Header Ads

ads header

Flash News

ADUN Pas Pahang setuju gaji dipotong 10 peratus


KUANTAN -
Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas di Pahang setuju gaji mereka dipotong sebanyak 10 peratus untuk disalurkan kepada Akaun Amanah Bencana Pahang selama tiga bulan bermula bulan ini sehingga Januari tahun depan.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang, Andansura Rabu berkata, bantuan kecil itu diharap dapat membantu golongan yang terkesan bukan sahaja akibat pandemik koronavirus (Covid-19) tetapi bencana lain yang berlaku.

Beliau yang merupakan ADUN Beserah berkata, langkah itu diambil seiring dengan keputusan Exco Kerajaan Negeri yang mengambil langkah sama sebelum ini.

"Saya menyambut baik keputusan kerajaan menubuhkan Akaun Amanah Bencana Pahang bagi membantu rakyat yang terjejas.

"Terima kasih juga kepada penjawat awam turut sama membuat potongan gaji untuk disalurkan ke akaun ini," katanya pada sesi perbahasan Belanjawan Pahang 2021 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Selain Andansura, tujuh lagi ADUN Pas di Pahang ialah Rosli Abdul Jabar (Tanjung Lumpur), Mohd Sofian Abd Jalil (Luit), Mohd Tarmizi Yahaya (Panching), Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin (Tahan), Mujibur Rahman Ishak (Chenor), Shahril Azman Abdul Halim (Jengka) dan Zuridan Mohd Daud (Damak).





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


9 ulasan:

  1. Tahniah semya perlu berkOrban Pemimpin, Pejawat awan,Glc ,bank ,swasta n mrk yg bergaji tinggi to tanggung sikit harus bersedia memotong gaji seikhlas hati n mtk yg kaya raya carilah marhaen yg amat nemerlukan tanpa mengira agama,bangsa n kaum tolak tepilah agenda politik peribadi yg sempit

    BalasPadam
  2. Bagus. Saya setuju. Potong gaji tanpa syarat.

    Jangan jadi macam si Tua Kutuk tu, potong gaji letakkan syarat.

    BalasPadam
  3. sgt ironik dgn dun klate. Adun pas mintak potong gaji - terbaik punya!
    Adun Pas klate mintak naik gaji. Siap nak back dated dr januari 2020 - mcm haremm!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pelbagai janji Pee H pimpinan puak rasis roket untuk rakyat telah menjadi air kencing hancing apa cerita ?

      Puak RBA ternakan roket suka sembang lebat babi pun boleh terbang tetapi habuk pun tarak !

      Padam
    2. So mcmana dgn janji lebai hudud sm ruu355?

      Padam
  4. Jika pemimpin-pemimpin parti Islam sanggup potong gaji untuk kebajikan rakyat, mengapa pemimpin-pemimpin puak kafir harbi biaDAP suka sembang lebat babi pun boleh terbang tetapi masih tidak mahu potong gaji ???

    Puak biaDAP lidah biawak cakap tak serupa bikin. Hanya pandai kencing rakyat !

    BalasPadam
    Balasan
    1. kapir harbi follow lebai dun klate. Maintain gaji. Tp xde plk nk tmbh gaji.. so sapa lg kapir ni??

      Padam