Header Ads

ads header

Flash News

Akidah, Akhlak, Politik


“Akidah kita menentukan politik kita, bukan politik yang menentukan akidah kita. Akidah berperanan membina kita, bukan politik” - Ust Khalil Abdul Hadi

Tidak ada gunanya jika kita mempunyai bilangan aktivis pemuda yang ramai, tetapi kosong rohnya tanpa pengisian tarbiyah yang tersusun.

Tidak ada gunanya jika kita gagah melaungkan kalimah berjuang, tetapidalam dada kosong tanpa iman yang mantap.

Tidak ada gunanya jika kita menjadi idola dunia, jika dilanda badai kita gagal mempertahankan maruah Islam.

Pun begitu, roh jihad ini tidak terhasil secara serta-merta. Telah menjadi “budaya” dan tradisi dalam PAS, ianya dilakukan dalam proses pembentukan yang kita adakan melalui pelbagai aktiviti tarbiyah, lalu

segalanya itu kita terjemahkan dalam medan dakwah dan siyasah.
Kita melawan dengan hujah. Kita berperang dengan ilmu. Ilmu itu pasti
ada dalam siri-siri tarbiyah yang disusun dari masa ke semasa bagi
melengkapkan diri aktivis pemuda yang istiqomah dengan amal untuk lebih berstrategi dalam setiap tindakan yang diambil.

Kita impikan hasilnya nanti, kita dapat membina kekuatan dalaman dan fikrah yang jelas. Bagi melahirkan individu-individu pejuang yang berstamina tinggi buat menggalas kerja besar yang pastinya melelahkan.

Kita jangan hanya pandai berbicara. Kita jangan hanya pandai berkata-kata.
Memberikan pandangan berjela, tetapi gagal dalam menonjolkan akhlak serta tauladan di medan mahupun di media sosial.

Catatan fakir,
Zurk Ahmad
Pengarah Jabatan Pilihanraya,
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan