Header Ads

Header ADS

Yang ni DAP bodoh nak faham, PAS ada ahli bukan Islam dan Bukan Islam PAS jadi Sanator


Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan hari ini menjelaskan parti itu "akan terus berperanan dalam politik Sabah."

"... atas sikap dan gaya yang bersesuaian selaras dengan kedudukannya sebagai salah satu komponen Perikatan Nasional (PN).

"Selaras dengan itu PAS akan menyokong penuh kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dianggotai oleh parti-parti BN, PN dan PBS yang diberi mandat mengemudi kerajaan Sabah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) 26 September 2020 yang lalu.

"Sayugia ditegaskan bahawa PAS khususnya di Sabah mempunyai ahli-ahli yang terdiri dari kalangan pelbagai etnik dan suku Rakyat Sabah termasuk yang bukan beragama Islam melalui sayapnya, Dewan Himpunan Pendokong PAS (DHPP)," katanya lagi.

Kenyataan Takiyuddin ini dapat menjawab kebimbangan sesetengah pihak mengenai gesaan supaya wakil PAS dibawa masuk ke dalam kabinet Sabah dan menjadi salah seorang Adun lantikan.

Terdahulu, Setiausaha Agung BN Annuar Musa dan Ketua Bersatu Terengganu Razali Idris, antara yang mengutarakan cadangan itu.

Razali berkata memberikan jawatan kabinet Sabah kepada wakil PAS sebagai "menghargai" keputusan parti itu tidak bertanding pada pilihan raya negeri baru-baru ini.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini pula berkata cadangan berkenaan sebenarnya sudah dipersetujui parti-parti yang ada dalam Gabungan Rakyat Sarawak sebelum ini.



"Sebenarnya perkara ini telah pun dipersetujui oleh semua parti dalam gabungan GRS yang terdiri daripada PN dan BN," katanya.

Menurut Tuan Ibrahim, beliau sendiri menggerakkan lebih 500 petugas PAS bagi membantu kemenangan gabungan tersebut.

Justeru, katanya memang wajarlah PAS diberikan tempat dalam DUN Sabah.

"PAS akan menanti pengumuman rasmi dibuat," katanya.

'Ganggu keharmonian'

Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor masih belum menamakan senarai penuh kabinetnya atau enam calon Adun lantikan.

Untuk rekod, berbeza dengan negeri-negeri lain, Sabah mempunyai enam orang Adun lantikan yang memiliki hak mengundi sama seperti Adun yang menang pilihan raya di Dewan Undangan Negeri.

GRS yang menggabungkan PN, BN dan PBS menang PRN Sabah menewaskan Warisan Plus.

Sebelum ini, Adun DAP Kepayan Jannie Lasimbang berpendapat PAS akan mengganggu keharmonian agama dan kaum yang dinikmati rakyat Sabah sekiranya wakil parti itu diberikan jawatan politik.

Beliau menuduh PAS memiliki pandangan dunia yang "ekstrem" dan menjadikan kenyataan kontroversi MP Pasir Puteh Nik Muhammad Zawawi Salleh bahawa kitab Injil "dipesong" sebagai contoh.

Lasimbang juga mencabar pemimpin Kadazan Dusun Murut dalam GRS untuk membuat pendirian dalam isu ini.

MR :   DAP yang banyak mencampuri urusan agama lain 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


10 ulasan:

  1. AIQURAN sudah melengkapi dan kitab ALLAH yang dijamin dan dipelihara ALLAH dari terpesong hingga hari KIAMAT...NALAHAN ALLAH mencabar manusia membuat dan menandingi kehebatan ALQURAN wlpun ditambah air dilautan dunia nescaya gagal.oleh tiada peliknya jika INJIL diputabelit dan dipesongkan sekarang

    BalasPadam
  2. Masaalahnya PAS kenalah bina pengaruh... kena menang kerusi.. baru geng2 kafir ni berfikir dua kali nak bercakap macam ni.. kalau setakat dilantik baik tak payah jadi parti politik.. PAS telah ditubuhkan punyalah lama.. berpuluh2 tahun.. takkan tak ramai pengaruh lagi sampai UMNO dan Bersatu pun takut nak beri kerusi utk bertanding.. mesti ade sesuatu yg tak kene kenapa dgn sikap PAS sehingga pengaruh PAS tak kuat di Sabah.. tmpat2 melayu pun takde pengaruh.. kalau tak bertanding sampai bila2 pun PAS takkan ade pengaruh.. apa yg PAS dah buat lama ni kat Sabah? Inipun nak harap belas ehsan Bersatu dan BN.. buat malu je.. tapi takpe.. malu pun malulah janji ade jawatan.. dunia punya hal PAS okay je.. dah prepare nas dan dalil.. bila masa diaorang masuk campur agama Islam? Mereka sebenarnya hairan sama macam kita hairan.. cina ni minum arak walaupun dalam agama diorang arak dilarang.. samalah dgn kita.. kita cakap rasuah tu dilarang tapi kita boleh plak sokong pemimpin2 kita yg merasuah wang dan jawatan.. lepas tu kita boleh plak sokong pemimpin2 yg khianat masuk ikut pintu belakang.. bagi puak2 melayu totok ni yg kononnya Islam ni berkhianat adalah dibenarkan dan digalakan dalam membela Melayu dan Islam.. mane tak cina pening sbb melayu pun pening..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Encik kalau tak tahu jangan nak komen bukan-bukan... bila pulak pas tak bertanding kat sabah?? pru 14 bnyk tempat PAS masuk bertanding... sila semak keputusan PRU... ya memang PAS belum menang mana2 kerusi di sabah... tetapi pengaruh PAS tetap ada dimana-mana

      Padam
    2. Salah kau jugak. Kau tu Tak nak berdakwah lebih sikit kat Sabah tu . Harap kpd parti PAS seorang, Mana larat nak kejar. Pulak tu, dakwah PAS selalu kena block aje oleh puak and geng kamu tu. Bantulah PAS sikit utk agama Allah ni. Ke kau takut, kalau orang Sabah ramai yg dapat hidayah, parti PAS akan lebih menyerlah di Sabah.

      Padam
    3. 11.09, kau tu Tak payah mengundilah di Malaysia ni, Tak payah sokong Mana2 parti atau pemimpin2nya. Kau ingat pemimpin ph tu baik sangat ke. Tak korup. Lagi teruk adalah. Pemimpin yg bersih , cuma PAS aje. Sokongan diberi PAS utk menyelamat agama, bangsa dan agama dari puak2 kamu dan geng dapigs kamu.

      Padam
  3. Tak baca sirah Nabi ni. Rasul-Rasul terdahulu beratus-ratus tahun berdakwah, pengikut yg beriman hanya beberapa org. Perlu diingat الله tidak tanya apa kejayaan kamu, tapi الله akan tanya apa usaha kamu. Satu contoh ketika Nabi الله Ibrahim sedang dibakar, seekor burung pipit membawa air dgn paruhnya berulang-alik utk memadamkan api yg sedang marak, ada binatang lain berkata (lebih kurang maknanya) "Apakah kamu ingat dengan membawa air beberapa titis boleh memadamkan api tersebut ?" Lalu burung pipit itu nenjawab, " Aku tak mahu nanti bila الله tanya ketika Nabi Ibrahim dibakar aku tidak berbuat apa-apa".
    Wallahu'aklam.

    BalasPadam
  4. Kalau pasal pendapat orang islam mengenai Injil yang ada sekarang ni bukannya rahsia pun. Dah berlaku sejak 1400 tahun yang lalu. Kadang kadang orang Islam Malaysia ni terlampau tinggi toleransi sehingga menghina Al quran dengan memanggilnya barbaric out of date dan bermacam macam lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya setuju..kalau ada sesiapa yang mengelar hukum islam dengan gelaran yang menghina, tak kira orang PAS, UMNO, BERSATU, PKR, Indonsia, Bangladesh mari kita buat protes mengikut undang undang bersama.

      Padam
  5. Aiyaaaa kalau itu PAS minang aiyaaa mati la kitaaaa.
    Mau main majong suka2 pun tatak bulih. Mau minum teh halia keras pun tak bulih.

    Mgkin begitulah totoknya geng DAP ni. PAN skg pun mgkin ke arah tu juga. Mungkin.... Sekutu rapat la org kata. Kena la tempias sikit. Tkot2 dari nk dakwah, dia pula yg didakyah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi kalau kita juai barang/produk ha, PAS patot bili la hoo.

      Sebabnya misti kasi support malaysian maaaaaaaaaaa. Kita sama2 malaysia mehhh.

      Kalau melayu tak bili, mampus gua ooooooo

      Padam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.