Header Ads

ads header

Flash News

Umno tuntut jawatan TPM, portfolio penting kata Tajuddin


Beri Umno jawatan timbalan perdana menteri dan portfolio penting dalam kabinet, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Tajuddin Abdul Rahman.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata, Umno sebagai penyumbang kerusi yang banyak dalam Perikatan Nasional (PN) wajar mendapat portfolio yang baik.

Sebaliknya kata Tajuddin, Mohamed Azmin Ali yang menyumbang sembilan kerusi dalam kerajaan PN diberi portfolio baik.

“Sepatutnya jawatan timbalan perdana menteri diberikan kepada Umno.

"Umno komponen paling besar dalam kerajaan PN sewajarnya diberikan penghargaan, pengiktirafan tetapi malangnya tidak begitu.

“Macam Azmin dan kawan-kawan, dia sumbangkan lebih kurang sembilan sahaja kerusi berbanding dengan Umno," katanya kepada media di ibu negara hari ini.

Krisis dalam PN bermula apabila Umno menyatakan hasratnya untuk mempertimbangkan semula sokongan parti itu kepada kerajaan PN.

Mesyuarat biro politik Umno Selasa lalu, membuat pertimbangan untuk menarik sokongan terhadap kerajaan PN sekiranya syarat mereka tidak dipenuhi.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan pada sidang media selepas mesyuarat biro politik parti itu.

Umno juga mahu mengemukakan syarat serta perjanjian secara bertulis baru bagi menyokong kerajaan PN.

Dalam pada itu Tajuddin berkata, ia bukan soal perubatan jawatan, namun Umno perlu diberi jawatan yang sewajarnya dalam kerajaan.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata, ia bukan perebutan jawatan tetapi jawatan itu adalah perkara penting.

“Bukan kerana pangkat tetapi kerana kedudukan itu memberikan platform kepada kita sebagai parti untuk berkhidmat yang memenuhi kehendak rakyat.

“Kalau jadi parti tak boleh bela rakyat apa makna, 'terkonteng-konteng' macam parti Berjasa apa dia boleh buat? Parti Perjuang? Apa dia boleh juang?” katanya.

MR : UMNO masih ada sikap tamak kuasa   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


8 ulasan:

  1. mahathir x ramai mp tetapi diangkat pm pru 14..pi mai pimai tang tu juga...yang pasti mp umno dan yang lain2 parti bebas dari dakwaan salah laku rasuah dn kes mahkamah yang sepatutnya dilantik SEBAGAI PIMPINAN

    BalasPadam
  2. Umno parti sampah bakal kalah teruk pru15 kepada bebas

    BalasPadam
  3. Amno di persimpangan hidup atau mati kalau keputusan diambil berasaskan kuasa semata2.

    Konpom pru 15 rakyat tolak secara total

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan main takbur lagi parti pas. konfiden beruk macam biasa. orang ramai melihat pas parti makan kiri kanan depan belakang. kecuali orang2 pas je yang buta tuli.

      Padam
  4. Kalau umno minta yg sepatutnya, dikatakan tamak kuasa. Tapi kalau tengok pada pengagihan kepimpinan sekarang yg kurang adil, bukan saja Bersatu yg sebenarnya tamak pada kuasa, malahan takut terus hilang kuasa dan pengaruh. Bahkan cuba utk menghilang kekuatan parti lain yg bersaing dgnnya.

    BalasPadam
  5. Ape ke bangangnye kamu ni Tajudin.. kalau teman teman mintak jawatan PM tu.. kome paling byk kerusi.. bagi kat Tok Mat jadi PM.. mesti penyokong2 melayu dalam Bersatu u-turn sokong UMNO balik.. nilah masa nak lemahkan Bersatu.. asyik diorang je nak kenekan deme.. deme kenekan balik.. deme ingat bila geng2 Jemin tu masuk Bersatu deme boleh ambik 2 bahagian.. haha.. tu yg jadi haru biru kerajaan.. geng2 Jemin nak bahagian.. geng2 Bersatu nak bahagian.. padahal dok satu bumbung..

    BalasPadam
  6. tag line feberet pas. kamilah islam kami lah syumul bla bla bla. pas parti makan kiri kanan tak sedar diri.

    BalasPadam