Header Ads

ads header

Flash News

PRU 15 : Penyelesaian Muktamad Menghadapi Covid 19 Dan Konflik Politik Negara.


Tiada pilihan... kegilaan ini tidak akan dapat dihentikan sekalipun dengan perisytiharan Darurat.

Mereka bukan tidak sedar risiko covid 19, mereka bukan juga tidak tahu kesukaran rakyat, mereka juga baca kedudukan ekonomi Negara. Semua itu berada dalam pertimbangan dan kefahaman yang tinggi dalam pemikiran mereka. Tetapi sebagai pembangkang , semua kefahaman ini bagi mereka bukan untuk difikirkan Jalan penyelesaiannya. Bahkan keadaan semasa ini adalah kedudukan paling strategik untuk dieksploitasi sebaik mungkin untuk mengimejkan kerajaan yang ada seburuk mungkin dan mewujudkan sebanyak mungkin potensi untuk menjatuhkannya.  Adalah kelihatan bodoh sekiranya pembangkang Pula yang membantu memberi idea penyelesaian untuk krisis genting ini. Ini sahaja pun peluang yang mereka ada sejak 'kebangkitan Muhyiddin'. Sebab itu, tak perlu mengajak mereka bersama menangani keadaan genting ini dengan pelbagai 'Formula gencatan' , ia takkan berjaya kerana mereka berada dalam keadaan keghairahan melihat peluang yang ada ditambah dendam yang membara kerana kejatuhan kerajaan mereka yang tidak diduga,  anda jugalah yang menjatuhkan kerajaan mereka. Adakah anda fikir mereka begitu mudah memaafkan anda. Percayalah, Kegilaan itu tidak akan dapat dihentikan. 

Maka, dengarlah dengan tenang, ini sahaja pilihan yang ada. PILIHANRAYA UMUM VERSI PKP.
Ia mesti diadakan untuk menghentikan terus Kegilaan mereka. Syaratnya Hanya mudah...penyatuan mantap UMNO, PAS dan BERSATU. Itu sahaja syaratnya.

Biar saya jelaskan garispanduan PILIHANRAYA VERSI PKP ini supaya ia jelas dan 'aplicable'. Nama lain untuk Kita namakan PRU ini ialah 'PRU DARURAT'. 

1. PENAMAAN CALON ADALAH SECARA ONLINE MANAKALA PEMBUANGAN UNDI ADALAH BERJASAD/FIZIKAL.

2. SEMUA KEMPEN HANYA SECARA ONLINE SEPERTI DI MEDIA SOSIAL DAN MEDIA MASSA. WUJUDKAN CHANNEL PILIHANRAYA DI TV UNTUK SEMUA WAKIL PARTI BERKEMPEN DISITU. PERKUMPULAN RAMAI , KECIL ATAU BESAR DIHARAMKAN.

3. TIDAK DIBENARKAN SEBARANG PERKUMPULAN ATAU PERTEMUAN PARTI BERKEMPEN DIMANA-MANA SAMADA PEJABAT PARTI, MARKAZ DAN SEBAGAINYA.

4. PERGERAKAN RUMAH KE RUMAH JUGA TIDAK DIBENARKAN. INI PILIHANRAYA DARURAT. 

5. SEDIAKAN JADUAL KELUAR MENGUNDI DENGAN KAWALAN JUMLAH KELUAR YANG RELEVAN KHUSUSNYA JADUAL YG MENGIKUT UMUR. WARGA MUDA TIDAK DIBENARKAN KELUAR MENGUNDI PADA WAKTU YG SAMA DENGAN WARGA EMAS BERISIKO COVID KECUALI YG UZUR PERLU DITEMANI AHLI KELUARGA.

6. HANYA PETUGAS SPR, PASUKAN KESELAMATAN DAN WAKIL PARTI SAHAJA YANG DIBENARKAN BERADA DI PUSAT MENGUNDI DENGAN SOP YG KETAT.

7. TIADA LAGI PERKUMPULAN RAMAI DI SEKITAR TEMPAT MENGUNDI. HANYA POLIS DAN TENTERA YG BERTUGAS SAHAJA YG KELIHATAN DI JALANRAYA.

8. KEPUTUSAN DIUMUMKAN DI TV , MAJLIS PERISHTIHARAN KEMENANGAN DI DEWAN PUSAT KIRAAN UNDI DIBENARKAN DENGAN HANYA SPR DAN CALON SHJ YG HADIR. PENYOKONG DIHARAMKAN HADIR.

Sebenarnya rakyat sudah tahu parti yang perlu mereka pilih. Maklumat yg mereka dapat dari alam maya spt media sosial lebih banyak dari maklumat dari ceramah dlm Perkumpulan ramai  atau ziarah rumah ke rumah. Apatah lagi mereka nak terpengaruh dengan perayu undi di Jalanan. Hentikan kebiasaan PRU ini, ia sudah tidak relevant lagi. Moga Malaysia menjadi cetusan idea pertama untuk sebuah patern baru PILIHANRAYA KETIKA PANDEMIK. Baarakallah fiikum...

Ust Fadh,
Rembia, Melaka.

MR :  Adakah rakyat bersedia? 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. kalau inilah caranya saya setuju sangat

    BalasPadam
  2. Maka, dengarlah dengan tenang, ini sahaja pilihan yang ada. PILIHANRAYA UMUM VERSI PKP.
    Ia mesti diadakan untuk menghentikan terus Kegilaan mereka. Syaratnya Hanya mudah...penyatuan mantap UMNO, PAS dan BERSATU. Itu sahaja syaratnya.


    Syarat pertama ini pun dah hancur, kan sekarang ni UMNO sokong PN sehingga ke PRU15. PRU15 ni umno nak berdiri sendiri atas nama MN. Kat sini pun dah bercanggah... benda tak akan boleh jadi

    BalasPadam