perdana Menteri bersama dengan Ahmad Zahid dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 17 Oktober.

Pertemuan tersebut pada awalnya dijadualkan bagi membincangkan tentang Muafakat Nasional (MN).
"Pada akhir perbincangan, Muhyiddin bertanyakan Ahmad Zahid mengenai surat sokongannya kepada Anwar yang dihantar ke Istana Negara.

"Seorang pegawai Muhyiddin kemudiannya menyerahkan surat itu kepada (Datuk Seri) Hamzah Zainuddin yang kemudiannya memberikannya kepada Presiden Pas. Abdul Hadi menunjukkan reaksi amat terperanjat," lapor portal tersebut.

Turut bersama dalam pertemuan itu ialah Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan; Setiausaha Agong Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Hamzah selaku Setiausaha Agong Bersatu.
Tuntutan yang dibuat Ahmad Zahid itu digambarkan telah "memanaskan" lagi pertemuan tersebut, sebelum Perdana Menteri dilaporkan bertanya apa sebetulnya yang dimahukan oleh Presiden UMNO itu.

“Ahmad Zahid jawab Perdana Menteri mungkir janji,” kata sumber dalaman itu.

“Muhyiddin kemudian berkata tidak pernah menjanjikan apa-apa. Ahmad Zahid kemudian berkata, apabila UMNO menyokong Bersatu untuk menubuhkan kerajaan, ia adalah untuk Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri dan bukannya Muhyiddin.

“Muhyiddin tanya lagi apa lagi yang Ahmad Zahid tidak puas hati. Ahmad Zahid kata dia sebagai Presiden UMNO tidak dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri," lapor MalaysiaNow yang memetik sumber.

Perdana Menteri kemudian memberitahu Ahmad Zahid bahawa beliau tidak mencampuri urusan mahkamah.

"Namun sebagai rakan, Muhyiddin berkata dia mendoakan Zahid akan dibebaskan."

Zahid berhadapan dengan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi yang diasaskan beliau.

#Sumber :  Astro

MR : Hebat mainan UMNO dengan PKR dan DAP  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


7 ulasan:

  1. Ini pun kita tak tahu betul ke tidak.

    BalasPadam
  2. Baguslah...kalau warganet yg baca laporan sumber berita Astro percaya bulat2 tanpa fikir dan lihat situasi politik yg panas semenjak Sindrom September melarat ke 13 Oktober 🤭
    Kalau BBNU MUDA mungkin percaya tanpa ragu² , tapi aku RakyatMarhaen yg tengok dengar lihat saksi setiap peristiwa sejak 1997/98 apa GELAGAT ANWAR IBRAHIM bermain berita2 ada kredibiliti sumber di pintal di pusing ligat macam gasing BELIAU MANGSA KONSPIRASI DAN TAHANAN POLITIK 😆😆😆
    Perang Saraf Politik PKR dan DAP memang yg terbaik. Depa guna pelbagai sumber media dan kewangan yg diperolehi sebaik-baiknya.
    Aku mmg xdak bukti nak letak...tetapi semenjak 97/98 aku perhati saja gelagat bang non dan doyok2 dia berpencak silat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maknanya ENCIKDOOMEX tgk dgn hidung.. aku pun tgk dengar saksi setiap peristiwa sejak 1997/98 dan ternyata Anwar tidaklah seperti yg kau ceritakan tu.. Anwar seorang yg tegas tentang keadilan.. keadilan patut ditegakkan pada semua Islam dan kafir.. tiada berat sebelah.. beliau ditakuti dan disegani oleh kawan dan lawan.. belum ada pemimpin melayu Islam yg bertahan dikancah politik selama 23 tahun selepas dipenjara.. dimalukan.. dikhianati.. dilucutkan hak.. dituduh peliwat oleh Mahathir 18 tahun lepas dan selepas itu akhirnya Mahathir terpaksa melutut menjilat ludahnya kembali meminta pertolongan dari orang yg pernah dituduh peliwat itu.. huhu.. zaman Pak Lah memerintah Anwar dibebaskan oleh Pak Lah yg tidak pernah percaya semua konspirasi ini.. akhirnya Najib memenjarakannya semula kerana Anwar hampir berjaya menggulingkan Najib.. dan tahun 2018 YDPA juga mengampunkannya kerana YDPA juga tahu bahawa tuduhan utk Anwar adalah palsu.. kau bercerita tanpa bukti tapi aku bercerita dgn bukti.. tak mungkin kalau benar Anwar jahat dia akan senang2 diampunkan oleh YDPA.. YDPA bukan bodoh.. bukan boleh beli.. kalau pemimpin lain dah lama dah bungkus dalam dunia politik bila sering dipenjara.. tapi bukan Anwar.. dia seorang pejuang sejati.. baginya penjara bukan penamat perjuangan.. bukan mengejar kuasa.. kalau dia mengejar kuasa dan wang awal2 lagi dia dah boleh jadi PM..

      Padam
    2. Bila YDPA beri pengampunan maknanya dari segi undang undang DSAI tetap bersalah tetapi hukuman tidak dilanjutkan.Itu fakta ya

      Padam
  3. Ini kalau tak silap aku daripada portal MALAYSIA NOW. iaitu portal parti petai. tapi biasa le editor minda rakyat suka benor sekarang petik cerita dari portal2 macam ni sebab minda rakyat sekarang dah jadi minda midin

    BalasPadam
  4. minda rosak ni... merapu je statment,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena hujah dan ada idea taua fakta, jangan kutuk sahaja. Kalau kutuk tapi bukti akhirnya kena kencing. Menyesal masa itu tak ada guna. Lihat pengajaran penyokong PH

      Padam