Header Ads

ads header

Flash News

Tidak sesuai adakan PRU masa ini – Noor Hisham


PUTRAJAYA –
‘Masih tidak sesuai untuk negara mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) buat masa ini kerana graf jangkitan Covid-19 belum landai.’

Itu nasihat Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berhubung kenyataan Majlis Tertinggi (MT) UMNO semalam yang mahu PRU diadakan setelah Covid-19 dapat dikawal pada peringkat minimum.

“Syor KKM ialah kalau boleh tidak diadakan PRU. Bagaimanapun kalau terpaksa diadakan PRU, jadi kita kena lihat kepada walaupun keadaan semasa ini tidak sesuai untuk mengadakan PRU, kita menggunakan prinsip sama ada kita boleh menggunapakai tidak ada lintas sempadan atau daerah, tidak membenarkan perhimpunan atau berkempen secara beramai, dan tidak ada walkabout atau kunjungan rumah ke rumah.

“Ini prinsip yang boleh mengurangkan jangkitan Covid-19 dalam komuniti. Tapi apa yang penting adalah untuk kita sama-sama patuhi SOP walaupun kita boleh adakan SOP tapi kepatuhan itu yang penting,” katanya dalam sidang media hari ini.

Noor Hisham menjawab pertanyaan media mengenai cadangan mesyuarat MT UMNO semalam yang mahu PRU diadakan setelah pandemik Covid-19 dapat dikawal.

Ditanya samada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dapat digunakan untuk mengelak daripada PRU diadakan, Noor Hisham berkata, sudah sampai masanya untuk kerajaan meminda akta itu.

Jelasnya Akta 342 yang digubal pada tahun 1988 tidak menjurus kepada pandemik dan hanya kepada penyakit berjangkit sahaja.

“Sudah sampai sama untuk kita melihat kembali akta ini. Ketika akta ini didrafkan, kita tidak jangka untuk pandemik dan kita gunakan untuk penyakit berjangkit tapi keperluan untuk kita melihat semua pindaan itu seharusnya dijalankan.

“Sama ada kita mempunyai kuasa yang lebih kepada Akta Perlembagaan melihat kepada PRU dan sebagainya. Ini satu kita kena rujuk kepada Peguam Negara,” kata beliau.

Katanya, SOP untuk mana-mana pilihan raya telah diberikan tapi isunya adalah tahap kepatuhan kepada mana-mana individu itu yang mengakibatkan kes positif meningkat.

Malah katanya KKM tidak mempunyai kuasa untuk menggunapakai Akta 342 untuk menghentikan daripada sebarang pilihan raya diadakan.

“Sebaiknya kita tangguhkan PRU, tapi kita tidak ada kuasa, kita tidak ada punca kuasa di KKM atau menggunakan Akta 342 setakat ini.

“Kalau kita merujuk kepada Peguam Negara, kena adakan juga PRU kalau boleh kita patuh kepada tiga prinsip itu,” katanya lagi.

#Sumber : – MalaysiaGazette 

MR :   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Boleh adakan PRU tapi semua pakai media sosial. Ceramah politik tengok kat TV ke, dengar kat Radio atau melalui facebook. Bila mengundi bukak banyak pusat pusat mengundi. Yang tak pakai mask tak ikit SOP halau balik. Bagi jadual mengundi supaya pusat pusat ni tak sesak. Nak sangat PRN PRK. Tak de siapa nak mengundi. Calon calon undi le sorang sorang

    BalasPadam
  2. Betul kata2 Norhisham ni.. kerajaan keras kepala.. pambangkang pun keras kepala.. apa susah sgt duduk sama2 bincang.. tubuhkan kerajaan campuran buat sementara sampai selamat utk PRU.. semua parti ade kepentingan dalam kerajaan.. baru semua puas hati.. tu pun rakyat nak ajar ke..

    BalasPadam