Header Ads

ads header

Flash News

Undi tidak percaya berpunca daripada segelintir pihak bercita-cita dangkal - Dr Chandra


KUALA LUMPUR:
Penganalisis politik, Dr Chandra Muzaffar berpandangan bahawa isu undi tidak percaya berpunca daripada segelintir pihak yang mempunyai cita-cita tertentu.

Ia merupakan kerjasama dua pihak yang mempunyai cita-cita dangkal dan mereka yang ingin melepaskan diri daripada sistem perundangan kehakiman.

“Apa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin politik tertentu, hanya segelintir, bukan kesemuanya, hanya segelintir yang tamak kuasa, yang menjadikan cita-cita tertentu sebagai misi hidup mereka.

“Bagi yang lain pula, kerana mereka ingin melepaskan diri daripada sistem perundangan kehakiman kita, secara terus-terang saya mengatakan bahawa inilah sebabnya mereka mengambil langkah langkah tertentu.

“Dua golongan ini bekerjasama, kerana inilah kebenarannya bahawa ada satu pihak kerana cita-cita dangkal individu yang terlibat ini," kata Dr Chandra ketika ditemu bual menerusi program Agenda AWANI pada Jumaat.

"Manakala terdapat pihak lain pula, bagi mereka ini kerana keadaan mahkamah dan oleh itu mereka ambil langkah-langkah tertentu atas nama parti, kedudukan parti, atas nama demokrasi dan sebagainya," katanya lagi.

Dr Chandra menyifatkan perkara tersebut sebagai penyalahgunaan kuasa dan proses-proses demokrasi.
Tentang undi tidak percaya, beliau berpendapat bahawa sekiranya ahli-ahli politik itu matang, mereka harus kaji secara mendalam kenyataan yang dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat.

“Ini adalah kenyataan kedua beliau, pertama jawapan beliau kepada Tengku Razaleigh Hamzah yang bertarikh 29 September, di mana beliau menerangkan bagaimana proses prosedur protokol yang harus kita menganuti tentang kes-kes tentang undi tidak percaya,” tambahnya.

#Sumber :  Astro  

MR :   Dulu orang kanan Anwar dalam PKR, dia lebih kenal Anwar drp yang lain 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Segala2 ini berlaku apabila mandat rakyat tidak dihormati.. itulah puncanya.. kerajaan PH dulu takdelah zalim.. takdelah memeras rakyat.. tapi mandat yg diberi kepada mereka dirampas.. undi tidak percaya terpaksa dilakukan apabila majlis raja2 tidak mahu membantu.. dan undi tidak percaya harus dikemukakan.. ini adalah utk mengesahkan kecukupan sokongan yg menjadi tunjang sesebuah kerajaan demokrasi.. keengganan dipihak kerajaan utk meluluskan usul ini hanya menguatkan lagi anggapan yg kerajaan sudah tidak cukup sokongan.. PN cuba bertahan dgn cara ini sehingga mereka rasa mereka yakin menang dalam pilihanraya jika diadakan.. mana mungkin kerajaan yg tak cukup sokongan menjadi kerajaan.. kalau begitu apalah ertinya pilihanraya dan sistem demokrasi.. ini merupakan jalan baru yg dirintis.. selepas ini mana2 parti walaupun kerusi tak byk mungkin menjadi kerajaan jika diperkenan majlis raja2.. demokrasi sudah jelas dipermainkan oleh mereka2 yg juga punya cita2 tertentu.. cita2 yg dangkal dan jelas melanggar sistem pemerintahan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Komen bodoh sia sia dijawab. Keling balik kerala sepet balik tongsan senang cite.

      Padam
    2. JANGAN JADI BODOH..parti yang tidak baanyak kerusi jadi PM telah dirintis oleh mamak MAHATHIR dengan sokongan kuat para munafikun ANWAR /panKhianat dan DAPIGS..jadi kenapa meroyan dan tidak puas hati selepas P unah H ARAPAN BERKUBURR di atas kemaruk kuasa dan khianat mandat rakyat 22bulan

      Padam