Header Ads

ads header

Flash News

Sekolah seluruh Sabah tutup sehingga 25 Okt



Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan penutupan sekolah di seluruh Sabah selepas berlaku peningkatan kes Cvid-19 di negeri itu.

"Pada masa ini, semua sekolah di zon merah di negeri Sabah telah ditutup.

"Memandangkan kes-kes di negeri ini masih menunjukkan peningkatan, mesyuarat (MKN) bersetuju supaya KPM meneliti keperluan untuk menutup sekolah-sekolah di seluruh negeri Sabah.

"Sehubungan dengan itu, KPM memutuskan semua sekolah di negeri Sabah ditutup bermula 10 Oktober sehingga 25 Oktober 2020," kata kementerian pada satu kenyataan malam ini.

Walau bagaimanapun, jelas KPM murid-murid sekolah berasrama penuh yang berada di zon merah hendaklah kekal berada di asrama.

"Murid di asrama sekolah yang terletak di zon hijau tetapi rumah keluarga mereka di zon merah, juga perlu kekal tinggal di asrama.

"Pihak sekolah akan menguruskan keselamatan dan kebajikan murid-murid berkenaan di asrama," kata KPM lagi.

Dalam tempoh penutupan sekolah ini, KPM berkata pentadbir sekolah diarah memastikan guru-guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah.

Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi KPM (klik pautan di sini).

Terdahulu hari ini, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memaklumkan kerajaan bersetuju supaya KPM mengambil tindakan menutup sekolah tanpa menunggu penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan sekiranya ada guru atau murid yang disahkan positif Covid-19.

Perdana menteri berkata keputusan itu dicapai pada Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan beliau secara sidang video di kediamannya.

MR :  Sepatutnya seluruh negara sekolah tutup 2 minggu  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan