Header Ads

ads header

Flash News

Rakyat telah bersatu perangi COVID-19, bila giliran ahli politik pula?


KUALA LUMPUR:
Semangat perpaduan dan juang yang tinggi seperti yang pernah dipamerkan tatakala menangani gelombang pertama dan kedua penularan COVID-19 perlu ditampilkan sekali lagi.
Itu seruan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Ahad selepas menitahkan tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia.

Adakah fasa memerangi gelombangan ketiga COVID-19 ini menandakan kerjasama baharu antara masyarakat, pemimpin politik dan juga kerajaan?

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata ia tidak dapat dinafikan lagi bahawa rakyat pada keseluruhannya telah memberi kerjasama yang padu terutamanya dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan pandemik COVID-19.

“Saya dapat lihat rakyat memang bersedia untuk bersatu demi kepentingan negara dan kesihatan awam.

“Hal ini kerana perkara ini melibatkan kehidupan dan juga isu berkaitan kesihatan. Jadi kedua-dua aspek itu adalah amat penting,” katanya kepada Astro AWANI pada Isnin.

Katanya, sekiranya rakyat pada keseluruhan boleh memahami situasi pandemik ini dan bersatu-padu untuk memutuskan rantaian COVID-19, beliau berharap ahli-ahli politik juga boleh memberikan kerjasama yang sama.

“Saya berharap parti-parti politik terutamanya ahli-ahli politik juga boleh berbuat demikian.

“Apa yang paling penting ialah soal tentang keikhlasan dan kejujuran daripada semua pihak.

“Sekiranya semua pemimpin politik boleh bersikap ikhlas dan jujur, saya rasa mereka boleh memainkan peranan yang amat penting untuk memenuhi apa sahaja yang dititah Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Tambahnya, dengan kerjasama dan kesefahaman jitu dalam kalangan ahli politik, sistem demokrasi berparlimen boleh berjalan dengan lancar.

#Sumber : AStro  

MR :  Rakyat makin muak, nanti ada parti yang akan dilingkup oleh rakyat 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan