Header Ads

ads header

Flash News

Sembah Derhaka PKR Terhadap Yang Di-Pertuan Agong?


Selain “menzahirkan keyakinan penuh Al-Sultan Abdullah ke atas kemampuan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menerajui kepimpinan negara pada saat negara sedang diuji dengan pelbagai krisis ini”, kenyataan media Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, semalam menyebut dua perkara utama.

Perkara pertama adalah bahawa “Al-Sultan Abdullah menzahirkan harapan Seri Paduka Baginda agar Belanjawan 2021 ini memberi penekanan kepada pemulihan ekonomi negara dan kesejahteraan serta kelangsungan hidup rakyat yang terkesan akibat penularan COVID-19”.
Perkara kedua adalah bahawa:

(1) “Al-Sultan Abdullah menasihati Ahli-Ahli Dewan Rakyat untuk memberi sokongan padu kepada Belanjawan 2021 demi kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat serta pemulihan ekonomi negara yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19”.

(2) “Al-Sultan Abdullah menegaskan bahawa Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan di Parlimen pada masa yang terdekat, adalah amat penting kepada Kerajaan dan pihak-pihak berkuasa, khususnya para petugas barisan hadapan, untuk meneruskan dan melancarkan dasar serta usaha-usaha membendung dan menangani ancaman wabak ini dari terus merebak. Sehubungan dengan itu, Al-Sultan Abdullah menyeru Ahli-Ahli Dewan Rakyat menghormati titah nasihat Seri Paduka Baginda untuk mereka memberhentikan segera segala perbalahan politik dan sebaliknya mengutamakan kebajikan rakyat serta kesejahteraan negara supaya Belanjawan 2021 diluluskan tanpa sebarang gangguan”.

Adalah amat janggal sekali bila Ahli Parlimen Pasir Gudang dari PKR, Hassan Abdul Karim, tiba-tiba sahaja mengeluarkan satu kenyataan media balas dalam mana:

(1) Beliau meluahkan perasaan “amat gusar dan bimbang” beliau dengan kenyataan media Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, ini.

(2) Beliau beranggapan kenyataan media Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara adalah “satu pelanggaran terhadap prinsip raja berperlembagaan dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen”.

(3) Beliau menegaskan “Ahli-Ahli Parlimen mestilah bebas untuk membuat keputusan di dalam sidang parlimen termasuk sidang berkenaan Belanjawan 2021 tanpa ada sebarang tekanan atau pengaruh sesiapa (undue influence)”.

(4) Beliau menegaskan “semua pihak dan institusi perlu menghormati parlimen dengan menyediakan suatu keadaan yang kondusif bagi membolehkan Ahli-Ahli Parlimen bebas menentukan pendirian dan membuat keputusan”.

(5) Beliau menegaskan “tidak ada sesiapa boleh mengarah, mendesak, memujuk atau memaksa Ahli-Ahli Parlimen supaya menyokong dan meluluskan sesuatu rang undang-undang belanjawan negara termasuklah Belanjawan Tahun 2021 yang akan dibentangkan pada 6 November nanti”.

Tidak ada apa-apa perkara yang salah dan tidak ada apa-apa pelanggaran terhadap prinsip raja berperlembagaan pun di dalam kenyataan media Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara ini.

Lihatlah betapa lembutnya bahasa yang digunakan oleh Istana Negara:

(1) “Menzahirkan harapan (kepada kerajaan sekarang)”.

(2) “Menasihati Ahli-Ahli Dewan Rakyat” dan “menyeru Ahli-Ahli Dewan Rakyat”.

Tidakkah jelas bahawa “harapan”, “nasihat” dan “seruan” ini bukan dibuat secara berpilih tetapi kepada kesemua pihak, iaitu kepada kerajaan sekarang dan kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat tanpa mengira parti?

Lihatlah pula sebab mengapa “harapan”, “nasihat” dan “seruan” ini dibuat:

(1) “Kesejahteraan serta kelangsungan hidup rakyat”.

(2) “Kebajikan rakyat serta kesejahteraan negara”.

Apakah pihak-pihak yang menyanggah titah Yang di-Pertuan Agong ini tidak mahu turut menjaga “kesejahteraan serta kelangsungan hidup rakyat” dan “kebajikan rakyat serta kesejahteraan negara” juga?

Tidakkah titah ini selaras dengan lafaz Sumpah Jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong dalam mana Baginda berikrar “menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia dengan mengikut sebagaimana undang-undang dan Perlembagaan” serta “berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam Negeri”?

Selaku seorang peguam, Ahli Parlimen Pasir Gudang dari PKR ini sepatutnya tahu:

(1) Perkara 32 (1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong adalah “Ketua Utama Negara bagi Persekutuan yang hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang di dalam Persekutuan…”

(2) Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa “Kuasa eksekutif Persekutuan hendaklah terletak hak pada Yang di-Pertuan Agong…”

(3) Prinsip kedua Rukun Negara, selepas prinsip “Kepercayaan Kepada Tuhan”, juga adalah prinsip “Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara”.

Selaku seorang rakyat Malaysia berbangsa Melayu, Ahli Parlimen Pasir Gudang dari PKR ini juga sepatutnya tahu membezakan maksud istilah-istilah “menasihati” dan “menyeru” dengan maksud istilah-istilah “mengarah, mendesak, memujuk atau memaksa”.

Selaku seorang rakyat Malaysia beragama Islam, Ahli Parlimen Pasir Gudang dari PKR ini juga sepatutnya akur kepada Firman Allah di dalam Surah al-Nisa’ Ayat 59 yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.”

Kamarul Yusoff

MR :   PKR hanya tahu nak kuasa, bila dapat kuasa tak tahu nak jaga kuasa


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


8 ulasan:

  1. tunggu saja sidang parlimen akan datang yang terlihat atau dapat disaksikan nanti tiga golongan:
    1) golongan yang menjunjung perentah tuanku
    2) golongan yang engkar atau derhaka perentah tuanku( perhatikan muka2 mereka
    dan kenalilah siapa mereka)
    3) golongan yang junjung pon tidak derhaka pon tidak

    moto sidang parlimen akan datang bermatokan ' kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat no kompromi dalam hal ini'

    BalasPadam
  2. Yang derhaka nya kau dan yang celaka nya kau... Bila pembangkang ph semua yang dibuat saya... Tapi kalau pn tembuk atap itu bagus sangat... Kerana kerajaan pn maka Malaysia jadi begini.
    Ingat lah jangan asal boleh bercakap saja...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang macam ko bukan tebuk atap lagi tapi tebuk dubur macam nuar dan shapie. Mata sepet dan keling boleh berambus.

      Padam
    2. kesian masih tak paham2 lagi kerajaan sendiri dirobohkan tangan2 sendiri mandat yang diberi, mandat hanya diberi semasa pru14, tapi dah dipersia2kan mandat dan mandat itu roboh bersama2 kerajaan yang dirobohkan sendiri, nak mengelirukan rakyat mulalah mendendang pintu belakanglah, royal couplah, tembuk ataplah, menepikan mandatlah(mana ada mandat lagi dah dimusnahkan tangan sendiri), atas kebijaksaan dan usaha tuanku lahirlah PN diatas mandat yang diberi olih kebanyakkan pm semasa ditemududa. harap sudah paham sekarang.

      Padam
  3. Pkr bukan parti melayu Islam utk mwmbela umat melayu Islam....kebanyakkan pimpinan dlm pkr ramai dari kalangan kaum india dan cina...maka itulah mereka tdk tahu menghurmati raja2 nelayu...
    Melayu perlu kembali kepangkal jalan demi nembela bangsa dan Agqma...buangkan amalan perpaduan yg merugikan bangsa melayu...bertolak ansur ada had dan batasnya...

    BalasPadam
  4. Drp dulu spai sekrag dok cita pepaduan? Apakah rakyat dok gaduh? Yg dok gaduh tipu daya mp pd rakyat?,

    BalasPadam
  5. Walaupun apa alasan Kamarul kita kene ingat semua perkara perlu dibuat atas dasar kebenaran.. itu yg paling utama.. kalau YDPA tak betul rakyat dan pemimpin perlu sanggah tapi mestilah berdasarkan kebenaran.. analoginya mudah.. bayangkan seorang penculik menculik seorang anak dara raja.. kemudian anak dara raja ini dikahwini dan diberi kasih sayang yg cukup baik dari penculik.. mampukah raja ini menerima baik kesudahan keadaan ini sedangkan permulaannya sudah tidak baik? begitu juga dgn PN.. sebaik manapun memerintah tapi asalnya berdiri dari cara tebuk atap tetap akan melukakan hati dan ditolak oleh sebahagian rakyat.. walaupun YDPA adalah kuasa tertinggi tapi mereka tetap insan.. ada ketikanya boleh terhasut dan terpedaya.. itu pentingnya pemimpin dan rakyat memberi nasihat.. tapi ini semua perlu dilakukan atas dasar kebenaran.. kejujuran.. baru sistem akan berjalan dgn lancar dan baik..

    BalasPadam
  6. Apa citer peguam yg saman Agong tu?

    MR xnak terpekik terlolong ke?

    Hudud sm ruu355 apa citer?

    BalasPadam