Header Ads

ads header

Flash News

Annuar nasihat pemimpin BN tidak jadikan Jasa polemik


KOTA BHARU -
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menasihati pemimpin parti itu supaya tidak menjadikan penubuhan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 sebagai polemik.

Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, ini kerana penubuhan semula jabatan itu adalah sebagai jentera penyampai dasar kerajaan supaya lebih difahami rakyat di akar umbi

"Sebelum ini Jasa ditutup kerajaan PH (Pakatan Harapan), ini bererti tiada peruntukan dan pada Belanjawan 2021 Jasa diumumkan untuk ditubuhkan mulai tahun depan.

“Pada hemat saya, penubuhan ini bukannya untuk sekadar hidupkan Jasa dalam bentuk lama dan sudah tentu mempunyai idea tertentu. Pihak lain tidak usahlah wujudkan polemik sehingga terjadi tuduh-menuduh termasuk bagi mematikan UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Mesyuarat 4 Peringkat UMNO Bahagian Ketereh di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan di sini hari ini.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh meminta supaya mendengar terlebih dahulu penjelasan kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) berhubung perkara tersebut.

Sebelum ini, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata, parti itu percaya peruntukan RM85.5 juta untuk Jasa di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia adalah jumlah yang terlalu besar.

Sehubungan itu beliau menggesa kerajaan menjelaskan kewajaran peruntukan sebesar itu untuk penubuhan semula jabatan tersebut yang disifatkannya berperanan sebagai 'pembesar suara'.

ARTIKEL BERKAITAN: Pembangkang dakwa Jasa dihidupkan semula

Belanjawan 2021 'cincai', terkilan Jasa diwujudkan semula

Peruntukan untuk Jasa hidupkan semula 'unit propaganda politik'

Sementara itu, Annuar berkata, kesemua parti komponen PN serta sekutu terutama BN sudah membuat ketetapan untuk meningkatkan solidariti dan kesepakatan dalam mendukung kerajaan semasa termasuk menyokong semua rang undang-undang yang dibawa PN termasuk Belanjawan 2021.

"Dalam hubungan ini, saya ingin membuat seruan kepada parti komponen BN supaya mendukung apa yang diisytiharkan Majlis Tertinggi (UMNO) seperti termaktub dalam kenyataan media ditandatangani Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Adalah sangat penting dalam saat ini kita kekalkan kesepaduan dan solidariti dalam PN, Muafakat Nasional dan berpegang kepada apa yang diisytiharkan presiden kerana yang diumumkan itu adalah hasil mesyuarat Majlis Tertinggi," katanya.

Menurutnya, kesemua 43 ahli Parlimen BN diarahkan oleh ketua whip supaya menyokong sebulat suara segala usaha kerajaan.

“Bagaimanapun, tidaklah menjadi satu kesalahan kita memberikan syor, pandangan dan membuat teguran terhadap apa-apa yang dikemukakan.

"Tetapi pandangan yang dikemukakan itu mesti berpandu kepada fakta bukan kepada ‘hearsay’ agar teguran dan pandangan kita lebih berkesan dan boleh membantu kerajaan," katanya. - Bernama


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


14 ulasan:

  1. Jibby acah2 Sayang .dlm hati ada taman

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Tak ada PN geng Mahkamah UMNO sudah msk dlm..mujur Atok letak jawatan

      Padam
    2. Tak ade BN takde le yidin jadi pm paham!

      Padam
  3. Mentang2 dah masyuk..blh plk nuar musang ni sound tepek geng BN dia sendiri

    BalasPadam
  4. Tak dok PN ..BN masih pembangkang

    BalasPadam
  5. XADA SALAHNYA ANNUAR NASIHAT untuk KEBAIKKAN BERSAMA DALAM PERIKATAN NASIONAL..hanya yang FAHAM sahaja boleh TERIMA apa yang DINASIHATKAN oleh ANNUAR...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebaikan bersama ke kebaikan bontot sendiri???

      Padam
    2. Geng Anwariun nsh ranai dlm UMNO

      Padam
    3. UNKNOW 8.54 PTG...kau ni spesis dari suku sakat kaum NABI LUT yang ingkar tu ke ???...cukup2lah DSAI aje yang buat perangai macam tu..😂😂😂

      Padam
  6. Kena kuat bertempik macam fuad zarkashi dan khalid nordin,sebab nak jawatan,pelahap kuasa dan angkuh sombong masih tidak berkurang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kolid Samad n Kolid Nordin lantik jaga Zoo Negara n Fuad bg jaga Lombong Bijih Timah n Bijih Besi

      Padam