Header Ads

ads header

Flash News

Selesai mengadap YDP Agong, Anwar enggan beri komen


KUALA LUMPUR:
Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengadap YDP Agong di Istana Negara pagi ini.

Beliau yang tiba kira-kira 10.25 pagi melalui Pintu 2, dilihat meninggalkan Istana Negara melalui pintu yang sama kira-kira 11.30 pagi tadi.

Bagaimanapun, usaha media untuk mendapatkan sebarang komen daripada Ahli Parlimen Port Dickson itu gagal.

Sebelum ini, media melaporkan Anwar akan mempersembahkan jumlah Ahli Parlimen yang dikatakan menyokong beliau untuk menjadi Perdana Menteri baharu.

Jumlah itu, beliau gambarkan bukan sahaja melebihi majoriti mudah, tetapi ia sangat kukuh dan meyakinkan.

Ketika ini media masih cuba mendapatkan pengesahan jika ada sidang media susulan hasil pertemuan beliau dengan YDP Agong.

MR :    No komen No Perubahan, kekal PN


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Buang masa sahaja. Rakyat punya lah payah nak jumpa Tuanku, dia kemain lagi buang masa.

    BalasPadam