Header Ads

Header ADS

Umno kemuka formula perkongsian kuasa sama kepada Muhyiddin, Anwar, kata sumber


PETALING JAYA:
Umno mengemukakan formula perkongsian kuasa yang sama kepada Muhyiddin Yassin dan Anwar Ibrahim, menurut sumber dalaman Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Sumber itu berkata, sekiranya kedua-dua pemimpin itu tidak menerima formula tersebut, pilihan raya kilat mungkin akan diadakan.

Sumber dalaman BN berkata: “Sekiranya rundingan antara Muhyiddin dengan Umno gagal, ahli Umno boleh mendesak Zahid (presiden parti Ahmad Zahid Hamidi) supaya menyokong Anwar ketika beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong.”

Zahid dijadualkan menghadap Agong lewat hari ini.

Sumber BN memberitahu FMT bahawa beberapa ahli Umno berharap rombakan Kabinet dibuat bagi memperkuatkan kedudukan parti itu dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) dan jawatan timbalan perdana menteri diberikan kepadanya.

“Sebilangan ahli Umno tidak selesa dengan seorang atau 2 menteri PPBM yang terlalu mengawal Muhyiddin,” katanya.

Beliau berkata, Umno mempunyai masa sehingga Zahid menghadap Agong untuk mengemukakan tuntutannya kepada PPBM.

“Fokus sekarang adalah untuk lihat sama ada Umno dan PPBM boleh bersetuju dengannya,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya Umno gagal mendapat persetujuan PPBM, ia akan cuba membuat perjanjian dengan Anwar untuk mencetuskan pilihan raya kilat.

Beliau berkata, ini kerana mereka menyokong PPBM untuk membentuk kerajaan baru, tetapi gagal dalam usaha melantik pengerusi Umno negeri itu Bung Moktar Radin sebagai ketua menteri.

“Sekiranya Umno akhirnya menyokong Anwar, mereka tidak tahu bagaimana Anwar akan bertindak balas selepas mendapat jawatan perdana menteri. Tetapi jika Anwar bersetuju dengan formula berkongsi kuasa secara saksama, mereka mungkin akan bergabung dengannya.”

Sementera itu, sumber PH memberitahu FMT bahawa anggota gabungan itu kini smenunggu hasil rundingan antara Umno dan PPBM.

“Walaupun jika Umno akhirnya menyokong Anwar,” katanya, “ia mungkin hanya sehingga situasi Covid-19 reda.

#Sumber : FMT   

MR :   UMNO pula cuba main dua kolam 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Sudah tiba masanya pengundi islam dan melayu mengangkat PAS sebagai satu kuasa dominan baru kerana lebai tidak ada masaalah seperti isim menamakan siapa PM,tiada politik wang atau kerusi terbang dalam pemilihan parti, tiada rekod salah guna kuasa,politik wang,kes rasuah,kekatak dan kelkatu politik dan parti yang paling kurang kontreversi dan stabil. Masaalah boleh diselesaikan dengan satu langkah sahaja...Beri mandat kepada PAS...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila awak guna perkataan lebai itu menunjukkan betapa hormatnya awak kepada pas dan islam. Tolong balik kerala dan duduk diam2.

      Padam
  2. Amboi komen 👆🏻👆🏻👆🏻 sesama sendiri nampak. Encik bosan takde aktiviti ke atau encik ni cybertroopers parti bebas 🤭

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.