Header Ads

ads header

Flash News

UMNO tidak berhasrat kemuka usul undi tidak percaya terhadap PM


PONTIAN -
UMNO tidak berhasrat mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti dilakukan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Setiausaha Agungnya, Datuk Ahmad Maslan berkata, tindakan Tengku Razaleigh itu atas dirinya dan bukan mewakili UMNO walaupun beliau merupakan ahli parti.

Ahmad turut menyatakan perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam mana- mana mesyuarat UMNO sebelum ini.

"Tidak, UMNO tidak pernah berhasrat kemukakan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin," katanya kepada pemberita di Majlis Penyerahan Bantuan Mahasiswa di Benut, hari ini.

Ahli Parlimen Pontian itu seterusnya menafikan ura-ura hubungan UMNO dalam Muafakat Nasional ( MN) retak, sebaliknya menegaskan UMNO hanya mahu MN didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan yang sah.

Terdahulu, Sinar Harian pada Rabu lalu melaporkan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mahu usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin dibahaskan di Dewan Rakyat.

Menerusi sepucuk surat yang dilihat oleh Sinar Harian, Tengku Razaleigh mendakwa kerajaan pimpinan Muhyiddin telah menolak usul yang sama untuk dibahaskan sebanyak dua kali.

Hari ini, Empat lagi ahli Parlimen termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad menghantar surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi mengemukakan Usul Undi Tidak Percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk sesi sidang Parlimen akan datang.

Selain Dr Mahathir, tiga Ahli Parlimen lagi ialah Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah dan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik.

MR : UMNO sebenarnya celaru   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Bukan saja umno, semua parti lain, kalau tak berpegang pada acuan Islam yg sebenarnya, memang jadi celaru. Ikut cara PAS, setiap keputusan berserah diri pada Allah.

    BalasPadam