Header Ads

ads header

Flash News

Rombakan Kabinet tidak sesuai - Ahmad Jazlan


PUTRAJAYA:
Rombakan Kabinet yang menjadi polemik ketika ini disifatkan tidak sesuai dilaksanakan ketika negara sedang berdepan pandemik Covid-19.

Pengerusi Biro Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, kerajaan sebaliknya perlu memberi tumpuan terhadap nasib rakyat yang sedang bergelut dengan kelangsungan hidup dan mencari jalan untuk sumber pendapatan.

Tambahan pula katanya, menteri-menteri yang bertugas ketika ini baru beberapa bulan berkhidmat dan adalah lebih baik semua pihak mengutamakan usaha menangani Covid-19.

“Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi baru sahaja mengumumkan gencatan politik demi memberi tumpuan kepada keluh kesah rakyat berhubung Covid-19, ekonomi negara dan kelangsungan hidup mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau pada masa sama menafikan senarai barisan Kabinet baharu yang tular dalam media sosial baru-baru ini dan menyifatkan perkara itu hanya mainan politik pihak tertentu.

Dalam senarai tular itu, Ahmad Jazlan dinamakan sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar selain dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Makanan dalam senarai kedua. – UTUSAN ONLINE

MR :  Sebahagian besar pimpinan UMNO tak setuju, pemimpin PAS belum ada kenyataan setakat ni 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan