Header Ads

ads header

Flash News

UMNO harimau zoo (bukan rimba) yang tak berani keluarkan kuku


Saya memilih tidak memberi ulasan kepada rakan2 media seputar isu Anwar mengadap dan menyembah maklum KDYMM YDPA.
 
Faktornya pusat pemerhatian saya bukan kepada gerak Anwar kerana itu sekadar gerak sekunder.
 
Paling saya tunggu2 adalah mesyuarat Biro Politik Umno, kerana inilah nukleus sebenar penentu lanskap politik negara hari ini.
 
Pasca PRN Sabah, saya menjangkakan Umno akan membuat keputusan lebih tegas dan tuntas tentang kerjasama dengan Bersatu dalam PN.
 
Walau tewas dalam PRU14 lepas, Umno masih lagi harimau sebenar dalam rimba politik Malaysia, ngaumannya tetap berbisa.
 
Umno adalah parti yang mempunyai pengaruh akar umbi terbesar dalam negara, memiliki struktur organisasi paling mantap dan menyeluruh.
 
Selepas melalui pelbagai drama pasca PRN Sabah, saya menjangkakan Umno akan membuat keputusan lebih tegas demi kesinambungan politik mereka.
 
Namun keputusan biro politik malam tadi tidak mencerminkan jangkaan awal saya, pendirian malam tadi masih biasa2.
 
Ramai yang mengulas tentang keputusan mesyuarat Umno semalam yang membuat pertimbangan untuk menarik sokongan daripada PN.
 
Namun bagi saya keputusan tersebut tidak cukup berani bagi sebuah parti politik yang memiliki taring paling berbisa seperti itu.
 
Keputusan tersebut sekadar desakan kepada Bersatu untuk berunding, dengan terma2 sedia bersetuju telah digariskan.
 
Keputusan semalam umpama Umno yang mendesak kepada Bersatu untuk berunding, kenyataan lisan Setiausaha Agung selepas itu membayangkannya.
 
Awalnya saya menjangkakan Umno akan membuat keputusan paling tegas dan tuntas, tanpa ada frasa2 takut kehilangan di hujung ayat.
 
Keputusan tegas dan berani seperti itu pasti akan memaksa Bersatu untuk berunding, sekalipun perkataan berunding tidak dinyatakan dalam siaran media.
 
Begitulah, masing2 ada perspektif dan sudut pandang sendiri, namun bagi saya keputusan Umno semalam tidak cukup berani.
 
Pendirian semalam tidak mencerminkan Umno sebagai helang di angkasa, bukan seperti jerung di lautan, tidak seperti si belang di belantara.
 
Harimau yang garang tidak akan digeruni lagi apabila memilih untuk menyimpan kuku, menjadi tikus.

Mohd Yusri Ibrahim

MR : Kuku UMNO sudah tumpul dimakan usia   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan: