Header Ads

ads header

Flash News

Untung jangka pendek, sakit jangka panjang jika Umno terima jawatan TPM, kata penganalisis


PETALING JAYA:
Umno akan merosakkan kepentingannya sendiri, jika ia menerima jawatan timbalan perdana menteri, menurut penganalisis politik, Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya.

“Ini keuntungan jangka pendek dan kesakitan jangka panjang,” katanya kepada FMT mengulas laporan Umno sedang mempertimbangkan beberapa nama untuk dicalonkan bagi jawatan TPM. Ia termasuk Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presidennya, Ismail Sabri Yaakob dan Ahli Parlimen Sembrong yang juga Bendahari Agung Barisan Nasional, Hishammuddin Hussein.

Katanya, Umno akan merumitkan lagi keadaan bagi dirinya dan hubungannya dengan PPBM, jika ia diberikan jawatan tersebut.

Beliau berkata, penolakan Zahid sebagai calon akan memberi tamparan besar kepada parti itu kerana ia seolah-olah kedudukan presiden PPBM lebih tinggi daripada presiden Umno, sedangkan hakikatnya PPBM bergantung kepada sokongan Umno untuk kelangsungan politiknya.

Awang Azman Pawi.

Spekulasi timbul mengatakan Zahid tidak akan ditawarkan jawatan itu kerana perbicaraan rasuahnya yang sedang berlangsung.

Awang Azman berkata, sekiranya Umno menerima jawatan TPM, Perikatan Nasional akan bertambah kuat hasil daripada kestabilan politik.

“Apa yang terbaik bagi Umno ialah mengasingkan diri daripada kepimpinan PN, yang mencadangkan pengisytiharan darurat yang ditolak Yang di-Pertuan Agong dan rakyat.

“Umno juga perlu memastikan ia tidak akan kehilangan kerusi kepada PPBM dalam pilihan raya umum akan datang akibat rundingan lemah.”

Katanya, akar umbi parti itu mahu melihat Umno sebagai kuasa dominan dan parti yang berani membuat keputusan.

“Jawatan TPM tidak akan membantu memperbaiki imej pemimpin dan ahli Parlimen parti itu yang lemah, satu imej yang mereka dapat selepas Umno mengulangi sokongannya kepada kerajaan PN.”

James Chin.

James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania percaya Zahid tidak mungkin dicalonkan kerana perbicaraan rasuahnya.

“Saya rasa kemungkinan besar Hishammuddin kerana beliau calon ‘tengah jalan’ dengan musuh paling sikit. Tetapi, apa saja boleh berlaku, malah mungkin seseorang yang tidak tersenarai.”

Beliau berkata, Umno mungkin mahu mengawal kementerian ekonomi utama kerana ini sangat penting untuk mendapat perlindungan dan mengekalkan sokongan.

Kedudukan seperti itu, katanya, kini dipegang mereka yang sekutu dengan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

#Sumber : FMT 

MR :  Rakyat memerhati dan menilai setiap parti, sudah pasti rakyat akan membuat keputusan apabila ada PRU 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


22 ulasan:

  1. Selagi lagi negara di pegang kerajaan yg bukan melalui pilihanraya dr undi rkyt (tebuk atap) selagi itu negara akan terus mjadi panas kucar kacir smpai bila2..Tuhan Allah skrg sedang menghukum kerajaan tebuk atap (PN) byk lagi perkara yg lebih dahsyat muncul lagi selepas ini selagi lagi kerajaan tebuk atap tidak mengembalikan kerajaan Ph yg telah di pilih rkyt pd pru14 yg lalu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bahasa kerajaan ph kaki penipu rakyat x percaya lagi kat kerajaan ph kaki kencing kalau ada pilihan raya alamat terkubur lah ph.nasib pn ambil alih kerajaan kalau x alamat terkubur lah rakyat di musim coyit ni.lu fikir lah sendiri.

      Padam
    2. Ya betul..setuju,ph kaki kencing berlari..

      Padam
  2. POLITIK PLANET MATIKH ( Cerita Fiction)

    Jika sebuah negara di Planet Marikh diperintah oleh puak kafir harbi dan khadam munafik liberal mereka yang telah menjanjikan pelbagai janji palsu kepada rakyat, maka selagi itulah agama Islam dihina dan rakyat terutamanya umat Islam dikencing dan dinafikan hak.

    Maka kera jaan yang dibentuk oleh puak penipu ini adalah kera jaan haram pintu tandas yang mendapat mandat dari rakyat dengan cara sangat kotor iaitu menipu @ kencing rakyat.

    Pemimpin lidah biawak telah berjanji: "Jika kita menang PRU hari ini, esok kita akan hapuskan tol, turunkan harga minyak, hapuskan hutang PTPTN ... bla ... bla ....bla... "
    "Saya ulang..bla...bla..bla....bla..."

    Dahulu puak aliens berjanji mahu hapuskan kamera AES tetapi bila puak aliens sudah menang PRU, bilangan kamera AES ditambah bukan dihapuskan. Puak aliens lidah biawak.

    Bukankah semua janji palsu itu telah menjadi air kencing yang sangat hancing sebaik sahaja mahaguru dari planet Kerala berkata manifesto bukan kitab suci ?

    Cukuplah 22 bulan rakyat di planet Marikh dikencing hancing oleh puak kafir harbi dan khadam munafiqun liberal.

    Kita boleh bayangkan apa akan berlaku kepada rakyat dan negara jika puak penipu ini berkuasa selama satu penggal. Bukan setakat negara, bahkan planet Marikh pun dijual oleh puak penipu ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa yg ko merepek ni syaitan?

      Padam
    2. kan dia dah kata cerita fiksyen....

      Padam
    3. Wah ada RBA menggelupur meroyan histeria kerana termakan cili ! Pedas sangatkah bro ???

      Ha ha ha ha ha ha .... !

      Padam
    4. Betul2..planet marikh boleh berkecai ooo kalau puak zadeh haram nie perintah

      Padam
  3. kesian frontliner tapi masih ada lagi manusia manusia yang tidak mengerti kesusahan dan kesulitan para frontliner ni semua mereka masih tak nampak dan tak sedar jalan ke kubor

    BalasPadam
  4. jgn percaya dengan analisa penganalisis baruwah dap ph ni,,dengan jwtn tpm diberikan kpd umno, membuktikan umno adalah parti kuat,,dan ppbm gentar dgn ugutan umno menarik balik sokongan kpd PN. umno kembali bermaruah dgn jwtn tpm dan lain-lain jwtn penting. ini yg sepatutnya berlaku dari mula2 persefahaman membentuk kerajaan PN. keadaan sekarang dan baik bagi umno,pas,ppbm dan gps,,yg terkapai2 ialah dap dan barua2 dap seperti pkr dan amanah serta warisan. jadi, kita biarkan anjing2 penganalisis dap menyalak,,PN teruskan pemerintahan yg berkualiti untuk rakyat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ambik je jawatan tpm tu. Walaupun tak semestinya lepas tu, jadi pm.Dalam keadaan politic sekarang kena utara rakyat dulu baru jawatan, tawaran ni suatu penghormatan.

      Padam
  5. ALHAMDULILLAH tawaran bagus untuk umno jawatan TPM,memberi nafas baru kepada umno yang hampir terkubur disebabkan pemimpin2 atasan yang tamak sanggup meratah duit haram.
    Dengan peluang ini umno boleh buktikan yang masih ada pemimpin umno yang berjuang untuk bangsa Melayu ugama Islam negara dan rakyat sebagaimana matlamat asal ia ditubuhkan oleh pemimpin2 tulin yang terdahulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. habis tu abah pujaan engko tu tak pernah pepah duit haram ke?????

      Padam
  6. ALHAMDULILLAH tawaran bagus untuk umno jawatan TPM,memberi nafas baru kepada umno yang hampir terkubur disebabkan pemimpin2 atasan yang tamak sanggup meratah duit haram.
    Dengan peluang ini umno boleh buktikan yang masih ada pemimpin umno yang berjuang untuk bangsa Melayu ugama Islam negara dan rakyat sebagaimana matlamat asal ia ditubuhkan oleh pemimpin2 tulin yang terdahulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagi kat h2o sama le jugak bagi kat orang parti bunga celaka.

      Padam
  7. Nak tak nak Muhyidin kene juga lantik Zahid jadi TPM.. dia belum dibuktikan bersalah.. baru ade kes mahkamah je.. menteri yg dah kene denda pasal tak kuarantin pun masih ade dalam kabinet.. UMNO kene pilih TPM dari kalangan MP yg tidak pro PN tapi boleh bekerjasama dgn PN.. Hishamudin bukan orangnya kerana Jemin sekutunya.. Annuar bukan orangnya kerana tindak tanduknya seolah2 dia ahli Bersatu.. baru kepentingan UMNO terjaga.. baru tak mudah dibuli.. kalau nak juga lantik Annuar atau Hishamudin maka UMNO kene beri syarat keluarkan Jemin ngan Hamzah dari kabinet.. kene ade situasi menang2.. tapi kalau pikir utk jangka masa panjang aku rasa UMNO kene keluar dari gabungan PN sekarang kerana dah tak nampak dah keihklasan Bersatu nak berkerjasama dgn UMNO dalam satu pasukan.. byk sgt syarat dikenakan pada UMNO.. yg jelas sekarang adalah Bersatu cuba bunuh atau lemahkan UMNO.. cuba plak bergabung dgn PKR tanpa DAP spt saranan Najib.. mungkin Anwar lebih ikhlas dan mampu memberi UMNO kekuatan baru utk terus istiqamah dalam perjuangannya..

    BalasPadam
  8. Puak RBA tulis komen bodoh berlapis-lapis untuk memecah-belahkan PN dan kaum Melayu dan mempromosi kepala bapak liberal lidah biawak yang menjadi barua roket sedangkan ramai ahli dan pemimpin lama yang setia telah meninggalkan kepala bapak liberal kerana mereka tidak sanggup dikencing berulang kali oleh kepala bapak liberal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaun bewok copy paste ni kembali lg. Baru dapat elaun mujahid cyber ke?

      Padam
    2. RBA yang makan cili sudah pasti akan merasa pedas dan meroyan histeria selepas membaca komen 12:17.

      Padam
  9. Umno nak ulang perangai lama...kalau duk galak jawatan..pas x kalut pun,janji negara ok..rakyat x susah hati..duduk elok2 dgn PN bukan nk rosak negara..bg nasihat berguna .pm yidin buat kerja.kan bagus tu..

    BalasPadam