Header Ads

Header ADS

Tindakan Ahmad Zahid boleh timbulkan ketidakpercayaan ahli UMNO kata Dr Achmad Dzariean


KUALA LUMPUR:
Kepercayaan ahli UMNO akan pudar kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi seandainya benar Presiden parti itu benar-benar menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri yang baharu.

Felo penyelidik dari Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia (UUM MAPAN), Dr Achmad Dzariean Mohd Nadzri menegaskan, ia sekali gus akan memberi kesan besar dan isyarat tidak baik kepada parti itu sendiri.

"Impaknya kepada Ahmad Zahid dan parti, juga dasar UMNO itu sendiri. Apabila dia jadi komponen sokong kerajaan, kita lihat kenyataan UMNO sebelum ini yang tidak mahu memberi kerjasama dengan Anwar dan menolak kerjasama bersama DAP.

"Impaknya besar kalau (Ahmad Zahid) beri sokongan kepada Anwar, ini akan menyebabkan masalah kebolehpercayaan daripada ahli apabila presiden buat signal tidak baik.

"Baik di peringkat atasan UMNO dan kepercayaan bawahan (ahli) sendiri kepada pimpinan parti," katanya semasa dihubungi di sini, pada Sabtu.

Pada Jumaat, sebuah portal mendakwa, Ahmad Zahid dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menulis surat kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menyokong Pengerusi Pakatan Harapan itu membentuk kerajaan baharu.

Portal berkenaan mendakwa, surat bertarikh 11 Oktober menyatakan, kedua-dua Najib dan Ahmad Zahid bersama sejumlah Ahli Parlimen UMNO bersetuju menyokong Anwar.

Dalam pada itu Dr Achmad Dzariean menegaskan, Perikatan Nasional (PN) perlu berbuat sesuatu jika benar perkara ini benar berlaku.

"Dari hari ke hari kita lihat banyak Ahli Parlimen menyatakan usul tidak percaya kepada kerajaan sekarang.

"Sekiranya dakwaan ini tidak benar, maka pihak PN juga perlu mengambil tindakan serius dengan melihat kembali atau memanggil kembali Presiden parti yang berada dalam PN dan UMNO yang di luar untuk kembali berunding dan menyelesaikan perkara ini dengan baik," katanya.

Sebelum ini, 16 Ahli Parlimen dari Pejuang dan Parti Amanah Negara (Amanah) memfailkan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

#Sumber : Astro   

MR :  Sepatutnya UMNO buang Zahid dan beberapa yang ada kes sudah pasti UMNO akan mau lebih baik  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.