Header Ads

ads header

Flash News

Ronnie Liu ditahan polis berhubung catatan di Facebook


PETALING JAYA: Seorang pemimpin DAP ditahan polis dalam siasatan mengikut Akta Hasutan (Akta 15) dan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588), berhubung suatu catatan di Facebook.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata Ronnie Liu Tian Khiew disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta 15, iaitu melakukan atau cuba melakukan apa-apa perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut, dan Seksyen 233 Akta 588, iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Katanya, siasatan dikelaskan bawah Seksyen 4(1) Akta 15 kerana mendatangkan kebencian atau penghinaan terhadap mana-mana raja atau kerajaan.

Timbalan Pengarah JSJ Bukit Aman, Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan penahanan Liu. Beliau, yang juga Adun Sungai Pelek, ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya selepas hadir untuk disoal berhubung komen menyentuh tunjuk perasaan di Bangkok, Thailand.

#Sumber : FMT  

MR :  Bila biadap ditangkap, bila ditangkap orang lain dipersalahkan kerana zalim 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Puak ULTRA KIASU yang telah banyak diperkatakan oleh Ustaz Redzuan Tee..PERINGATAN untuk direnung bersama2..

    BalasPadam
  2. Inilah faktor yg menumbangkan PH...kaduk naik junjung...

    BalasPadam