Header Ads

Header ADS

Rombakan kabinet untuk menyelesaiakan masalah dalam kerajaan PN


Ada yang mempersoalkan posting Omak yang mencadangkan kepada TSMY agar melakukan rombakan kabinet yang dilihat dan dirasai adil, sesuai dan mesra, dengan mengambil kira situasi dan posisi parti-parti dalam PN atas nama mempertahankan PN agar D4P tidak kembali memerintah dan Papatok tidak diangkat sebagai PM.
Ini adalah pandangan peribadi Omak yang tidak mewakili parti yang Omak menjadi ahlinya.
1) Wujudkan semula jawatan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, dan diserahkan kepada pemimpin tinggi UMNO.
2) Jawatan Menteri Kanan perlu diteruskan dengan salah seorang darinya Kementerian Pendidikan diserahkan kepada UMNO yang menjawat jawatan agak tinggi dalam hiraki kepimpinan UMNO atau orang lama UMNO. Omak melihat DS Hishamuddin Hussein sesuai. Jadi Menteri-menteri Kanan yang lagi dua iaitu Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri kekal milik PPBM dan Menteri Kanan Kerja Raya masih kepunyaan GPS.
3) Menteri Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) diserahkan kepada UMNO. Antara yang dilihat layak ialah DS Ahmad Maslan.
4) Salah satu kementerian sama ada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan atau Kementerian Pembangunan Luar Bandar diserahkan kepada UMNO. PPBM tidak boleh menjawat kedua-kedua kementerian tersebut. Perlu memberi laluan salah satunya kepada UMNO.
5) Kementerian Luar kini yang disandang DS Hishamuddin Hussein, dikira layak disandang sama ada oleh Khairy Jamaluddin (KJ) atau DS Reezal Merican Naina Merican.
6) Ketiga-ketiga kementerian disandang pemimpin PAS, wajar dikekalkan, memandangkan ketiga-tiga mereka telah menunjukkan prestasi yang amat tinggi dan membanggakan. Begitu juga jawatan timbalan-timbalan menteri dari PAS. Tidak perlu disentuh dan diubah.
Jika apa yang dicadangkan dapat dilakukan .. Omak cukup yakin, rasa resah, risau, terguris, tidak puas hati, terpencil dan tidak dipedulikan, mampu lenyap dalam waktu yang singkat.
Ini sekadar cadangan peribadi Omak yang tiada ada sangkut paut dengan parti, bagaimana nak memperkukuhkan MN dan pertahankan PN.
Perkukuh MN Pertahan MN ... No D4P No Anwar. Saya ULANG!!!
MR :   Rombakan kabinet satu cadangan yang baik 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Cadangan penyelesaian yg masih tak adil dan masih nak menyebelahi Bersatu.. UMNO nak jawatan PM laaa.. dia paling byk kerusi ko sibuk nak bagi TPM.. Muhyidin boleh jadi TPM.. 2/5 dari menteri kabinet hendaklah dari orang2 UMNO bukan setakat menteri kanan je.. Bersatu 1/5.. lepas tu geng2 kitol dah masuk Bersatu so diorang ni dah takde dalam pembahagian berasingan daripada pembahagian kepada Bersatu.. GPS dapat 1/5.. PAS plak 1/5.. ini adalah formula adil dan saksama dan semua pihak terutama Bersatu kenalah berkorban kali ini demi penyatuan ummah.. demi melayu berkorbanlah Muhyidin dan Bersatu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ketahuilah bahawa formula pembahagian kerusi seperti ini adalah formula penyamun lepas merompak... P.Ramlee dah lama buat cerita ... satu untuk engkau, dua untuk aku.. satu untuk engkau .. dua untuk aku..
      Jawatan pemimpin tak kira apa pangkat adalah amanah. Maka tunaikan kiranya diberi peluang. Bukan dengan rasa tidak puas hati jumlah jawatan.
      Jika diikut formula pembahagian kerusi itu dibuat juga dan ada pihak yang patut berkorban, maka yang terkorban adalah rakyat bukannya pemimpin.

      Padam
  2. PN dah nak lingkup.TSMY sepatutnya letak jawatan berdasarkan dah 3 MP UMNO TARIK sokongan kpd dia.Apa yg terjadi sekarang TSMY dah tak cukup mejoriti tipis.Nak tak nak kena letak jawatan kalau tidak dia akan dimalukan bila undi tak percaya kpd dia dibuat atau buffet 2021 tak ada sokongan

    BalasPadam
  3. Cukuplah. Masa sekarang jangan dok fikir pasal jawatan. UMNO sepatutnya bersyukur boleh duduk di kerusi kerajaan. Perkara yg lalu jadikan tauladan. Ingat! Rakyat sedang memerhati perilaku pemimpin UMNO. Biarlah PM terus berkhidmat untuk rakyat. Serangan virus covid-19 masih menular. Keselamatan rakyat lebih penting.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.