Header Ads

ads header

Flash News

Tiga parti jangan terlerai oleh sandiwara Anwar


BAGAN SERAI:
Ganding bahu PAS, Umno dan BERSATU memperkukuhkan kerajaan sedia ada penting bagi memelihara perpaduan negara seterusnya memperkemas usaha menangani cabaran ketika ini.

Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Razman Zakaria berkata, pada ketika ini semua pihak sedang menghadapi kebimbangan penularan semula COVID-19 yang memasuki gelombang ketiga negara ini dan kian meninggi di carta dunia.

“Kita (perlu) perkukuhkan Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional (PN) sehingga pilihan raya yang akan datang. Ini kerana, kedua-duanya penting untuk perpaduan negara. Itu matlamat yang kita bawa, tapi kalau rakan-rakan jadi lain (berpaling), maka (ia) bukan di bawah kawalan kita.

“Dalam situasi kini, muhasabah merupakan jalan yang utama. Usah kerana sandiwara Anwar (Ibrahim), perpaduan sedia ada dalam ketiga-tiga parti PAS, Umno dan BERSATU (jadi) terlerai,” jelas Razman yang juga merupakan ADUN Gunung Semanggol.

Beliau berkata sedemikian ketika ditemui di dalam program Bumi Hijau anjuran Jabatan Pertanian di Pejabat Penghulu Mukim Semanggol, di sini, semalam.

Tegas beliau, PAS Perak akan terus bertindak selari dengan keputusan yang disepakati pimpinan PAS Pusat, di mana PAS konsisten mendokong Kerajaan PN yang diterajui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui sokongan penuh 18 Ahli Parlimen PAS.

Program Bumi Hijau ini menyaksikan penyerahan kit pertanian yang terdiri dari lima bekas pasu, cuka kayu yang berfungsi sebagai penghalau serangga dan penyubur pokok, baja organik daun (Leafy Fertilizer) dan pelbagai benih tumbuhan.

Seramai 109 penerima kit pertanian itu juga turut dibekalkan dengan sebuah beg tanah kompos beserta buku manual tanaman program Bumi Hijau yang disedikan oleh Jabatan Pertanian Negeri Perak.

Penyerahan dilakukan secara ‘drive-thru‘ atau pandu lalu bagi mengelakkan perkumpulan ramai di samping sebagai usaha mematuhi Standard Operasi Prosedur (SOP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Turut hadir dalam majlis tersebut Pegawai Pertanian Daerah Kerian, Ridhuan Othman dan Penghulu Mukim Semanggol, Abdul Razak Mohd Yunus. 

#Sumber :– HARAKAHDAILY 16/10/2020     

    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Lagi sorang tak cerdik tapi sibuk nak bercakap.. takkan Anwar ambik alih kerajaan lepas tu buat bodo je dgn kes covid19.. dia pun mesti kerja keras mengekang pandemik ni supaya negara kembali selamat sejahtera.. mane2 kerajaan pun sama.. kerajaan Thailand yg kafir pun kerja keras mengekang covid19 ni.. kalau dia bersandiwara lepas 3 bulan pasti dia akan dijatuhkan rakyat.. PN ni yg byk bersandiwara.. hari tu kemain laungkan nak kekang wabak covid ni.. nampak macam bersungguh betul.. lepas kes turun dia bagi naik balik.. lepas tu dia bagi turun lagi.. kali ni dia bagi lagi naik.. lepas tu takknak plak ngaku salah dia.. kan sandiwara tu.. takkan buta tak perasan lagi.. kali ni nak tuduh plak Anwar bersandiwara.. dah jelas tak cukup sokongan kan? Aku rasa sbb ni lah Muhyidin taknak ganti Khairudin jadi menteri sbb Khairudin je paling nampak bijak dalam semua pemimpin PAS ni walaupun takdelah bijak mane... haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. selagi cow boleh sondol cow sondol aje lah..
      biar nmpak bangang janji menyondol...

      Padam
  2. Bodoh penyokong PH ni.PRN Sabah dibuat kerana PH yang rela mati kerana covid tapi nak PRN.Kalu duk ikut Nuar gila kuasa tu,celaru malaysia.PH rentah 22 bulan,banyak kes rasuah.SU menteri Mat Sabu dituduh rasuah 5.6 juta, rasuah LGE.
    Dah tu bagus sangatkah nak junjung PH tuh. Simpan bodoh tu

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Dulu masa zaman Nik aziz,takda manusia macam Ni,

    BalasPadam