Header Ads

ads header

Flash News

90 peratus peruntukan SBP dipotong cetus kebimbangan


BANGI,
9 Rabiulakhir 1442H, Rabu – Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) mengesyorkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meningkatkan peruntukan penyelenggaraan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dalam Belanjawan 2021.

Presiden iGuru, Ustaz Mohd Azizee Hasan berkata, pihak KPM sewajarnya melihat pengagihan peruntukan berdasarkan saiz keperluan yang berbeza-beza mengikut lokaliti, fasiliti, utiliti dan nisbah bilangan murid khususnya di SBP.

Katanya, agak membimbangkan apabila SBP dan sekolah-sekolah agama swasta yang mengguna pakai kurikulum kebangsaan dipotong lebih 90 peratus peruntukannya kali ini.

“Pengurangan ini dibimbangi merencatkan usaha menambahkan bilangan murid dalam jurusan sains yang sememangnya semakin sedikit terutama daripada kalangan Bumiputera.

“SBP sewajarnya mendapat peruntukan lebih kerana matlamat kewujudan SBP adalah untuk memberikan pendidikan terbaik kepada murid-murid di situ daripada kalangan keluarga B40,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menjelaskan syor itu, beliau berkata, ia mengambil kira kos penyelenggaran sekolah yang tinggi khususnya keadaan di mana SBP sudah uzur, penggunaan 24 jam sehari kerana pelajar berada di asrama dan fungsi SBP yang terlibat dengan penganjuran aktiviti di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan malahan antarabangsa.

“Sekolah SBP wajar diperkasa dengan peruntukan yang secukupnya sebagai menarik minat anak-anak Melayu luar bandar selesa berada di SBP.

“… khususnya menambahkan lagi bilangan pelajar di bidang sains dan teknologi yang menjadi keperluan guna tenaga negara pada masa akan datang khususnya mendepani Revolusi Industri 4.0,” katanya.

Selain itu, Ustaz Mohd Azizee berkata, pihak iGuru juga berharap peruntukan lebih dapat diberikan kepada sekolah kebangsaan.

Katanya, ia supaya sekolah kebangsaan dapat diperkasa daripada sudut fasiliti dan menarik minat murid-murid bukan Melayu ke sekolah kebangsaan.

“Langkah ini diharap dapat menyesaikan isu kemudahan SK terutama yang berada di luar bandar dan pendalaman,” katanya.

Semalam, Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin berkata, peruntukan penyelenggaraan sekolah dalam Belanjawan 2021 akan diagih mengikut formula yang mengambil kira bilangan serta kategori sekolah sama ada sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan.

Katanya, formula itu adalah bagi memastikan pengagihan dapat dibuat secara lebih menyeluruh dengan peruntukan sebanyak RM620 juta khusus untuk menyelenggara sekolah di bawah pengendalian KPM di seluruh negara.

Radzi berkata, dalam menggunakan formula tersebut, siling peruntukan bagi jenis sekolah adalah RM477.48 juta untuk SK dan SMK berstatus sekolah kerajaan termasuk Sekolah Berasrama Penuh dan Kolej Vokasional manakala RM1.2 juta bagi SK dan SMK berstatus sekolah bantuan kerajaan.

56 buah SBP seluruh negara bakal menerima peruntukan keseluruhan hanya sebanyak RM4.28 juta untuk tahun depan, berbanding RM50 juta diterima pada 2020.

Begitu juga dengan 224 buah sekolah agama bantuan kerajaan yang diperuntukkan hanya RM12.23 juta untuk tahun depan, berbanding RM50 juta tahun ini.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


13 ulasan:

  1. Budget PH thn lps bg 50 juta. Budget PN thn ni bg 12 juta je. Mana anjing2 Pas?. Bila nk menyalak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rilekslah bahlol..bantuan makanan utk keluarga b40 lagi penting dan peruntukan sbp bleh diberi bila2 masa...nak beri lebih apa masa ni bila budak2 xde pun kat asrama...
      Budak2 asrama pun ramai kat umah so makanan mereka diberi melalui bantuan prihatin, bsh dsbnya...jgn jadi boddo
      Kena pulak kjaan mmg terkesan psl covid ni...nak komen tp boddo

      Padam
  2. lihat pada keadaan kita sedang berdepan COVID19 jgn cepat melantah
    Wahai anjing.

    BalasPadam
  3. Itulah, disyaki bah. SBP di Kem. Pendidikan BODOH ni EJEN2 rejim PH PARASIT!! Sengaja nak MENINDAS bangsa BUMIPUTERA miskin kita - yg. MAJORITI di SBP ni!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tgk. shjlah "Single Entry Point System Format" yg. skrg. punya mengenakan 3 jenis Penilaian2 SAMPAH yg SUBJEKTIF & SUKAR ke atas Pelajar2 yg. nak msk. SPB!! Disyaki Ejen2 rejim PH bah. SPB di Kem. Pendidikan ni nak SABOTAJ, MENDISKTIMINASI & MENINDAS Pelajar2 BUMIPUTERA miskin kita utk. msk. SBP - kerana motif UTAMA SBP ni yg. diILHAMkan di bawah BAPA KEMERDEKAAN/PEMBANGUNAN/BUMIPUTERA Agung kita, Al-Marhum PM Tun Abd. Razak, adalah bermotif utk. membantu anak2 Bumiputera miskin belajar dlm. Sistem & Suasana Pembelajaran pro-Bumiputera MISKIN, yg. lebih selesa, cekap dan teratur! Demi melahirkan para bijak pandai dari bangsa Bumiputera miskin kita - yang ramai tiada kemampuan atau lelebihan belajar disebankan kemiskinan atau masalah sosial, terutamanya dr. luar bandar, bukan sebab dilahirkan bodoh & pemalas, spt. yg. disebarkan berita palsu ini, asalnya oleh Penjajah Zionis Inggeris Parasit amat Rasis, Fasis dan Jahat!

      Padam
  4. Tu dia..anjing2 PAS dgn modal maki dah menyalak..bijak jgk awanama 10.37 psg perangkap..kah355x!
    Kalo ikut dalih anjing 10.55, mmg malang la nasib guru2..Lebai mangkuk naik gaji xde plk isu covid kan anjing...keh355x!

    BalasPadam
    Balasan
    1. BANGSAT lu HOMO BANGKAI ANJING DAPpengganas RASIS, FASUS & PENIPU!! BABGKAI ANJING2 DAP Penjakah ZIONOS Parasit ni mmmg. patut diNYAHkan dr. TANAH MELAYU, pusaka nenek moyang BUMIPUTERA berzaman kami ni!!

      Padam
    2. Bahlol, aku anon 1055...jenis dapig mmg celaka...cth bajet masa phancing...
      Cth skjc kasi 50 juta tp jumlah sekolah 50 biji
      Sekolah kebangsaan mmg nampak banyak rm250 juta tp jumlah sekolah 2000 buah
      So sebuah sekolah kebangsaan dpt ciput jer...
      Skjc dpt sejuta sebuah..
      Jenis dapig mmg suka nk kencing...
      Kalau lah phancing yg dap sebagai abg besar pegang msia skrg aku rasa mampus lah rakyat msia tak de bantuan...
      Guan eng dan pimpinan dapig dulu kata msia bankrap bankrap...tp tiba2 msia ada beratus bilion tolong rakyat masa covid...
      Mmg dapig adalah celaka

      Padam
    3. Pandapigs 11.33 memang bengang betul dgn PAS. Target cuma pada PAS je. Kau ni yg kena buang oleh ahli pas, dulu ke? Sabar la bro, jgn la dengki sangat ngan parti PAS. Pas baru je dapat duduk dlm kerajaan. Sekurang2nya tunggulah cukupkan 22 bulan dulu. Lepas tu kau ambik la, itupun kalau muka kau tak malu. Atau, kau ni dah meroyan tahap gaban?

      Padam
  5. Banyak sunggah rba dap kat sini.x yah lakonla.geng2 maki ni sll puak2 nie la.itula musim covid nie xndak kerja x dak gaji,jadi rba dap upahan pun jadila kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Owhh..yg kuat maki tu rba dap rupanya..

      Padam