Header Ads

Header ADS

Umno tegang kerana tentangan kuat beberapa ahli Parlimen


PETALING JAYA:
Ketegangan berlaku dalam Umno antara ahli Parlimen yang menyokong pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim dan mereka yang tak mahu sokong.

Tiga ahli Parlimen Umno memberitahu FMT ahli Parlimen parti itu kini terbahagi kepada 3 kumpulan: mereka yang menyokong Anwar, yang menentang, dan mereka di atas pagar yang belum membuat keputusan.

Terdahulu, Anwar, mendakwa mendapat “sokongan dan majoriti kukuh serta meyakinkan” daripada ahli Parlimen pelbagai parti untuk menubuhkan kerajaan baru.

Khamis lalu, beliau mengumumkan akan menghadap Agong pada Selasa.

Salah seorang ahli Parlimen yang tidak mahu dinamakan memberitahu FMT, beberapa pemimpin parti secara tidak langsung menunjukkan sokongan kepada Anwar secara umum, menyebabkan ketidakselesaan kepada mereka yang tidak mahu menjadi sebahagian daripada persefahaman baru antara “pemimpin Umno dan Anwar”.

Katanya, ada beberapa pemimpin Umno yang lebih berhati-hati dan sedang menunggu Anwar menghadap Agong sebelum menunjukkan sokongan mereka.

Beliau berkata, mereka yang berhati-hati lebih bijak kerana tidak akan terpengaruh secara negatif sekiranya Anwar gagal membuktikan kepada Agong bahawa beliau mempunyai majoriti.

“Mereka ambil langkah selamat. Ini kerana sekiranya Anwar gagal dalam usaha untuk ambil alih kerajaan, banyak kecaman dijangka datang dari ahli parlimen Umno, terutama mereka yang tak setuju dengan langkah itu. ”

Katanya, ahli Parlimen yang tidak menyokong Anwar merasakan mereka yang berbuat demikian mementingkan diri sendiri.

Tambahnya, beberapa pemimpin Umno menyokong Anwar selepas “merasakan mereka ditipu oleh perdana menteri sekarang”.

“Mereka yang sehabis baik untuk bantu Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri pada Februari dengan harapan akan dapat pertolongan. Tetapi perkara itu tak menjadi. Pemimpin Umno tak tahu ke mana arah perdana menteri sekarang,” katanya.

Sementera itu, seorang ahli Parlimen Umno yang lain berkata mereka akan ikut ketua parti untuk kekalkan kerusi Parlimen masing-masing pada PRU15. “Saya hanya akan umum pendirian saya selepas Anwar jumpa Agong.”

Katanya, 129 ahli Parlimen menyokong Anwar, sambil sokongan itu bukan berdasarkan parti politik tetapi berdasarkan ahli Parlimen secara individu, termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Satu barisan Kabinet baru juga sedang dirangka, kata seorang lagi ahli Parlimen, sambil menambah banyak merasakan rancangan Anwar untuk menukar kerajaan boleh jadi kenyataan tetapi bergantung pada DAP.

Adakah DAP akan tolak Anwar?

Beliau berkata, DAP menjadi sekutu rapat Anwar selama bertahun-tahun tetapi parti itu dilihat enggan bergabung dengan gabungan baharu itu kerana takut hilang sokongan pengundi Cina.

Beliau juga berkata, pada awalnya tiada isu apabila mereka kali pertama diberitahu tentang kemungkinan sebuah gabungan baharu antara pelbagai ahli Parlimen dari pelbagai latar belakang.

“Tetapi sekarang, kita diberitahu DAP sedang melihat pelbagai kemungkinan termasuk menyokong Anwar namun tak sertai Kabinet.

“Ini akan memastikan mereka kembali berkuasa tanpa perlu bekerjasama dengan Umno secara langsung,” katanya, sambil menambah perbincangan masih berlangsung antara PKR dan DAP.

Katanya, difahamkan bekas perdana menteri Najib Razak meminta tidak dimasukkan dalam senarai Kabinet baharu.

Beliau menambah banyak perkara yang masih tergantung termasuk senarai penuh Kabinet kerana semua orang menunggu keputusan Agong.

#Sumber : FMT   

MR : UMNO masih tak utuh dalam banyak hal.. ada lagi perangai lama   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


13 ulasan:

  1. Tak payah le nak percaya FMTT tu. Rasanya Koya nya suku sakat yabg punya. Siapa yang lemah saja yang akan kepanasan bila dah panas melompat lompat lah dia. Golongam yang lower than dirt iaitu cacing kepanasan,

    BalasPadam
  2. termasuk mereka yang rasa sudah sampai masa kepenghujung terasa kepanasan duduk pun panas, berdiri pun panas, lagi ke baring takut terus tak bangun2 lagi

    BalasPadam
  3. termasuk mereka yang sudah sampai masa ke penghujung, duduk pun rasa panas, berdiri pun rasa panas, inikan pula baring takut terus tak bangun2 lagi

    BalasPadam
  4. dh mula perangai lama..
    bubar je MN

    BalasPadam
  5. Sekarang umno sudah berpecah, satu sokong anwar dan satu lagi sokong muhyiddin. Banyak lalang dlm umno tetapi tidak pd pas. Pas parti yg mantap tetap taat setia kpd pemimpinnya. Parti semacam inilah yg sepatutnya rakyat sokong demi kebaikan rakyat jugak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wala' tak bertempat. esok kalau atuk mader masuk pas dari kutuk berguni guni terus puji berlori lori. itulah parti pas. masuk pas trus suci

      Padam
    2. banyak sangat minum ketum kau ni awanama

      Padam
    3. kalau tak percaya tunggu dan lihat. Atuk mader masuk PN terus melambung2 puji mader. tengok le kalau tak caya

      Padam
  6. Harap menteri2 umno belajar akhlak pd parti pas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Parti main depan belakang kiri kanan

      Padam
  7. PAS satu satunya parti yang paling konsisten,rasional dan teguh demi prinsip tanpa kekatak politik dan bebas rasuah..yang menafikan hanyalah dapig serta barua setianya pankhianat

    BalasPadam
  8. Dah2 la tu,masing2 gilakan kuasa,ingat2 la sikit,

    BalasPadam
  9. sokonglah kepada yang membawa islam dengan akhlak yang mulia jangan sokong kepada sekadar islam pada nama tapi akhlak tidak baik dan gila pangkat gila kuasa gila kemegahan gula dunia dan tak sedar kubur lebih dekat dari rumah sendiri

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.