Header Ads

ads header

Flash News

Ular Lidi Menelan Naga


Seperti yang saya diskusikan sebelum2 ini, PRN Sabah adalah cerminan lanskap politik tanah air menjelang PRU15 nanti.
 
Sekarang PRN telah melabuh tirai, kerajaan Sabah telah dibentuk walaupun senarai penuh kabinet belum dimuktamadkan.
 
Menariknya, walaupun memenangi PRN, namun timbul kondisi kurang gembira dalam kalangan akar umbi Umno terhadap senario Sabah.
 
Kekecewaan paling besar apabila Umno gagal dinamakan sebagai KM walaupun memenangi 14 kerusi berbanding 11 oleh Bersatu.
 
Isu ini sebenarnya diperbincangkan dengan hangat oleh penyelidik2 yang membuat kajian di Sabah tempoh hari.
 
Telah dijangka jika GRS menang, PN akan mengetuai kerajaan Sabah, kerana kuasa rundingan yang dimiliki oleh Bersatu sangat kuat.
 
Senario Sabah dijangka berterusan menuju PRU15, PN akan mengetuai kempen bersama BN dan sekutu2 lain dengan presiden Bersatu akan dinamakan sebagai PM.
 
Walaupun kekuatan Bersatu di peringkat akar umbi jauh lebih kecil berbanding Umno dan Pas, parti itu akan terus mengemudi perikatan.
 
Faktornya adalah kuasa rundingan, Bersatu yang sedang mengetuai kerajaan sekarang mempunyai kuasa rundingan yang sangat ampuh.
 
Rundingan dalam politik bukan sekadar difahami bincang2, bahkan lebih jauh termasuk pujuk memujuk, tawar menawar, ugut mengugut dan sebagainya.
 
Mengetuai Putrajaya dengan portfolio2 penting termasuk KDN, Bersatu sudah tentu berada satu langkah di hadapan dalam rundingan2 dengan sekutunya.
 
Inilah yang memberi kelebihan kepada PN di Sabah, inilah juga yang akan memberi kelebihan kepada PN untuk mencorak senario PRU15.
 
Dalam diskusi di Kota Kinabalu, kami namakan senario ini sebagai Ular Lidi Menelan Naga, realiti yang akan kita perhatikan nanti.
 
Senario ini akan berlaku jika status quo kolisi politik kerajaan kekal, iaitu PN, BN, MN dan parti2 gabungan terus berkerjasama.
 
Namun hari ini Tok Mat mewakili akar umbi Umno telah meminta presiden parti membuat keputusan halatuju parti terbesar orang Melayu itu.
 
Pendirian Umno itu nanti akan jadi faktor penentu, sama ada naga berapi akan kekal digeruni, atau sekadar menyerah kepada destini.

Mohd Yusri Ibrahim

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan