Header Ads

ads header

Flash News

Ronaldo Disahkan Positif Covid-19


PORTUGAL terpaksa melupakan khidmat pemain bintangnya, Cristiano Ronaldo pada saingan Liga Negara-Negara UEFA setelah pemain berusia 35 tahun itu disahkan positif (koronavirus) Covid-19.

Menurut Persekutuan Bolasepak Portugal (FPF), kapten pasukan berusia 35 tahun itu tidak menunjukkan gejala wabak berkenaan kini menjalani kuarantin seperti ditetapkan pihak berwajib.

“Ronaldo terpaksa meninggalkan sementara skuad kebangsaan Portugal bagi memulakan proses kuarantin selepas disahkan positif Covid-19,” kata kelab berkenaan.

Anak-anak buah Fernando Santos dijadualkan melayan kunjungan Sweden pada aksi Liga Negara-Negara UEFA di Lisbon awal pagi esok.

Ketidakhadiran peledak utama Juventus itu dijangka menjejaskan misi meraih tiga mata Portugal selepas terikat tanpa jaringan ketika menentang Perancis di Stade de France, Paris baru-baru ini.

Pada masa sama bekas peledak Sporting Lisbon, Manchester United dan Real Madrid dijangka terlepas mengetuai The Old Lady kendalian Andrea Pirlo dalam perlawanan Serie A, Sabtu ini diikuti saingan Liga Juara-Juara pertengahan minggu depan.

#Sumber :  – Agensi
   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan