Header Ads

ads header

Flash News

'Saya akan pastikan ahli Parlimen BN sokong Belanjawan 2021'


SHAH ALAM -
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bertekad meyakinkan semua rakan dalam parti UMNO untuk memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen bulan depan.

Menurut laporan Malay Mail, beliau berjanji untuk memastikan semua ahli Parlimen kerajaan menyokong pembentangan belanjawan itu bagi mengelak daripada Muhyiddin mengisytiharkan darurat.

"Saya akan meyakinkan penyokong kerajaan untuk memperhatikan nasihat Yang di-Pertuan Agong agar kita terus fokus kepada usaha untuk memerangi koronavirus (Covid-19) yang mana apa pun tindakan yang diambil ia memberi manfaat kepada rakyat.

"Saya akan pastikan 23 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan menyokong Belanjawan 2021 dan semua bil kerana kita tidak mahu ada sikap diktator melalui pintu belakang," katanya.

Mengulas lanjut, Mohamed Nazri berkata, Muhyiddin akan dijamin mendapat sokongan daripada 23 ahli Parlimen BN termasuk dirinya untuk mengekalkan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri untuk tempoh sekarang bagi memerangi krisis Covid-19.

Katanya, Muhyiddin juga turut dijamin untuk mendapat ruang bagi melaksanakan tanggungjawab beliau.

#Sumber :  SH

MR :  Nazri boleh percaya ke? 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Huhu.. jgn percaya.. Nazri dan Hishamudin memang diakui menyebelah Bersatu dan Jemin.. dia tak sedar yg dia sokong tu pun puak2 yg diktator dan masuk pun ikut pintu belakang dulu.. nilah susahnya kalau senang lupa.. yg penting sekarang berilah hak keadilan kat UMNO.. jgn dok buli.. jgn dok perlekeh.. kalau buat ni dah lama dah kerajaan PN ni kuat dan stabil.. dulu kemain meroyan cakap PH bergaduh dan bercakaran sama sendiri.. PN pun sama gak rupanya.. yg bestnya penyokong dia tak ngaku pun.. semua senyap tak komen2 ape2.. takpe asalkan kerajaan melayu.. bergaduh sakan pun takpe.. bergaduh sesama melayu ni Islam benarkan kot.. tapi okay gak bergaduh ni.. teruskan.. nanti lama2 rakyat meluat gak.. pilihanraya nanti langsung tak menang.. pembangkang bolehlah ambik balik kerajaan..

    BalasPadam
  2. Sudah2 lh ini bukan masa nya bermain politik .beri peluang kerajaan yg ada ini menyelesai kn masalah negara dan memerangi covid19 .dan nasib rakyat terus terbela

    BalasPadam