Header Ads

ads header

Flash News

Selain senarai 120, Anwar dakwa turut disoal isu liwat


Presiden PKR Anwar Ibrahim mendakwa dia turut disoal berkaitan “kes liwat” dalam siasatan polis hari ini.

“Ada tetapi ini biasa dan soalan pun longgar.

“Dan ini satu rencana politik untuk menekan saya saat saat seperti ini,” katanya ketika ditanya pemberita sama ada terdapat laporan polis berkaitan kes liwat dibuat terhadapnya.

Ketua pembangkang tidak mengulas panjang siasatan berkaitan kes itu.

Anwar berkata demikian selepas memberi keterangan berkaitan siasatan berhubung dakwaan dia mempunyai majoriti untuk menubuhkan kerajaan baru di ibu pejabat polis di Kuala Lumpur Lumpur.

Anwar disiasat bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 atas dakwaan menimbulkan kegentaran awam.

Dia juga disiasat bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan dakwaan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Siasatan hari ini dibuat beberapa hari selepas dia mendakwa mengemukakan akuan berkanun (SD) dan surat kepada Agong berkaitan sokongan “lebih 120” anggota parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

Istana berkata Anwar tidak memberikan senarai itu.

Ogos lalu, tular SD mendakwa seorang lelaki mengadakan hubungan luar tabii dengan Anwar sebanyak empat kali di hotel berbeza di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang pada 2013.

Bagaimanapun, individu yang membuat SD itu membuat laporan polis mendakwa aktivis politik Ramesh Rao mempengaruhinya membuat tuduhan itu dengan memberikan habuan.

Ramesh bagaimanapun memberitahu Malaysiakini dia tidak pernah berjanji bahawa seorang menteri akan membiayai lelaki itu.

Media sebelum ini tidak menamakan Anwar kerana gagal mendapatkan penjelasan Anwar terhadap dakwaan itu.

Anwar sebelum ini dimasukkan ke penjara selepas disabitkan bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Yang di-Pertuan Agong sebelum ini Sultan Muhammad V bagaimanapun menitah perkenan bahawa rayuan pengampunan penuh Anwar dibenarkan dan diberi pembebasan serta-merta pada 16 Mei.

MR :  Kes liwat tak selesai kerana kenyataan Anwar selalunya mengelak  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Anwar ni pemalas rupanya. Katalah dia dapat surat sokongan dari UMNO dan lain lain. Ada ke suruh Agung gi mintak nama dari ketua ketua parti parti ni. Dia le gi tanya. Lepas tu baru Agung tanya sorang sorang. Delegate pun berpada pada le. Mana sekolah ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin dia pemalas.. tapi jauh dari kebodohan.. dia dah tau dalam majlis raja2 ramai yg tak neutral.. ramai nak caturkan politik.. disuruh tinggalkan istana dan berpolitik tak mau.. takut habuan istana tak dapat.. kalau senarai nama tu YDPA dapat mesti dia kene persembahkan pada majlis raja2.. mase tu adalah ahli majlis raja2 yg akan bocorkan maklumat pada geng lawan.. geng lawan akan mulakan proses membeli balik sokongan.. ini akan menyebabkan jumlah sokongan Anwar jadi kurang dan akhirnya Anwar dituduh menipu.. Anwar dah masak dah.. dia kene tipu berape kali. takkan Agong pun pemalas nak tanya kat sorang2.. secara tak langsung bolehlah berkenalan dgn MP2 ni.. byk cara boleh buat.. video call pun boleh skjap atau setiap MP antor personal sokongan surat kat YDPA.. YDPA kira je.. benda boleh senang takkan nak buat susah.. takkan semua nak main suap je.. lupe plak.. yg ko ni sekolah mane dulu?

      Padam
  2. KESIANNYA..baru kau tahu PERANGAI DSAI yang sebenarnya..?..Hish Hish...tu belum lagi para wartawan yangtanya hal dia yang dulu2...rasa2nya tentu kau dah tahu apa jawapan yang keluar dari DSAI ..kn kn kn..😁..nasib baik YDA orang yang sabar dan berhemah...tu pun rasa2nya YDA dah tahu politik DSAI...bukannya senang nak jadi YDA dalam menyelesaikan KEMELUT politik cacah marba sekarang ni jika hanya berpandu pada cerita dan angka saja tanpa bukti kukuh...bagi yang faham pembawaan POLITIK DSAI..hanya senyum sinis aje mengiringi perjalanan politik DSAI..😁

    BalasPadam