Header Ads

Header ADS

Saya tak akan dedahkan Adun UMNO Perak yang sokong PH, kata Arafat


IPOH -
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad memaklumkan, beliau ada bertemu dengan beberapa ADUN UMNO yang menyatakan kesediaan membentuk kerajaan baharu di Perak.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama wakil rakyat tersebut atas faktor privasi dan menghormati pendirian ADUN berkenaan.

Menurutnya, keadaan itu menunjukkan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Perak kini terumbang-ambing terutama hubungan UMNO dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

"Saya ada bertemu mereka dalam beberapa program yang kami hadiri bersama. Tapi biarlah saya rahsiakan siapa mereka. Cuma yang pasti hubungan UMNO dan Bersatu dalam PN ibarat retak menanti belah.

"Ia tiada kaitan dengan apa yang sedang berlaku di peringkat Pusat cuma memang sudah lama UMNO tidak puas hati dengan Bersatu di Perak," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Menurutnya, sebagai contoh dalam isu pelantikan ketua kampung, kerajaan negeri masih belum dapat selesaikan kerana kedua-dua parti berebut untuk melantik individu daripada parti masing-masing.

Muhamad Arafat berkata, kebanyakan ADUN UMNO tidak berpuas hati dengan pelbagai masalah rakyat yang tidak diselesaikan walaupun mereka menjadi kerajaan.

"Saya difahamkan mereka dah minta kepada kepimpinan tertinggi UMNO supaya menarik sokongan kepada Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak.

"Mereka bergabung kononnya atas semangat penyatuan ummah tapi sekarang ini, mereka menyusahkan ummah sebab banyak masalah ummah gagal diselesaikan," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak itu menjangkakan kerajaan negeri akan berubah menjelang Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 26 Oktober ini.

Terdahulu, Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad mencabar Muhamad Arafat mendedahkan nama ADUN-ADUN yang menyokong pembentukan kerajaan baharu di negeri itu.

#Sumber :  SH  

MR :  Banyak sangat khabar angin  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Semoga hubungan UMNO BERSATU semakin baik sama ada di peringkat negeri mahupun pusat..kerana ketegangan yg berlaku sebenarnya turut berpunca drpd golongan pembangkang yg sgt dengki kan penyatuan ummah ini..mereka sentiasa mencucuk jarum spy penyatuan ini hancur dan akhirnya mereka kembali berkuasa..kembali menghina Islam dan Melayu..kembali menjual aset negara..kembali menindas rakyat..dan segala bentuk sabotaj terhadap rakyat jelata..kita telah pun merasainya dgn penuh kesedihan..tolonglah wahai pemimpin Melayu Islam..muhasabahlah..jgnlah terus bertegang..duduk dan berbincanglah..ada agenda lain yg jauh lebih penting utk dilindungi..jgn biarkan golongan lepas kembali berkuasa..come on...kita bermuafakat lillahi taala dan bukannya utk kepentingan peribadi mahupun parti masing-masing..

    BalasPadam
  2. Lagi sekali puak kitol main peranan. Bila melayu nak faham puak ni tak boleh dipercayai?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya setuju dgn AWANAMA 😁
      Ini permainan PKR sblm 13 Okt yakni esok. Sebagai "Menarik Perhatian" atau alih perhatian drpd Rakyat Marhaen/Malaysia tumpu sepenuh perhatian pada Anwar Ibrahim esok.

      Padam
  3. Wayang je... Nama pun PKR.. PAKAR KELEnTONG RAKYaT... jadi masuk telinga kanan keluar telinga kiri...

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.