Header Ads

ads header

Flash News

Rafidah pun ambil peluang kritik Muhyiddin


CYBERJAYA:
Kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan alasan Covid-19 untuk terus mencari jalan berpegang kepada kuasa, kata Tan Sri Dr Rafidah Aziz.

Bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu berkata, sebarang cubaan untuk mengisytiharkan darurat dengan alasan untuk mengawal penularan COVID-19 adalah satu tindakan yang dilihat sangat drastik.

“Rakyat sudah letih dan jelak dengan politik yang kotor dan sikap tidak bertanggungjawab segelintir ahli politik.

“Kini adalah masanya untuk merangka pelan bagi mengurangkan impak pandemik, dan ianya perlu melibatkan semua pemegang taruh,” katanya dalam catatan di Facebook beliau

Rafidah berkata, kerajaan perlu mula bekerja untuk rakyat dan negara, bukan lagi berura-ura melakukan darurat atau sebagainya.

Jika itu tidak mampu dilakukan, Rafidah berkata, lebih baik kerajaan sedia ada meletak jawatan dengan segera.

Katanya, rakyat masih boleh menerima sekiranya Kerajaan berhasrat untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani pandemik Covid-19 di negara ini, kerana ia adalah selari dengan amalan negara-negara lain.

“Rakyat boleh terima PKP, PKPB dan sebagainya, bersekali dengan amalan dunia mengenai penjagaan jarak, penggunan topeng muka dan sanitasi kerana ini adalah langkah yang perlu diambil untuk menghalang penularan. Kita sudah tujuh bulan lalui kesemua ini.

“Tetapi pengisytiharan darurat bukan sahaja memberi kesan kepada Parlimen, dan proses demokrasi…ia seolah-olah menggunakan bom untuk menghapuskan tikus di loteng rumah. Seluruh rumah akan musnah,” katanya lagi.

#Sumber :  Suara.TV

MR : Dia ni orang kuat Mahathir, menangis dan peluk Mahathir...  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


11 ulasan:

  1. Makcik oi, nak plan apa lagi. Analyse sampai paralyse. Nama pun emergency..taking the bull by its horn. Itu saja cara yang ada. Everyday orang mati...makcik nak cakap apa pada anak anak mangsa nanti dulu kita belum habis planning

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dan nama pun kerajaan masuk ikut pintu belakang.. nak keluar mesti guna pintu kecemasan.. hahaha.. ko ingat buat darurat terus takde orang mati.. ko je perasan lebih emergency.. aku tgk kete kat jalan raya rilek je berkeliaran.. kerajaan pun tak panik.. Syabery selamba je boleh ketawa lagi.. pkp pun tak buat tup2 nak terus isytihar darurat.. nampak sgt niat tu lain.. kalau buat pkp kat negeri2 byk kes dah cukup dah.. tak perlu darurat bagai..

      Padam
    2. Yang ketawa kau sorang je..situasi macam ni pun ketawa. Itulah menunjukkan puak peju wang atau ph atau apa entah bangang tak sudah.

      Padam
  2. Nenek Rafidah dah mula mencerabih beri PANDANGAN melalui 4 MATA...dia lupa bila MENTOR pujaannya pernah berkata..'ADA KALANYA KITA PERLU BUAT SESUATU YANG TIDAK POPULAR UNTUK KEBAIKKAN BERSAMA'...beri peluang MUHYIDIN tunjukkan kredibilitinya...masih ada lagi HORMAT MUHYIDIN pada kuasa RAJA BERPERLEMBAGAAN...xlah seperti yang DSAI buat...yang kononnya punyai majoriti kukuh untuk ISYTIHARKAN Kerajaan PN tumbang...buat LAGAK penuh yakin jumpa AGUNG untuk PERSEMBAHKAN bukti sokongan MAJORITI konon...kesudahannya kena NASIHAT AGUNG...bukti KUKUH xada untuk BENARKAN apa DSAI hebahkan selama ni...sanggup permainkan POLITIK menghalalkan CARA...HAMPEH !!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg hampeh ko,kalu yidin ada majoriti ngape tkut

      Padam
    2. Btul anda ckp. Tpi cuba anda pkirpas tu g dpn jendela tnya dri sndri aku kah yg bnar atau dia org kah yg slah

      Padam
    3. Dia yg salah...belum ada lg ahli parlimen yg beria2 nak jd PM mcm dsai mcm dia sorg je yg pandai ...rakyat malaysia yg lain pun ada hak jg ...ada akai ja sabo la tggu masa klu ada rezeki dia jd pm jg...la ni tgh sibuk covid ..ekonomi pun tak stabil .apa yg dia blh ubah klu dia jd pm sekali pun ...sokong ja la kerajaan yg ada skrg...baru la rakyat buka mata nak pilih dia pulak nnt..ni tak abis2 meroyan nak juga jd pm ...mcm ceta dia buat tp tak jd juga.

      Padam
  3. Korang semua mcm hanjing menyalak gunung

    BalasPadam
  4. Hai kuar lagi pompuan ni udah2 lahsonyap lagi baik dah muak dongar cakap dio bior abah selosaikan yg menteri2 lain bawa bersabor reda yo kovit ni buleh yo politik bal8k jam tu tengok lah rakyaat buet keputusan yo den pileh orang baru orang lamo bagi rehat yoo

    BalasPadam
  5. Bincang baik2.Rakyat tgh susah, org2 politik yg gila kuasa sibuk nak ambil kuasa.Selesaikan dulu masalah rakyat dan jika negara telah bebas Covid atau tamat tempoh pemerintahan ( yg mana dulu ) berebutlah jawatan@ kuasa.Rakyat masa itu raja, tambatlah hati mereka agar kalian diterima." Manusia hanya merancang, Tuhan penentu segalanya ".

    BalasPadam