Header Ads

Header ADS

Saya diperkenan menghadap YDP Agong 13 Oktober - Anwar


KUALA LUMPUR:
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah minggu depan.

Dalam satu kenyataan media, Anwar mendakwa Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan untuk beliau mengadap pada hari Selasa 13 Oktober 2020.

Anwar berkata pada majlis menghadap tersebut beliau akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana yang pernah disebutkan sebelum ini.

"Saya amat berharap rakyat Malaysia untuk terus bertenang dan mendoakan dari rumah atau tempat pekerjaan masing-masing, serta menghormati Peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)," katanya.

Pada 23 September lepas, Anwar memberitahu bahawa beliau mempunyai majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan baharu dalam masa terdekat.

Tegas Anwar, beliau telah mendapat perkenan menghadap Al-Sultan Abdullah pada Selasa (22 Sept) jam 11 pagi, namun terpaksa ditangguh susulan baginda sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Beberapa jam selepas pengumuman Anwar itu, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan berkata, beliau menerima maklumat terdapat ramai Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyatakan sokongan terhadap Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata, UMNO dan BN bukan parti komponen Perikatan Nasional (PN) sebaliknya sokongan kepada kerajaan PN hanyalah sokongan daripada ahli-ahli parlimen parti itu.

Namun, ahli-ahli parlimen UMNO yang dikaitkan memberi sokongan kepada Anwar menafikan perkara tersebut.

MR :  Ulangan citer Sept 2008  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Kalau ada katak2 yang sokong nuar baik adakan pru. Kalau tak harap ydpa tak perkenan tukar kerajaan kalau tak mau wabah covid tertular disebabkan pru.

    Kalau sandiwara lagi celakalah nuar dunia akhirat. Sebagai rakyat aku tak kan maaf kan dia.

    BalasPadam
  2. Pru sabah pon covid19 mencanak2 naik..ni pulak pru selurun negara...ko nak mampos

    BalasPadam
  3. hanya satu perkataan yang paling sesuai setelah jatuhkan kerajaan sendiri adalah saban hari 'MEROYAN'

    BalasPadam
  4. YDPA Tak Akan terima Anwar jadi PM. YDPA Akan panggil 1 by 1 ahli parlimen utk bertanya adakah mereka sokong Anwar. Dan Anwar Tak Akan dapat sokongan majoriti ahli Parlimen. Sebab Anwar kaki penipu.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.