957 kes, 97 ICU, 972 sembuh
Sebanyak 957 kes baru dilaporkan setakat 12 tengah hari ini, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
"Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 10,036 kes.
Ingin dimaklumkan daripada 957 kes baru pada hari ini, tiada kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
"Kesemua kes yang dilaporkan merupakan kes penularan Covid-19 dalam negara," katanya pada suatu kenyataan hari ini.
Jelas beliau, terdapat 97 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 27 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Dr Noor Hisham berkata pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih Covid-19 sebanyak 972 kes.
"Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 adalah 22,220 kes (68.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)," katanya lagi.
Status ringkas Covid-19 setakat 1 November 2020:
Jumlah discaj baru: 972 kes
Jumlah kumulatif discaj: 22200 kes (68.4%)
Jumlah kes baru: 957 kes
Jumlah kumulatif: 32505 kes
Jumlah kes aktif: 10036 kes
Kes tempatan: 957 kes (671 WN, 286 BWN)
Kes import: 0 kes (0 WN, 0 BWN)
Perincian kes penularan Covid-19 dalam negara adalah seperti berikut:
Sabah: 644 kes
- 97 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 401 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
- 146 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
Selangor: 225 kes
- 172 kes daripada kluster-kluster, termasuk 16 kes dari kluster baru, Kluster Usaha;
- 39 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
- 14 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
Pulau Pinang: 23 kes
- 17 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baru iaitu Kluster Tembaga; dan
- Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19.
Wilayah Persekutuan Labuan: 18 kes
- 13 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
- Lima (5) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
Terengganu: 15 kes daripada kluster sedia ada.
Sarawak: 11 kes
- Lima (5) kes daripada kluster sedia ada;
- Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
- Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.4
Negeri Sembilan: Lapan (8) kes
- Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
- Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
- Dua (2) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
Perak: Lima (5) kes daripada kluster sedia ada.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : Empat (4) kes
- Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
- Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
Kedah: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
Melaka: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
Johor: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19.
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com







©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan