Header Ads

Header ADS

Surat YBM Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) Kpd Dato' Speaker Menanyakan "Usul Tidak Percaya" Yg Pernah Dikemukakan Ke Dewan Rakyat


1. CUBA anda baca betul-betul persoalan yg ditimbulkan oleh Ku Li dalam surat bertarikh 25 September 2020 ini. Apa yg boleh kita "digest" dari surat ini? Cuba kita lihat di mukasurat pertama Ku Li menyebut "pencadang mendakwa". Adakah ini bermakna YB Langkawi, kerana cadangan VoNC olehnya telah diletakkan di nombor paling corot dan tidak dibacakan?
2. Ku Li menyebut dengan jelas bahawa perkara VoNC ini sepatutnya menjadi amat penting dan kesan perlembagaan terhadapnya mesti dilaporkan kepada Kebawah DYMM SPB YDPA.
3. Di mukasurat 2 Ku Li memetik Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang menuntut seseorang Perdana Menteri mendapat kepercayaan Dewan Rakyat sebagai pra syarat beliau menuntut hak yg sahih sebagai Perdana Menteri. Bukankah kita ada duluan mengenai hal ini sewaktu Tun Hussein Onn menggantikan Tun Abdul Razak yang meninggal dunia? Bermakna PM yang dilantik TANPA menang PRU masih perlu membawa Usul "UNDI PERCAYA" (VoC) ke Dewan Rakyat utk keabsahan jawatan Perdana Menteri.
4. Di sini juga Ku Li memaklumkan Dato' Speaker bahawa beliau enggan menerima jawatan GLC kerana percaya Perkara 48(1)(c) Perlembagaan Persekutuan mengenai Hilang Kelayakan menjadi Ahli Parlimen sekiranya dia memegang sesuatu jawatan berpendapatan.
5. Menurut Ku Li sub-seksyen ini telah dipersetujui bagi MENCEGAH Ahli-ahli Parlimen menerima "sogokan" politik. Implikasi dari kenyataan ini sangat besar. ANDAInya DIKUATKUASAKAN undang-undang ini yg pernah ditimbulkan persoalannya di SocMed oleh seorang peguam wanita yg pernah bertugas di pejabat AG, bermakna hampir kesemua Ahli Parlimen yang menyokong PN sudah hilang kelayakan.
6. Pada mukasurat 3 Ku Li menekankan mengenai keperluan menghormati Perlembagaan, mengelak sogokan politik yang mencemarkan integriti, memberi amaran kpd Dato' Speaker yang beliau juga tertakluk kpd sumpah jawatan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan kerana Negara ini terbina dengannya.
7. Dato' Speaker diberikan peringatan bahawa Ku Li juga akan meneliti samada keengganan Dato' Speaker memberi keutamaan kpd VoNC adalah kecuaian terhadap Perkara 43 dan 62 Perlembagaan Persekutuan.
8. Anda baca sendiri surat jawapan dari Dato' Speaker yg awal-awal lagi menyalahkan susunan yg dibuat oleh MANTAN Speaker Tan Sri Arif. Tak perlu saya ulas panjang surat berkenaan anda pun faham yang Menteri Undang2 Lebai Takiyuddin yang boleh memutuskan samada VoNC yang merupakan Private Bill boleh dijadikan keutamaan kerana Peraturan Mesyuarat Memperuntukkan Rang Undang-undang oleh KERAjaan mesti didahuluikan.
9. JIKA begitu keadaannya sampai bila pun Rang Undang-Undang Persendirian (Private Bill) seperti VoNC (Vote of No Confidence) ini boleh "DILENGAH-LENGAHKAN". Takkan kita lupa betapa pembentangan dan perbahasan ARWAH Pindaan kpd RUU355 boleh ditangguh-tangguhkan sampai kesudahannya tak dibahaskan di era BN dulu? Tidakkah En. Azalina sewaktu tu menjadi Menteri Undang-undang? Mungkin beliau mampu memberi gambaran yang lebih terperinci.
10. Melalui surat ini timbul beberapa persoalan. Adakah Ku Li sedang "build the case against the Prime Minister". Apa maksud jawapan yang "memuaskan hati"?? JIKA tak puas apa penyataan awamnya? Timbul pula persoalan KUNUNnya PT95 di belakang Ku LI. Seawal 25 September 2020 mereka berpakat? Tapi semua itu hanya Teori Konspirasi yang belum terbukti. Eloklah kita sama-sama tunggu apa yang akan terjadi berbanding percaya dengan spekulasi. Masanya akan tiba jua.
11. Dalam keadaan skrg Menteri Undang-undang masih menentukan usul apa yang patut didahului. Legislative tidak sepatutnya dikuasai oleh Executive. Speaker di Parlimen seharusnya bebas dari campurtangan Executive dalam menentukan tugasnya. Ini perlukan REFORM Parlimen bagi mengatasi masalah sebegini.
Wallahualam.
- Zus Din
14 Oktober 2020

#Sumber :  FB   

MR :  Banyak perkara yang perlu difahami  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Dia duit banyak boleh pikir pusing2 tentang perkara2 yang pada rakyat biasa takde makna. Rakyat nak makan, boleh bayar sewa, bayar pinjaman bukan politaik2 yang gila kuasa.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.